Sunday, June 22, 2014

Pencil case dan karipap

Lama betul tak update cerita kat sini.

Yati sekarang tengah usaha nak selesaikan semua unfinished project sebelum ni. Berikut salah satu projek terbengkalai yang berjaya disiapkan. Knitted pencil case. Takde la sepenuhnya knit, campur crochet sikit.

Pencil case: Depan

Ni cubaan pertama Yati kait pencil case bentuk bulat. Sebelum ni, buat bentuk 4 segi macam pouch tu je. Pattern juga ikut citarasa sendiri. Mengait ikut sesedap rasa.

Pencil case: Dalam

Bahagian dalam ada lining dari kain felt.

Yati dah masukkan dalam kedai Yati. Jemput singgah kalau nak tengok harga dan ukurannya ya.

---------------------------------------------------

Hari tu, Yati buat karipap. Hafizan suka sangat makan karipap. Selalunya, Yati beli karipap frozen di kedai 1 Malaysia. Malas dan nak cepat, kan. Tapi hari tu, mood rajin datang. Itu pun tak dirancang. Buat guna bahan yang ada di rumah. Minced beef dan kentang tak ada, jadi Yati buat karipap inti sardin, fresh dari dalam tin. Hehe..

2 jenis karipap

Karipap sardin untuk orang tua, dan karipap kosong (tak ada inti dalam) untuk budak-budak. Entah depa ni, suka sangat makan karipap kosong dari kecik.


Tu assistant Yati, Hafizan, tolong gelek karipap. 

Karipap kosong

Bukan saja karipap kosong, lebihan doh tu, Hafizan guna acuan kueh raya, dia buat bentuk lain.

Karipap sardin. Alamak, gambar kurang jelas pulak.
Sedap juga. Masuk bakul angkat sendiri. Hehe.. Dapat makan tea time untuk 2 hari. Budak-budak mintak buat lagi, tapi lain hari la pulak.

Tak lama lagi nak puasa. Selamat menyambut bulan puasa untuk semua muslimin dan muslimat. ^_^




14 comments:

  1. Pandainya Yati mengait, cantik menjadi pensil case. Saya takde kebolehan tu..mmg tak tahu langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. :)
      Yati pun belajor dari youtube je. Kalau Che Ah ada minat, Che Ah pun boleh buat juga. :)

      Delete
  2. kite suka karipap. tak kire inti apa. semo kite telan. mintak sikit boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... sama ler kita. Ala, Melor tu boleh buat sendiri. Lagi terer masak dari Yati. :)

      Delete
  3. cutenya pencil case tu yati..

    wah rajinnya hafizan tolong mama. baguslah makan karipap xde intin...kalau camtu boleh sediakn byk2 n simpan dlm petiais buat stok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih, kak.
      Cadangnya memang camtu kak, nak buat stok. Tapi bila buat je, cepat abis. Tak sempat nak simpan lama pun. :D

      Delete
  4. comel je pancel case yg biru lembut itu... :)

    karipap kosong.. hehe.. tak pernah try.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih, Zila. :)
      ntah budak-budak ni. Dia orang tak suka karipap ada inti. Kalau ada, dia orang akan keluarkan. Tu senang buat karipap kosong je. :)

      Delete
  5. Hello Yati, I suka your pencil case. Very original. First time I see this too. Must have taken you few hours or days stitch this.
    And your karipaps look so sedap best. Kalau dapat makan bila tengok world cup football, agak2 enam keping habis cherita, ha ha.
    You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, uncle. Yes, it took me days to finish up the pencil case. I'm a slow knitter... hehe..
      Haha.. yes.. memang sedap makan sambil tengok tv. Tak sedar, sudah habis semua. :D

      Delete
  6. Aisemen... sedapnya. Seumur hidup saya ni, x pernah lg buat karipap sendiri! Hehehe... asyik beli ja. Bestnya kalau kreatif mcm Yati, blh kait apa2 ja, x perlu terkial2 ikut pattern. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa.. ye ke? Senang je buat karipap Zurainny, yati pun refer buku resepi juga. :)
      Bukan apa, sebab kadang kita cari pattern tak jumpa seperti yang kita nak. Jadi, kena plan bentuk apa kita nak dulu on paper, pastu agak-agak ler berapa stitches. Try and error. :D

      Delete
  7. comel lah pencil case tu...jarang sy tengok pencil case guna knit...cantik juga ye...karipap kosong tu pun 1 idea yang menarik...sama lah anak kita....tak suka makan inti...he2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Lia. Lia pun bole cuba buat juga.
      Haha.. tak sangka anak kita sama yek. Sebab ada karipap inti pedas, bila dah biasa buang inti sejak kecik, tu yang dia orang suka makan karipap kosong tu. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea