Wednesday, August 06, 2014

Hari Raya

Hari ni 10 Syawal. Sudah raya ke 10 baru Yati nak wish Selamat Hari Raya semua!!!

get your free blog banner at emilayusof.com


Sori lambat. Nak tau tak? Yati balik kampung suami kat Kelantan masa lagi 3 hari nak raya hari tu. Lepas tu kat rumah Perak, kabel talian telefon kena curi (lagi sekali) sampai la 2 hari lepas, baru TM fixed, pasang kabel baru, baru lah boleh online semula. Giler tak? Lama sangat takde line telefon. Nasib baik juga kami takde kat rumah, kalau tak, mau jadik macam mamat bawah ni...


Hahaha, tak leh online punya pasal. Lagi-lagi masa raya. Hehe..
Kenapa la kerap sangat orang curi kabel telefon ni? Boleh dikatakan 2-3 bulan sekali terjadi la. Kadang tu, geram juga. Rasa macam nak tutup je akaun TM ni. Ish, sabor, sabor...

----------------------------------------------

Kami balik kampung sebaik saja habis solat Jumaat masa cuti raya hari tu. Berbuka puasa on the road. Hehe..Seronoknya. Sesekali nak merasa. Kami berhenti beli juadah berbuka di pasar ramadhan Gerik, Perak. Hui... sakan sana. Sampai Yati pun lupa nak amik gambor, sebab tengok donut besor-besor dan gebu kat sana! Haha... Tapi memang menarik la pasar ramadhan Gerik tu. 

Kami berhenti berbuka puasa di R&R Titiwangsa, atas bukit tu. Itu pun sebab 2 orang budak kecik ni muntah dalam pukul 6 petang camtu. Dia orang ni tak posa, lepas makan dalam kereta selepas beli di pasar ramadhan Gerik tu, boleh muntah la pulak. Sorang dalam kereta. Sorang lagi masa kereta dah selamat berhenti kat r&r. Ler... ingat ke fasa mabuk travel ni dah berakhir dah. Ish, ish, sabor je la.

Alang-alang berhenti cuci mana yang perlu, kami berbuka puasa sekali la atas bukit tu.

Itu Yati ler, tengah tunggu masa berbuka.. ^_^

Kami sampai Tumpat dalam pukul 10:30 malam. Dalam perjalanan, kereta terlanggar biawak tengah jalan. Besar giler ok, biawak tu. Macam anak buaya! Tergelek ekor biawak tu, tak sempat nak elak. Lembu jangan cakap ler, memang banyak dok lepak atas jalanraya waktu malam. Lepas tu, masa jalan ke Rantau Panjang, ada pokok tumbang, sebab hujan. Ada lencongan oleh orang kampung, kena ikut jalan kecik benor masuk kampung. Alhamdulillah, selamat sampai. Husband bawa slow-slow. 

Dipendekkan cerita, kami sangat seronok balik kampung. Berpuasa di Kelantan. Sudah lebih kurang 7 tahun kami tak merasa berpuasa di kampung suami ni. Kalau balik, selepas raya atau sesudah puasa. Jadi, merasa pergi pasar ramadhan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu. Tahun lepas pun suami tak dapat cuti, kami beraya di Perak je. Jadi tahun ni memang seronok. 

Raya pun sakan. Pergi rumah sedara mara semua. Anak-anak dapat banyak duit raya. Seronok le dia orang.

Dari kiri Amirul, Hafizan, husband Yati dan Sulaiman. My precious.

Sulaiman nampak gemuk kan dalam gambor tu? Dia memang semangat bab makan. 

Kami balik semula ke Perak masa hari raya ketiga. Hujung minggu, ada sedara belah Perak pula datang ke rumah. 
Macamana raya kawan-kawan semua? Syukur kita dapat beraya dalam keadaan aman damai, tak seperti sedara kita di Palestin. 

Jumpa lagi. Selamat ye.


10 comments:

  1. selamat hari raya yatie..maaf zahir batin..seronok kan yatie..balik kampung beraya...acik dah tak lalui tu semua dah..dah dok dekat..masa muda2 dulu je balik beraya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Acik Erna. Maap zahir batin juga. Ha ah, seronok sangat. Acik mesti seronok, sebab time raya anak-anak balik, kan. :)

      Delete
  2. alhamdulillah
    mujur kable tu dh ok.. huhu

    salam aidilfitri
    maaf zahir n batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri, maap zahir batin juga buat LYAfrina.

      Delete
  3. Selamat hari raya yati... balik kg raya memang best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, kak Mila.
      Best, best, best, bak kata upin ipin. :)

      Delete
  4. Selamat hari raya Yati.. jauh juga perjalanan yati tu... sulaiman suka makan okeylah.. hero2 saya semua selim melim... hihihi... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Zila.
      Ok tu memang ok, tapi takut jadi overweight macam maknya. Hehehe...
      Selim melim bagus la. Maknya pun dah semakin slim tengok dari gambor. :D

      Delete
  5. Selamat hari raya yati. Cerita psl biawak tu...smlm pun sy bertmbung dgn biawak masa drive...biawak tu cuba nak lintas jalan..nasib sy tak terlanggar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ye Ena. Itu ler, kena bawa kete berhati-hati kata orang.

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea