Wednesday, November 05, 2014

Re-making keychain turtle

Yati ada buat semula projek felt crafts, keychain turtle tu. Untuk tempahan dan cover ready stock. Jom tengok...


Yati suka potong dulu felt-felt tu ikut bentuk yang dikehendaki. Yati ada beberapa gunting yang yati khas kan untuk kegunaan masing-masing. Yati tak potong felt guna mesin bigshot tu. Projek yati memang handmade sepenuhnya.Gunting untuk memotong kain felt ni, yati tak guna untuk potong benda lain. Khas untuk potong felt saja. Begitu juga gunting yang lain, khas untuk potong benang, potong kain cotton dan gunting kertas. Yati percaya, dengan cara ni, gunting kita akan kekal tajam.


Lepas dah potong bentuk utama, dalam kes ni, badan turtle, barulah yati potong untuk details atas felt, iaitu dia punya corak atas cengkerang turtle tu. Gunting dan jahit sekali. Lekatkan dulu sebiji-sebiji guna gam UHU atas tempat yang sepatutnya, dan kemudian jahit setiap satu.


Yati guna benang cross stitch dari projek lepas-lepas. Kan benang cross stitch DMC tu ada 6 strands kan, yati split kan. Yati simpan kalau ada lebihan felt. Boleh manfaatkan untuk projek akan datang, misalnya bahagian kecik-kecik.


Sumbat dia dengan fiber banyak-banyak, bior gemuk. Hehe..
Ambil masa yang agak lama juga untuk siap satu keychain. Ada pernah terima beberapa email, nak tempah bulk order, sampai 100-200 biji. Yati reply balik, Yati boleh siapkan, tapi lepas 2 bulan. Lepas tu terus senyap takde dengor berita. Habis tu camno.. makcik buat kerja sangat lambat, nak...


Dah siap, mari beratur beramai-ramai yeh...
Terima kasih, Zurainny, sudi beli keychain dari Yati.
Sebahagian besor turtle di atas telah selamat sampai ke Zurainny minggu lepas, dan sebahagian kecik lagi masuk ke ready stock yati.

Kalau nak tengok lagi felt keychain bentuk lain yang yati boleh buat selain dari bentuk turtle ni, sila la singgah ke kedai online yati ye.

--------------------------------------------------

Tak lama lagi sekolah dah nak cuti panjang, kan. Fuh.. macam tak caya jer, dah hujung tahun kita. Cepatnya masa berlalu.
Yati dan keluarga pergi tengok Sulaiman konvo semalam. Budak kecik ni dah abis prasekolah dah. Next year darjah 1.

Sulaiman, anak bongsu Yati

Ok la ye. Sehingga kita jumpa lagi, take care semua, dan enjoy every moments.. ^_^



16 comments:

  1. wow cantik dan kemas yati buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Insya-Allah, memang nak buat dan akan buat sehabis baik untuk produk tempahan juga yang dijual di online store yati. :)

      Delete
  2. firstly, tahniah sulaiman and good luck ye for next year. start alam persekolahan :)
    2ndly, tahniah kpd yati sebab sgt kretif dan hasil nyer cantik comel sgt. aida ni projek jahitan lama tangguh hu hu hu... felt byk da gunting tapi da simpan dlm kotak...
    xstitch ada 1 lagi projek hu hu hu....
    harga benang pun da naik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Aida. Harap Sulaiman ok masuk darjah 1 nanti. :)
      Terima kasih. Wah.. siapkanlah projek felt tu, Aida, nak tengok juga. :)
      Yati pun ada dengor, harga benang dmc dah naik. sabor je la.

      Delete
  3. COMEL..

    congrats buat sulaiman..sama baya dgn asya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lya.
      Ha ah. Next year semoga dia orang ok masuk darjah 1. Insya-Allah. :)

      Delete
  4. Hehehe... confirm cute turtle2 tu - saya tengok ada colour baru lagi... Girls saya sangat suka. Yg selebihnya jadi gifts utk best frens dorang. :D TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka dengor anak-anak Zurainny suka. Terima kasih ye. :)

      Delete
  5. Comelnya turtle tu..

    Gunting memang tak boleh campur2 esp gunting kain.. memang pantang guna utk kertas..

    Tahniah sulaiman.. thn depan darjah 1 dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timasih, Zila.
      Ha.. betul cakap Zila. Setuju, setuju. :)
      Timasih aunty Zila, Sulaiman cakap.

      Delete
  6. Rajin banget mbak bikin kerajinan dari bahan kaya gitu, salam kenal dari kota Tasikmalaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sudah minat saya. :)
      Terima kasih sudi singgah di blog saya ni.

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea