Wednesday, April 16, 2014

Kelantan trip

Minggu lepas Yati tak online tau, 1 minggu. 3-4 hari tak online tu, sebab kabel telefon kena curi. Jadi, telefon takde nada dail = no wifi = no internet. Hahaha.. mati kutu kita orang. Tapi Yati beli juga pakej internet untuk mobile, jadi boleh la melepaskan rindu online ngan kawan-kawan kat whatsApp dan weChat. Cuma tak online di komputer.

Bila dah beberapa hari tak online tu, rasa best pulak. Sesekali tanpa internet. Rasa aman sikit. Sepatutnya masa tak online tu, digunakan untuk siapkan hasil kait yang work-in-progress, tapi menambahkan lagi projek work-in-progress adalah. Hehe... saje, suka-suka. Bila ada banyak projek, meja kerja bertambah semak, tapi rasa tak bosan sebab banyak kerja dalam tangan. Bila bosan kait ni, kait tu pulak. Nanti la, Yati cuba siapkan satu-satu. Sambil mengambil masa, sambil tengok tv. Hahaha.. bestnya sesekali macam ni.

Nak cerita pasal balik Kelantan masa cuti sekolah seminggu hari tu. Walau pun dah lama lepas. Tapi seronok, kami satu family rasa seronok! Next cuti sekolah bulan 5 ni, dah tak boleh dah, kakak Yati dah 'chop' budak-budak, nak bawak pergi KL pulak. So, meh layan cerita masa kami di Kelantan hari tu yek.

Eh, sebenarnya, kita orang ada singgah di pekan lama Gua Musang, Kelantan. Singgah makan tengahari. Tapi lupa ambik gambar. Sebab cuaca panas dan perut lapar kot. Hehe.. Balik ikut jalan Kuala Krai.

Kami tiba di Tumpat dekat waktu maghrib camtu, dari Cameron Highlands hari tu. Tumpat ialah kampung halaman suami Yati. Kami jarang balik Tumpat. Setahun, paling banyak pun 2 kali je balik sana. Kadang-kadang setahun sekali saja. Tapi Kelantan ni spesial sikit. Kadang-kadang, how I wish yang negeri lain kat Malaysia boleh jadi macam Kelantan. Tak tahu nak explain macamana. Tapi bila kita merasa balik sana, tak sama macam negeri lain. Pengalaman tu, cuma orang yang pernah pergi je yang boleh rasa.

only in Kelantan
Jambatan Sultan Yahya, menghubungkan Kota Bharu dan Pasir Pekan. On the way to Tumpat.
Keesokan harinya baru jalan-jalan sikit. Satu kemestian bila balik sana, kami akan pergi satu kedai kopi kat Kota Bharu ni. Breakfast. Orang kat kedai kopi tu pun dah kenal kami, muka setahun sekali mesti nampak. Tokei kedai kopi ni chinese, tapi berbilang bangsa la makan kat kedai dia. Orang cina sana 'kecek kelate'.

Sarapan apa ye kat sini?


Roti bakar, yang dibakar guna dapur arang. Sangat 'old school' kedai dia. Nasi berlauk, sama ada lauk gulai ayam, ayam bakor atau gulai ikan. Kopi o untuk mama, sedap! 


Sulaiman makan cakoi, dan telor masak tiga suku. Hehe.. dia suka telor tu hampir masak, kalau separuh masak, dia cakap cair sangat.


Hafizan dan Amirul pun sama. Roti bakar dengan telor 3 suku masak.


Ni nasi berlauk ayam bakar. Rupa tak berapa, dia ada timun dan sambal juga. Gulai dia sedap, memang tak sama dengan gulai yang kita masak sendiri.


Selalunya, kami akan 'tapau' sekali untuk makan tengahari nasi berlauk tu. Untuk mek (mak mertua Yati) dan mek yah (kakak ipar) juga. Kat rumah tak masak sangat. Selalu makan kat rumah sedara-mara yang dok dekat je dengan rumah. Lagi pun ramai sedara husband yati yang niaga kat pasor, kat kedai runcit pun ada. Mak mertua Yati pula ada kebun. Tu dia masih sihat tu, sibuk bercucuk tanam walau pun usianya dah tua. Tapi tengok hari juga la. Kadang masak juga.


Tu dia... kat sini dah ada Burger King drive-through. Huhu.. 


Besarnya masjid dalam pembinaan ni...


Ada satu hari tu, tersinggah pula kat Burger King tu, pekena whopper. Hehe.. sebab rumah kat Perak pun mana ada Burger King, jauh maaa.. kena pergi Ipoh baru ada. Sini kalau dari Kota Bharu nak balik Tumpat, tepi jalan saja. ^_^


Korang nampak tak ayam-ayam kat bawah pokok tu? Ha.. bila kita orang balik je dari jalan, ayam-ayam tu macam tak cukup tanah nak lari, tau. Sebab apa?


...sebab dikejar oleh budak-budak 2 orang ni. Sulaiman dan Hafizan ni, hobi dia orang kat kampung, suka kejar ayam dan itik segala. Ish, ish, ish... kesian tengok binatang-binatang tu. Sampai mak ayam pun tak senang duduk nak peram telor. Asyik-asyik terkejut beruk kena tembak budak-budak ni.


Aktiviti sampingan di belah petang, kalau tak menziarah sedara-mara, lepak kat luar rumah je. 


Kat kampung suami juga ada sawah padi. Luas saujana mata memandang.

Selain tu, kat Tumpat juga, kalau ada yang tak tahu, dia berdekatan dengan Thailand. Jadi, ada kampung siam juga selain beberapa 'wat' atau 'kuil siam' di sini. Selalu kami lalu je. Tapi hari nak balik ke Perak tu, saje nak singgah, tengok dari dekat.

Yati dengan Sulaiman
On the way to Jeli, tak sah juga kalau tak singgah kat Bukit Bunga. Saje, suka tengok barang. Selalunya, budak-budak je la, beli mainan dia orang.


Selain patung-patung yang bergantung-gantung tu, ada juga toto, periuk belanga, baju-baju, buah-buah, makanan kering, keropok, segala yang ada di Pengkalan Kubor tu ler, cuma kat Bukit Bunga ni, kedai dia kat kiri dan kanan jalan. Memang tempat persinggahan la untuk mereka yang pergi atau balik Kelantan-Perak.

Muka budak mintak mainan. Pilih la Amirul dan Hafizan. 

Dah dapat mainan tu, sila duduk diam-diam dalam kete ye.

Satu lagi tempat persinggahan kami ialah di R&R Titiwangsa. Selalunya berenti makan atau ke tandas. Sini airnya sejuk. Tempatnya tinggi, atas bukit.

Sulaiman, baru lepas makan tengahari


Ini la pemandangan dari R&R Titiwangsa. Hutan belantara.
Sebenarnya, ada beberapa tempat hutan terbakar. Patut la negara kita dilanda jerebu. Selamat sampai Perak waktu petang lebih kurang. 

Sekian cerita balik Kelantan. Hehe.. Banyak aktiviti makan je. Lepas ni kita pulun joging balik. 

'till then, take care semua. ^_^


14 comments:

  1. Acik kalau pi kelantan suka cari makan..semua nak dirasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik,
      betul, betul! Sama la kita. ^_^

      Delete
  2. teringin nak kekelantan lagi.. rasanya last akak g dah almost 20 tahun kut... bila ntah. padahal adik ipar dua2 asal kelantan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mila,
      lamanya akak tak ke sana.
      Oh ye ke.. adik2 ipar orang kelantan. Holiday ler sana, kak. Seronok ler pi sana. Rasa aman tenteram je. :-)

      Delete
  3. Replies
    1. Nanie Khairani,
      kembang kempis idung Yati ni baca komen Nanie. ^_^

      Delete
  4. aida suka jugak kelantan. ada pengaruh islamic. aida terkejut bila tgk semua iklan perempuan bertudung ~ iklan safi rania (cheta bertudung) dan iklan celcom ( maya karin bertudung). i like! alhamdulillah... kat tganu pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida,
      Hehe, betul, betul! Yati dah lama tak pi Terengganu. :-)

      Delete
  5. Hello Yati, I have always loved Kelantan, Kota Baru as well my time Pantai Chinta Berahi. And suka makan ikan or ayam perchik when there.
    Malam would jalan2 ke pasar malam dekat padang...and makan tom yam, mee soto, etc...
    Used to stay at Perdana hotel almost every 3 weeks back in the '80s.

    And Jeli? I used to passed there on my way to Kelantan via Lenggong, Grik on the East West H'way...that time early '80s ada curfew after 5.30pm.
    I enjoyed looking thru your pics, it brought back memories to me. Thanks for the memories.
    You got a great looking family there.
    Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,
      PCB is now known as Pantai Cahaya Bulan. Ooo.. wow, that was long time ago.
      That's the usual route we took everytime we go back Kelantan. Yes, I remember that too... used to be a lot of soldiers atas bukit, during my childhood time kalau lalu Grik dan Pulau Banding, on the way to Jeli. :-)

      Delete
  6. Yati.. saya x pernah sarapan kt KB.. tp kat sana kan mmg senang nak beli mknan kan..dan murah2.. sulaiman nampak dah besarnya la hai.. dah bujang semuanya.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila,
      ha, sarapan kat KB ni, sebab awal pagi, jadi jalan belum jammed. Lokasi kedai kopi tu kat giant. Belakang stesen bas KB. Betul tu Zila, nasi berlauk senang nak beli. Tepi jalan, pagi-pagi memang banyak nasi berlauk. Sulaiman memang besor, kental je badan, makan banyak. Hehehe....

      Delete
  7. wah bestnya trip, betul tu yati, kalau banyak projek...seronok kurang boring...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Shima,
      betul, betul. Sekarang baru Yati faham nape kebanyakan kawan-kawan kait kita ada banyak projek dalam tangan pada satu masa. ^_^

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea