Friday, May 30, 2014

Rumah kucing

Yati ada crochet sebiji rumah kucing untuk kakak sulong Yati. Dia ada bela kucing, 5 ekor. 2 kucing dewasa, dan 3 kittens.

Yati buat rumah kucing ni, berdasarkan pattern oleh blog Eilen Tein. Pattern dalam English ada di bahagian bawah entri beliau. Macamana pun, Yati tidak la ikut sepenuhnya, ada ubah sana sini, ikut sesedap rasa. Juga, Yati tidak menerima tempahan untuk kait rumah kucing ni, Yati kait sebagai hadiah untuk kakak Yati sahaja.

* The following cat nest is not for sale, and I do not accept orders to crochet them. I only made this as a gift for my eldest sister. The original pattern can be found at Eilen Tein.

Yati kait guna t-shirt lama yang dijadikan benang. Banyak juga koleksi t-shirt lama, yang bahagian kolarnya dah berbunga, yang dah koyak, yang dah bertahi lalat, yang Yati simpan untuk buat projek recycle.


Banyak tutorial dekat youtube yang tunjukkan macamana nak buat continuous yarn daripada t-shirt lama. Kalau boleh, pakai yang seamless t-shirt. Tapi, Yati bantai je, yang jahit tepi, yang tak berjahit, semua Yati guna, asalkan t-shirt yang boleh meregang.


Tu antara contoh yarn dari t-shirt. Ready untuk dikait. Yati guna hook saiz 10 mm.


Haa.. gambar di atas menunjukkan bahagian base dia dah siap. Macam buat bulatan biasa, tapi Yati tak sambung dengan slip stitch. Yati kait je terus menerus. Bahagian base saje sudah guna 4 helai t-shirt lama. Lepas tu, tandakan bahagian kita nak buat pintu masuk kucing dengan stitch marker, sebab bahagian ni, kita tak akan kait.


Setakat gambar di atas, sudah guna 6 helai t-shirt lama.


Setakat gambar di atas, sudah guna 8 helai t-shirt lama. Sudah rasa nak give-up. Jari sudah lenguh. Belakang badan sudah mau patah. Hahaha.... stop la kalau tak larat. Sambung besok je. Tak boleh dipaksa, tau. Jari jemari kita harus berehat juga. ^_^




Bila agak-agak pintu masuk tu dah cukup untuk kucing masuk (sila la ukur kucing korang, takut tak muat pulak) buat chain je atas tempat yang tidak dikait. Bilangan chain atas sama dengan chain bahagian bawah yang Yati tanda dengan stitch marker tu.


Setakat gambar di atas, sudah guna 9 helai t-shirt lama.


Atas chain tu, sambung je dengan single crochet seperti biasa.


Walau pun kait guna t-shirt lama ni sudah cukup kukuh, tapi Yati still kait sekali dengan tali nilon di bahagian dalam. Tau ler kucing kan... sekali dia stunt atas rumah, mesti kelepek rumah ni nanti.


Setakat gambar di atas, sudah guna 10 helai t-shirt lama. Masih mengunting lagi, sebab tak cukup. Haa.. bertahun tau, Yati simpan t-shirt-t-shirt lama ni. Ingat nak buat lapik kaki ke, lapik periuk ke, jahit square-square buat cover kereta ke, tapi akhirnya guna untuk buat rumah kucing.


Tu pasal kena guna t-shirt ye, sebab kainnya meregang semasa ditarik. Kalau guna kemeja lama ke, baju tidor lama ke, takut tak meregang pulak. ^_^


Setakat gambar di atas, sudah guna 11 helai t-shirt lama. Masa ni, Yati sudah start decrease stitches. Boleh nampak dalam gambar di atas, tali nilon di tempat chain tu. Nanti kita boleh cover, supaya tak nampak tali tu. Tapi kalau nampak sikit-sikit pun, takpa ler.


Tanda permulaan bulatan dengan stitch marker. Kalau tak, boleh lost tau, sebab kita tak sambung bulatan kita dengan slip stitch.


Sakit belakang ke? Sila la stop sekejap, pi tesco ke, Aeon ke, cari kerusi urut seringgit. Hehehe...


Mana-mana perginya rumah kucing ni, bawa sekali tali nilon. Penat buat kat meja kerja, buat depan TV pulak.


Haa... dah berapa t-shirt guna yek? Saya sudah lost count. Hmmm... 12 helai kot setakat gambar di atas.


By the time sampai kat gambar di atas, Amirul kata, "Mama, biar la berlubang tu. Nanti kepala kucing boleh keluar". Hahaha... ye ler tu. Nanti kucing tu takde privasi nak tidor, orang asyik intai dia je.


Makin lubang tu kecil, makin susah nak kait.


13 helai t-shirt lama guna untuk buat rumah kucing ni. Gambar di atas, sudah hampir siap. Yeh....


Yati potong ekor panjang, guna jarum lubang besar, dan jahit bahagian atas bagi rapat.


Rumah kucing sudah siap! Bahagian pintu tu, boleh guna t-shirt yarn juga. Tapi Yati guna benang daiso tebal kait keliling.


Gelap bahagian dalam, macam gua.


Pandangan dari atas. Tidak la kemas. Ada bahagian terbonjol keluar. Hehe..


Amirul main dengan Cougar. Cougar, salah sekor kittens kakak Yati. Anak-anak sudah di ambil oleh kakak, dia orang dok KL sekarang, as usual, bila cuti sekolah.


Tengok tu, Cougar dah ada dalam, tapi Blackie nak masuk juga dalam rumah kucing. Kena tunggu giliran ye.. hehe...


Laaa... dia masuk juga. Kakak kata, muat 2 kittens dalam rumah kucing. Wah... ^_^

Sukanya saya tengok kucing-kucing suka rumah kucing ni. :-)

Selamat bercuti pada kawan-kawan yang nak pergi holiday sempena cuti sekolah ni. Take care and be safe!

20 comments:

  1. Replies
    1. Cinta Zakirah,
      terima kasih.
      Sikit-sikit je, masih lagi belajar mengait. :)

      Delete
  2. Slm kak yati, da lama tk post kat sini....cumil umah kucen...nk tanye psl benang kait...biasa akak guna minlon ke atau ondori ye..tensen la benang berbulu nih...ari tu beli bng yg dr turki tu, nmpk cam tk berbulu tp berbulu gak huhu...tensen byk beli benang ice yarn tp bila kait jd tk lawo...br ingat nk wat set baby. Geram tgk bb booties for boys. Ni minggu dpn bersalin...kait tk jd jugak. Tensennnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sueann,
      terima kasih.
      Biasanya, guna nona. Minlon pun ada juga guna. Wina pun ada guna juga.
      Ooo.. kalau hasil kait kita nampak berbulu dan nak hilangkan bulu tu, boleh beli kat daiso, ada jual Lint Remover. Beli yang guna bateri tu (ada ropa macam shaver pun ada). Ramai kawan dari geng kait guna menatang tu untuk kurangkan bulu dari produk kait. :)

      Delete
  3. Lawa rumah kucing tu boleh la guna bawak kucing balik kg hehe tapi pintu tu tak boleh tutup ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Zino,
      mekasih.
      hehe.. tak leh. Lain tahun pulak buat rumah kucing boleh tutup pintu. Tunggu koleksi tshirt lama banyak sikit. :)

      Delete
  4. Rajin betulah yati ni.. manfaatkan betul bahan yg tak boleh dipakai lagi kan.. tq sharing idea ni.. boleh akak tunjukan pada kakak akak yg banyak bela kucing di rumahnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nur Hayati,
      hehe.. boleh-boleh. Sebab nak sedekah tshirt lama kat orang, tak sesuai sebab dah kurang sempurna, jadi recycle je la, projek kraftangan. :)

      Delete
  5. Hello Yati, this the first time I see a 'rumah kuching'. And its beautiful. Must have taken you a lot of hours stitching it. Love the colours. I bet the kuchings love it too.
    Outstanding, Yati!
    You have a great week, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,
      thank you.
      Yes, I did spend few days to finish the whole rumah kucing.
      You have a great day, uncle!

      Delete
  6. OMG yati!!!
    gojes!!! kreatif tahap maksima!!!
    aida kagum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida,
      mekasih.
      Biasa-biasa je. Masih belajor ngait tengok youtube lagi.

      Delete
  7. Salam Yati,
    Waahh...gembiranya kucing2 tu dpt rumah baru! Suka la tengok 'yarn' tu bila dah digulung, nmpk sebiji mcm yarn betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zurainny,
      memang kucing-kucing tu suka. Habis 'dilanyak'nya rumah kucing tu, Zurainny. Sekarang dah berubah bentuk dah. Huhuhu...
      Ha, betul. Memang sebenarnya banyak benda boleh kita buat jadi yarn ni selain dari tshirt. Ada pernah Yati tengok orang kait guna tali guni je. :)

      Delete
  8. kretip yati!!! i like projek recycle cam gini.. hihi... :)

    next week sekolah dah buka semula.. kejap je masa kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila,
      ha.. Zila pun pernah buat dulu kan, kait guna t-shirt yarn ni. Sakit tangan jugak yek.. :)
      Betul tu. Ni dah start sekolah dah, masa memang cepat. Nak posa dah pun..

      Delete
  9. wah.....kreatif sungguh lah cik yati ni....tak terpikir plak boleh buat rumah kucing mcm tu......bertuah lah kucing2 tu kan...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lia,
      hehe.. takde la, Yati ikut panduan pattern dalam entri tu juga. Memang best buat projek sebagai hadiah dan orang yang menerimanya pun suka dengan apa yang kita buat. ^_^

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea