Monday, December 01, 2014

Bag retro

Lama juga tak online. Yati balik Kelantan 3 hari, 2 malam. Lepas tu, sibuk ke hulu ke hilir, ikut husband. Dia tengah habiskan cuti tahun. Sekarang dah balik bekerja. Alamak, boringnye. Hehe... takde lah. 

Anak-anak dah ke Kuala Lumpur, duduk rumah aunty dia orang. Sunyinya rumah.

Yati ada siapkan satu bag ni, yati namakan beg retro. Sebab nampak macam beg orang dulu jer. Projek knitting (kait 2 jarum).


Ni masa mula-mula start. Projek kabel. Menatang apa kabel tu? Cable knitting ialah salah satu teknik dalam knitting, di mana menghasilkan corak kaitan melangkau stitches. Boleh jadi melangkau ke belakang atau ke depan. Guna kabel needle untuk hold stitches tu. Jadi la corak macam ular atau naga melingkar tu. Begitulah mengikut fahaman yati. Jika kurang faham, boleh la search kat youtube, what is cable knit.

Untuk kait bag ni, yati guna benang cotton Aran. 


Haaa... bila dah panjang sikit, gitu lah coraknya. Yati guna jarum bamboo, circular needle, 4.5 mm.


Bila amik gambor melintang macam ni, macam roti perancis pun ada corak kabel stitch tu. Ish, dok ingat makan je aku ni.


Ha... dah siap. Yati letak handle bag yang dibeli di daiso. 


Bahagian dalam, yati jahit lining, dan ada poket satu.

Ok ler... kita jumpa lagi di lain masa, Insya-Allah. 
Hari tu kan, masa balik Kelantan, takut masa lalu kat Rantau Panjang. Sungai Golok tu sikit je lagi nak melimpah ke jalan. Masa kami balik, tak hujan sangat, cuma 1 hari je, hujan lebat. Alhamdulillah, tak berlaku banjir. 

Selamat bercuti kepada kawan-kawan yang bercuti. Take care and be safe.



17 comments:

  1. Rajinnya yati mengait ye.. cantik pulak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati suka mengait. Buat isi masa lapang.
      Terima kasih, Hayati. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Hehe.. sebab nampak macam beg orang zaman dulu, kan Acik. :)

      Delete
  3. Bestnya knitting beg! Cotton Aran tu tak elastic ke? Nampak mcm tebal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak elastic juga cotton Aran tu, Zurainny. Ye, benang ni ada weight skit banding benang local biasa guna.

      Delete
  4. Pengen dong buat tas kek gitu mbak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wida juga boleh buat, asalkan ada minat. Saya juga selalu refer youtube, belajar kait dari sana. :)

      Delete
  5. dok sorg2 la nie ye kat rumah...mesti byk projek yg siap smbil2 layan sunyi tu..
    emmm...yati mmg kreatiflh...mcm2 dihasilkan dr tngan yg unik tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kak Nza. Sorang kat rumah. Tak juga, banyak layan tv je, hehe..
      Terima kasih, kak. Memang minat Yati.

      Delete
  6. cantiknya yati.. mcm sweater.. saya ni dah lama tak pegang benang yati... huhuhu... selamat bercuti sekolah yati.. tahun depan tiga2 dah sekolah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Zila.
      Tapi Zila banyak menjahit. Bagus! :)
      Ha ah, tahun depan semua dah sekolah. Macamana lah si Sulaiman tu. Hehe...

      Delete
  7. serius cantik sgt,..
    mesti kena teliti utk hasil y kemas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lya. Kak Yati dalam knitting ni, lambat sikit siap berbanding crochet. Kena fokus lebih sikit, sebab takut salah kira stitches.

      Delete
  8. Your bag very stylish, very popular recently MCM bags,MCM bag is very stylish, very personal, so going to buy one recently.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea