Wednesday, April 02, 2014

Rose hairclips dan Cameron Highlands

Sudah masuk bulan April lor. Aiya... sangat cepat masa berlalu..

Yati ada siapkan sepit rambut seperti gambar-gambar berikut sebelum cuti sekolah selama seminggu bermula tempoh hari. Chewah... seindah bahasa betul. Meh kita tengok...




Seperti biasa, kalau nak tahu harga seketul berapa, jemput la singgah kedai saya ni yek...


--------------------------------------------------------

Nak tau tak... pada cuti sekolah baru-baru ni, kami sekeluarga balik Kelantan! Hehehe... tapi, ikut route Cameron Highlands! Waiya... kira holiday cum balik kampung.

Kami bermalam di Cameron Highlands selama 1 malam sahaja. Tanpa buat apa-apa reservation hotel, main terjah je. Mengikut husband Yati, kalau ada jumpa hotel kosong, kita tidor. Takde kalu, kita teruskan saja perjalanan ke Kelantan. Nampaknya, rezeki menyebelahi kami. Dapatlah jumpa hotel, dalam lingkungan bajet kami, yang ada kosong.

Ni dia hotelnya...


Kami dok family room. 5 beranak, cukup le. Pelik juga la, masa mula masuk hotel tu, awat dalam bilik takde aircond? Cuma ada kipas. Bila dah malam, baru la tahu jawapannya yek... Masing-masing tidor kerekot, menahan kesejukan.


Ini adalah view dari bilik kami. Ceh.. menyakitkan hati tak? Hei.. banyak bebenor penerokaan lereng bukit di Cameron Highlands ni. Sedih ada, marah pun ada. Cameron dah tak sama macam dulu, wei.. Dulu masa kecik, kita pi, pagi-pagi bila cakap, keluar asap ikut mulut, sebab sejuk udaranya. Sekarang ni, no more. 

Agak dekat jugak hotel kami ni dengan pekan Brinchang. Tapi kami tak pi pun pasor malam. Memang sesak la situ. Kami keluar malam, pi isi minyak kereta penuh-penuh, sebab esoknya nak teruskan perjalanan ke Kelantan pulak. Actually, masa kami check-in hotel, dah petang dah pun. 

Hotel ni, harganya termasuk makan malam (steamboat) dan breakfast. Meh tengok gambor masa makan malam. Anak-anak Yati ni tak berapa nak melayan steamboat ni. Tapi tiba-tiba hari tu kat hotel, boleh tahan juga deme makan. Pelik kami dibuatnya. Lapor ler tu...hehe... tahu pun makan apa yang ada.


Selesa ruang makannya.. luas..

Waiya... manyak happy ini budak 2 olang..
Mungkin dia orang makan sebab macam main masak-masak kot. Dia orang campak fishball, dia orang makan. Sampaikan bihun pun budak-budak makan. Padahal Amirul tu bukan minat bihun sup sangat. 

Sulaiman si budak kecik
Keesokan harinya, pagi-pagi.. layan permintaan husband, yang teringin bebenor pi ladang teh. Ops, sebelum tu, kita breakfast dulu...

Hafizan makan toast with sosej

Budak-budak dah pandai melayan diri cari makan. Toast pun dia orang buat sendiri, dan beratur mengikut giliran. Bagus-bagus, dah besor anak-anak mama.

Ni husband Yati, dan Sulaiman.

Sulaiman suka nasi lemak. 


Amirul makan nasi lemak dengan sosej.

Meh kita tengok gambar-gambar kat ladang teh pulak.

Hafizan
Budak-budak ni excited tengok pokok teh, sampai dia orang turun ke bawah tengok pokok. 


Pemandangan indah ladang teh, Cameron Valley.. camana la dia orang kutip daun teh yang dekat lereng bukit tu yek.. tak gayat ke? 

Kami tak adalah jalan banyak tempat pun. Lepas tu, pergi singgah tengok bunga-bunga di beberapa tempat.


Bunga matahari ni sangat besar! Sebesar muka orang dewasa yang gemuk! Tinggi pulak tu pokoknya. 


Bukan musim petik strawberry. Ni pun jumpa sebijik je, yang lain kecik-kecik hijau lagi buahnya.

Tengahari je, kami check-out dan teruskan perjalanan ke Kelantan, ikut route Gua Musang. Pertama kali kami ikut jalan ni. Memang ambil masa lebih, penat juga le. Pukul 7 malam baru tiba di Tumpat, kampung husband Yati. Kereta banyak sepanjang perjalananan.

Next entri Yati cerita pasal trip di Kelantan pulak ye. 

'till then, take care semua...! ^_^

10 comments:

  1. Suasana sejuk..dapat makan steamboat yang panas tu kak memang nikmat dunia kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta Zakirah,
      ha ah, betul, betul, betul! :-)
      Salam kenal, terima kasih singgah sini.

      Delete
  2. Akak balik lalu cameron juga tp dr besut la. X p cameron pun. Lalu je tp shopping juga yang tepi2 jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Suzie,
      ooo ye ke? Jalan dia agak selesa juga ye kak. Tapi patut orang kata kalau travel malam, jangan lalu situ. Sebab kurang kereta.

      Delete
  3. Hello Yati, those rose hair clips are beautiful. Nice colours too. And wow! You were in Camerons? Can see your kids having a great time. Nice pics.
    The last time I was there was in the '80s. Is it cool up there?

    Back in the '60s, it would get very chilly at nights, need to wear a jacket, and by evening there'll be a heavy mist.
    But I heard today due the place has many resort, hotels, and lots of jungle being cut down, not cold anymore.
    We now 2nd week of spring, all the snow and ice melted. By next week will see green grass again.
    You keep well, best regards.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,
      thanks, Uncle.
      Wow, some time there, since you last been to Cameron. It was quite cool at night. But not so cold like it used to be. :-)

      Delete
  4. masa gi cameron aritu pun saya rasa selera sgt makan.. budak2 pun sama.. mcm mknan kat sana sedap2 semuanya.. ke sebab sejuk dan kita asyik lapar.. hehe.. teringat cendawan celup tepung.. sedapnya... hihihii..

    cantik klip2 crochet yati tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila,
      agaknya la Zila. Sebab udara sejuk, perut pun lapor. Hehehe...
      Terima kasih, Zila. :-)

      Delete
  5. tiap kali baca blog org pasal ch, teringin nak gi. lepak ladang teh. petik stroberi. kebun ros... but sampai skang x pergi jugak. hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida,
      hehe. Pergi je Aida. Tapi kadang rasa macam terlampau ramai orang sana, terutama weekend dan cuti sekolah. Cuaca pun dah tak berapa sejuk, kereta banyak. Jalan kat cameron tu pun tak berapa elok, Aida. Ni pendapat yati je. Cuma yang bestnya, dapat tengok bunga-bunga, teh, dan sekarang dah ada lavender farm. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea