Sunday, July 06, 2014

Progress terkini shawl dan pizza

Hari ni dah puasa ke 8. Cepatnya, kan. Macamana puasa kawan-kawan semua? ^_^

Tangan Yati ni dah gatal nak buat projek baru. Tapi, no, no... sudah janji dengan diri sendiri, nak siapkan projek terbengkalai dulu. Tapi tengok la. Kalau dah mati kutu sangat buat projek nan satu yang tak sudah-sudah tu, nak jugak try projek baru. 

Bulan puasa ni pun Yati tak banyak online sangat. Kait pun sama. Camana pun, bila ada masa terluang, Yati tengah usaha siapkan shawl crocodile stitch ni.

Crocodile stitch shawl atas meja kerja
Sekarang sudah sampai tahap yang mana nak habiskan satu baris pun ambil masa lama. Nampak macam dah besar, kan. Tapi tak cukup lagi pun nak cover body. Cover kepala boleh. Hehe.. cepat bosan la pula buat stitch buaya ni. Baru siap 2-3 sisik, dah bosan. Adoi.... 

-----------------------------------------------------------------

Projek memasak pizza ni, adalah sehari sebelum start puasa hari tu. Yati bab mengadun doh yang libatkan yis, tak reti sangat. Buat donut pun kadang dia tak jadi gebu. Bahagian base pizza ni, Yati guna bahan-bahan yang sama untuk buat donut tu ler.

Doh baru kembang sikit
Yati buat 2 jenis pizza. Satu untuk budak-budak makan. Cuma letak sos, sosej dan cheese.

Pizza untuk budak-budak
Pizza untuk orang tua pula, Yati tambah bawang.

Pizza untuk orang tua ada bawang
Tak cantiknya rupa pizza tu. Rasa pun tak la sesedap pizza hut tu. Tapi, boleh ler, buat makan satu family. Ok tak Hafizan?

Hafizan makan, makan....

Dia dah makan banyak slice tu, kira ok ler tu, kan? ^_^

Ok ler... sambung lain kali. Take care semua.. dan semoga kita dapat melaksanakan ibadah puasa ni sebaik-baiknya...
Jumpa lagi...

14 comments:

  1. tengok yati buat pizza, teringin pulak lah nak mkn pizza ptg ni......bulan puasa ni memang mudah tergoda tgk benda2 mkn...hihi....
    mesti cantik kalau dah siap shawl tu nanti...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, betul tu Lia. Mana taknya, perut lapor. Hehe.. Mekasih, tambah semangat Yati nak siapkan shawl ni. Malaysia boleh! :-)

      Delete
  2. Kemasnya crocodile stitch Yati, crochet ka tu? Hehehe, kami akan berbuka dgn pizza ptg ni - guna offer groupon. Kalau hrp saya ni buat - mmg x akan jadi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, ni crochet.
      Sedapnya Zurainny, berbuka makan pizza. Nyum, nyum.. eh mana tahu, tak cuba buat. Cer try... ^_^

      Delete
  3. Hi yati , lama x muncul. Hihihi ada orang makan banyak sedap lah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, lama tak nampak kak Suzie. :-)
      Sibuk ye?

      Delete
  4. Replies
    1. Bak kata upin ipin, sedap, sedap, sedap! :D

      Delete
  5. Hello Yati, love that shawl....and your crocodile stitching. I guess you one of the few who do this kind of very creative handiwork. Outstanding!
    And your pizza looks sedap best. I think saya boleh habis kan tiga keping, ha ha.
    Your boy is enjoying himself.
    Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello uncle. Thank you.
      Hehe.. not so sedap like in the shop. Still have to practice more on baking pizza. :-)

      Delete
  6. Yati... cantik si buaya itu... chaiyok2! Saya lagi la..dah lama betol x pegang hook.. takut dah lupa je cemaner nak mengait. ..

    pizza... rajinnnya yati.. saya beli segera je kat tesco.


    Selamat meneruskan ibadah puasa... kejap je.. arini dah nuzul quran. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Zila.
      Oh.. Zila buat projek menjahit, ok ler tu. Nanti dah siap projek jahit boleh pegang hook balik. :-)
      Ha, frozen pizza tesco tu sedap juga yek, Yati pun pernah try dulu.
      Betul.. dah nak raya dah.

      Delete
  7. yati kemasnya crocodile stitch tu, teringin nak buat,,, ngeeee,,, sedapnya pizza, tapi sayang kak shima tak makan... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, kak Shima.
      Kak Shima terer buat ripple. Yati pun tak pernah buat lagi pattern ripple.

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea