Tuesday, May 06, 2014

Progress shawl dan kucing kental

Line internet kat rumah ni ala-ala siput sedut semenjak dua menjak ni. Jadi, untuk mengelak dari perasaan tension yang melampau, Yati pun terus tidak online. Tapi masa itu sentiasa penuh. Buat kerja rumah saje sudah memenuhi masa, sampai tak sempat nak ber-craft sangat. Plus badan tu sentiasa letih. Duduk atas couch pukul 9 malam dengan hajat nak tengok tv, tapi end up tv yang tengok kita. Subuh sudah masuk awal sekarang, jadi saya bangun awal pukul 4.30 pagi on weekdays untuk prepare breakfast anak pi sekolah. Lepas hantar anak sekolah, Yati ber-morning walk pulak. Kena, must exercise. Sudah masuk bulan Rejab. Cepatnya masa tu, kan. Sudah settle ke, 'hutang' posa kita? ^_^

Nak tunjuk juga work-in-progress Yati, walau pun perkembangannya tak banyak. Bergerak, tapi lambat. Cepat boring buat crocodile stitch ni, tapi bila cuba atas badan kita, wow... rasa sedap la. Sebab benang wool dari Turki kot. Sedap, seumpama nak bawak masuk tidor atas katil. Hehe.. kalau dah siap ni, bawak masuk pakai masa tengok movie kat cinema pun best juga ni, sebab MBO Sitiawan tu, sejuk giler aircond nya.

crocodile stitch shawl

Untuk membungkus badan ini dengan selesanya, masih jauh perjalanan. Insya-Allah, akan ku usahakan. ^_^

---------------------------------------------

Di samping tu, ada projek selingan. Ni projek masa line telefon rumah down hari tu, tak boleh online kan, jadi Yati buat amigurumi kucing. Kucing kental. Dah la gemuk, takde leher pulak tu.


So far, ini lah amigurumi terbesar Yati pernah crochet. Best juga la buat ni. Cabaran buat amigurumi ni, masa kita nak cantum pieces tu la, macam telinga, kepala, badan dan ekor. Sebab Yati tak biasa buat. Tapi sesekali layan projek yang lain dari yang lain ni, best juga. ^_^

Sudah masuk kedai. Nak tahu harga dan ukuran kucing kental ni, jemput singgah online store Yati ye.


Ops, apa tu?
Itu label baru Yati! Hehehe...

Ok ler... jumpa lagi ye.. harap semua kawan-kawan berbahagia dan senyum selalu! ^_^



14 comments:

  1. assalam yatie.memang montel kucing yatie tu..nampak cantik dan kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik,
      waalaikumsalam warahmatullah.
      Mekasih, Acik. Sumbat banyak-banyak fiber dalam kucing tu, bior nampak gemuk. Hehe..

      Delete
  2. Lawanya .......2-2 suka ..kucing kental lagi lah. Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Suzie,
      mekasih, kak.
      Seronok la pulak buat amigurumi ni. Baru Yati paham skrang nape kawan kait bila dia kait, dia specialize 1 bidang je. Yang buat amigurumi, buat patung je. Sebab kepuasan buat benda comel, tak sama macam kait bag dan benda lain. :D

      Delete
  3. Replies
    1. Kak Shima,
      mekasih, kak. Tapi tak leh lawan cadar ripple kak Shima tu. Peh, dasyat! :D

      Delete
  4. Kental dan gebu abang meowww... hihi .. cantik shawl yati.. saya kait shawl pun x siap2 yati.. huhu.. bila dah tinggalkan susahnya nak mula balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila,
      hehe.. mekasih, Zila. Benda montel ni sedap dipeluk. :D Betul tu. Memang kena motivasi yang kuat le, buat projek besor ni. Tapi baru shawl. Cuba contohi kak Shima tu, cadar tu. Hui... dasyat!

      Delete
  5. Cantiknya shawl tu.. Masuk kedai tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanie,
      belum masuk, sebab belum siap. Bila dah masuk, Yati akan war-warkan, Insya-Allah. :D

      Delete
  6. Saya rasa experienced crocheter mcm Yati ni mesti dah try mcm benang. Saya baru nak try2 crochet guna benang2 lain selain Nona... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga, Zurainny. Selain akrilik, pernah guna wool dan cotton je. Benang bamboo ada satu, simpan, tak guna lagi, sebab lembut sangat. Sayang. Hehe..

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea