Thursday, May 15, 2014

Cover botol air minion dan pokok

Yati ada crochet cover botol air Hafizan. Pattern minion.


Sebab tengok Hafizan balik sekolah, satu tangan dia pegang botol, satu tangan lagi tarik bag. Bag sekolah Hafizan yang jenis ada tayar tu. Dah la beg sekolah berat. Jadi, ada cover botol air ni, satu tangan dah free, gantung je kat bahu ke, kat leher ke, ikut suka dia.

Hafizan, sekolah tahun 2. Anak kedua Yati.
Hafizan suka je masa pergi sekolah pagi tadi bawak bekas botol air baru. Masa balik sekolah pula, dia kata ada kawan pompuan dia tanya, jual ke? Hehe..
Mama suka lagu Happy. Kalau dengar sambil morning walk, rasa macam nak joget pun ada.




-----------------------------------------

Dalam  satu entri lepas, Yati ada cerita pasal pokok bunga cantik ni. Ala.. pasal pokok ni..


Merata-rata orang cerita pasal pokok ni, termasuk dalam paper, yang cerita kat blog pun ramai.

Masuk paper Kosmo
Yati ada cari pokok ni kat nursery dekat sini. Jumpa la kat nursery aunty Abon. Tapi sebab pokoknya besar, tak muat kereta, kena hantar guna lori. Aunty Abon tak caj pun hantar ke rumah, dia dah kenal Yati sejak arwah mama Yati dulu, selalu pi nursery dia, beli bunga. Jadi, dapatlah tanam kat rumah. Sebiji je beli. Pokok ni boleh besar sebesar-besarnya, dan ini la satu-satunya pokok besar yang kami tanam kat rumah.


Suka, suka! Tak sabar tunggu dia besar dan keluar bunga. Tapi dia bunga setahun sekali je. Dulu lagi kami dok bincang, nak tanam pokok besar satu biji kat rumah. Nak tanam pokok berbuah, takut beruk singgah. Ye.. beruk lalu atas wayar letrik je kat rumah Yati ni. Jangankan beruk, musang pun husband Yati pernah nampak malam-malam. Jadi, tanam la pokok bunga yang cantik ni. Seronoknya! ^_^

Ok ler... sehingga kita jumpa lagi...



8 comments:

  1. Salam ukhuwah Yati,

    Cantik pulak akak tengok cover botol air Hafizan tu.. mudah kan dia nanti nak bawa botol air tu..

    Pokok bunga tu pun dah banyak di tanam di taman perumahan akak yati.. bila musim berbunga sakan akak bergambar :)

    Akak follow yati #622 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nur Hayati,
      terima kasih.
      Hehe.. tu la, cantik kan, pokok tu bila berbunga. Yati pun suka. :)
      Terima kasih singgah sini dan follow Yati.

      Delete
  2. memang cantik botol air tu yatie

    ReplyDelete
  3. Hello Yati, chatek la botol cover tu. I guess it takes a lot of patience and time to knit that. Nak simpan panas bagus.
    And those sakuras already blooming in Alor Star.
    Kita sini belum lagi. Da lambat sebab winter this year a long one. I guess maybe next week bunga keluar.
    You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Senang datang.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,
      thank you. Betul, ambil masa lama juga nak buat cover botol tu.
      Bunga sudah keluar ke kat sana? Mesti cantik. Winter lama-lama pun susah juga, bagi yang tak biasa dengan sejuk, kan uncle. :)

      Delete
  4. Cutenya cover botol minion tu! Bila dengar lagu Happy, mesti rasa nak menari! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zurainny,
      terima kasih. :)
      Betul, betul. Kalau exercise jalan, terus rasa nak berlari. Hehe..

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea