Tuesday, July 22, 2014

Semprit dan siput

Hari ni sudah masuk 24 Ramadhan. Yati pun tak tahu nak tulis apa. Dengan MH17 yang jatuh tu, dengan peperangan di Gaza... ish.. tak tau la apa nak jadi dengan dunia ni. Cuba kalau semua orang dok kait ke, menjahit ke, mesti aman dunia. 

Hari tu, Yati buat kueh semperit. Dah lama tak membaking.


Mula-mula buat sorang-sorang je. Pastu husband datang tolong. Hehe..


Masa belum bakar, cantik je rupanya. Bila sudah bakar, amik kau... Yati lagi suka guna oven Yati dulu, yang jenis oven lama, boleh adjust api atas dan api bawah. Tapi guna je la apa yang ada.


Dapat lebih kurang 2 balang.

Rasa macam pernah share resepi semprit ni dulu. Tapi bila Yati check kat label Resepi, tak de pulak. Kueh raya lain ada share resepinya. Ok ler.. ni resepi semprit dari arwah mama Yati. Semprit ni jenis yang melt in your mouth tau. ^_^

Resepi: Semprit

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
3 biji telor (ambil kuning telor sahaja)
1 cawan gula (pakai gula aising dan bukan gula kastor)
1 ketul butter (yang biasa jual 250g tu)

Cara-cara:

  • Pukul butter dengan gula sampai mesra. Yati pukul guna pemukul telor je tau. Tak guna mesin mixer tu pun. Exercise tangan. Hehe..
  • Masukkan telor. Pukul sampai sebati. 
  • Campur adunan dengan tepung gandum dan tepung jagung yang telah ditapis. Eh, tapis ke? Hilang ingatan pulak. Ayak la. Ha, ye la.. tepung tu diayak supaya  tepung tu ringan.
  • Adjust ikut mana yang perlu. Kalau adunan masih melekat di tangan, tambah sikit tepung gandum. Bila doh sudah tidak melekat di tangan, baru sesuai sumbat kat acuan semprit tu.
  • Ikut suka nak guna acuan semprit memanjang atau acuan semprit bentuk bunga. Buat sampai habis. Kalau bentuk bunga, letak cherry yang telah dipotong kecik-kecik kat atas.
  • Bakar dalam suhu 180 darjah celcius, dalam 10-15 minit. Tapi kalau oven panas, tak sampai 10 minit pun dia dah masak. Tapi kome check le, atas nampak dah coklat, bawah dia tu pun, rasa dengan jari, kalau bawak keluar oven tu. Kalau dah masak, bahagian bawah tu kering, tak basah. Selamat mencuba!

------------------------------------------------

Lepas buat semprit, keesokannya pulak, Yati buat kueh siput pulak. Ambil kesempatan, hujung minggu ada ramai pembantu boleh tolong. Muhahahahaha....


Tu tangan husband saya, tolong gentel siput. Amirul dan Sulaiman pun tolong sekali. Tapi tak boleh share gambar sini, seksi maa...



Kueh siput ni kita goreng, bukannya bakar dalam oven. Jadi sesuai pada mereka yang takde oven tapi nak buat kueh raya kat rumah.


Bila dah keperangan, angkat dan tos kan minyaknya.


Dapat satu balang setengah. Buat kudap-kudap. Nyum-nyum... berikut ni resepi kueh siput ni, resepi arwah mama Yati juga.

Resepi: Kueh Siput

Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
Setengah cawan marjerin planta
2 biji telor
Suku cawan santan (untuk diuli sampai lembut)
Setengah sudu kecil jintan manis (ditumbuk)
Setengah sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
Garam dan gula secukup rasa
Daun kari diguna semasa menggoreng

Cara-cara:


  • Gaulkan tepung gandum dengan marjerin planta. Tak payah guna mixer, dan tak perlu ayak tepung. 
  • Lepas tu, masuk telor dan kacau adunan.
  • Masukkan santan dan kacau adunan. 
  • Masukkan jintan manis, lada hitam, garam dan gula secukup rasa. 
  • Adjust adunan supaya tidak melekat di jari. Kalau rasa pekat, tambah air. Kalau adunan masih melekat, tambah tepung. Uli guna tangan je ye.
  • Ambil acuan kueh siput, gentel la jadi bentuk siput. Buat bulat kecik-kecik, tekan atas papan acuan tu, kalau adunan kome cantik, dia terbentuk je jadi siput bila kita tekan. Tergolek terus jatuh atas pinggan. 
  • Bila atas pinggan tu bila siput-siput tu berkumpul ramai-ramai nampak cam melekat, kan. Tapi bila goreng, dia terpisah antara satu sama lain. Asalkan kome kacau la ye, dalam kuali tu, jangan bior je, nanti hangus. Jangan lupa campak sekali daun kari masa menggoreng kueh siput. Selamat mencuba!



Aik, tiba-tiba dah bertambah lagi satu balang siput. Last weekend Yati buat lagi siput, second round. Itu pun mesti dapat 3 balang kalau budak-budak tak puasa ni tak makan dulu. Hehe..harap dapat bertahan sampai raya.

Sekiranya tak ada lagi entri terbaru dari Yati sampai raya, Yati nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf pada semua kawan-kawan yang baca blog Yati ni, mana tahu ada tulisan Yati atau komen Yati yang pernah menyinggung perasaan anda semua. Selamat hari raya, salam kosong-kosong. Berhati-hati bila memandu balik kampung. Be safe. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin semua.... ^_^


10 comments:

  1. Tengok cantik jer kuih siput yati tu.. tq share resepi siput tu.. nanti nak cuba buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, kak Nur Hayati. Ada try buat tak? :)

      Delete
  2. Yati... mak nanie pun ada acuan semperit yg mcm tu.. antik tu kan... bestnya buat kuih raya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Skrang dah tak nampak dah orang jual acu semprit yang tembaga ni. Banyak jenis plastik je kan.

      Delete
  3. Best tengok resepi yg tailor-made utk org2 yg takda penimbang. Guna sudu & cawan je kan... Saya rasa nak try buat semprit la sbb bahan2nya simple. TQ for sharing ya resepi arwah mama Yati. Selamat Hari Raya, Yati & family. Thn ni kitarang balik Muor.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. resepi orang lama, Zurainny. Yati pun malas nak guna penimbang. Beli measurement cup je senang. :)
      Jauhnya Zurainny beraya di Muor. Selamat hari raya, maap zahir batin juga ye.

      Delete
  4. wow rajin nyer. aida x buat kuih satu pun.
    semua beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la rajin mana, Aida. Yati pun buat 2 jenis je, yang lain biskut tunjuk juga adanya. Hehe..

      Delete
  5. yati tiap2 tahun buat kuih sendiri...rajin betol... :)
    sedapnya kuih siput.. tahun ni macam x jumpa la kuih siput.. kena gi perak ni.. hihihihi... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, kembang sudah lubang idungku, orang cakap rajin.
      Heee... mai la sini, Zila. Jalan-jalan holiday. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea