Saturday, September 20, 2014

Brooch bunga crochet

Yati tengah cedok nasi, dari rice cooker ke dalam pinggan. Nak bagi anak-anak makan. Tiba-tiba ada zombie masuk dari pintu dapur.

Yati ambil pisau dapur, cucuk zombie tu kat dahi. Haa... mati kau.

Tiba-tiba bunyi telefon. Yati pun terjaga. Husband call, ajak breakfast kat luar.

Sampai mimpi la, hari-hari tengok Walking Dead.

Dia nak tunjuk season baru tak lama lagi. Jadi dari hari Isnin sampai Jumaat, kat channel Fox, 710, dia tunjuk dari season 1. Sekarang dah masuk season 4. Tak sabor le nak tengok yang baru. My favourite tv show. ^_^


--------------------------------------------

Lepas buat projek besor, rasa macam nak buat projek kecil-kecil. Jadi, Yati pun main la dengan bunga-bunga.


Kesemua bunga di atas adalah brooch. Yati terima tempahan, juga ada yang ready stock, sudah masuk kedai. Harga dari RM2 ke RM5 sebiji. Boleh la singgah ke kedai Yati ye, kalau nak tengok ukuran dan harga macamana. 

Jumpa lagi, take care semua...



8 comments:

  1. Ha2 mimpi ngeri tu yati, k shima takut tengok cerita hantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati pun takut juga tengok cerita hantu. Ni citer zombie kak shima, best! :D

      Delete
  2. tak pernah tgk citer tu... channel mana yati?
    cantik brooch tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat Fox channel, 710. Dalam variety pack astro, kalau tak silap yati.
      Mekasih, Zila. :)

      Delete
  3. Replies
    1. Itu la dia, Acik. Dalam mimpi pun zombie nak kuor. Kalau kat tv takpe la.

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea