Links

Thursday, March 13, 2014

Crocheted container dan morning walk

Entri pertama bulan Mac. Sungguh kurang produktif. ^_^

Takde hasil sangat. Cuma, ada crochet container saje, buat kegunaan sendiri. Plan nye, nak buat banyak-banyak container ni, stand-by kot-kot nak join lagi mana-mana craft fair. Tapi setakat ni, baru siap satu. Produktif la sangat. Kui kui..


Yati guna benang tebal, thick acrilic yarn dari Daiso, dan ada tali nilon dikait bersama. Tak boleh nampak kalau tengok dari luar. Sebab benang daiso tu tebal.


Kait bersama tali nilon supaya container ni lebih kukuh. 

---------------------------------------------

Masa negara kita dilanda cuaca panas tu, Yati kurang sihat. Pulak tu, boleh 2 round pulak sakit tekak, batuk dan selsema. Bayangkan antara tugas kena masak for the family...

Kari ikan style utara Yati buat pada satu hari, letak bendi dan terung sekali. 

....sambil melawan rasa lemah-lemah anggota badan. Bukannya boleh mc pun, still kena jadi driver anak-anak juga. Most of the time, Yati letih. Itu pasal Yati tak update blog. Kadang-kadang Yati layan work-in-progress, crochet crocodile stitch triangle shawl...


... sebab pattern ni dah hafal, dalam kereta pun kita boleh buat juga, sambil menunggu anak-anak dan suami gunting rambut.

Tahukah anda... bermula akhir Disember tahun 2013, Yati start exercise jalan kaki? Hehe... progress Yati tidak lah seberapa, sebab Yati cuma berjalan, bukan berjogging pun. Masih berusaha ke arah tu. Sudah tentu matlamat nya, kalau dapat 1 round lari non stop pun, dah good enough for me. 

Yati berjalan di waktu pagi, lepas hantar anak pergi sekolah. Proud to say, bulan Januari hari-hari Yati pergi morning walk, cuma 2 hari terlepas sebab satu pagi, hari hujan, sementara satu hari lagi, routine trip to the hospital, amik darah for my thyroid.


Yati dah kurang kena asthma tau. Sebelum ni, Yati terjaga malam, semput, short of breath. Memang ingat nak mati dah. Tapi kuasa Allah, kan. Betapa hebatnya ciptaan Allah, badan kita ni. Yati tak makan apa-apa supplement, sebab atas nasihat doktor. Supplement tu boleh kacau ubat tiroid yang sensitif tu, jadi memang tak ambil apa-apa makanan tambahan. Tapi dengan izinNya, lepas yati exercise berjalan, Yati dapati, kahak sudah kurang, asma attack waktu malam sudah takde. Alhamdulillah. Melalui exercise, kita boleh melawan asthma, bukan exercise yang trigger asthma tu. Melainkan kita tak pantang, seperti kita still minum ais, atau duduk depan aircond. 

Morning walk ni juga seolah-olah macam satu escapism untuk Yati. Jalan-jalan tengok orang, tengok pokok, clearkan minda dari segala keserabutan jaga anak. Kih kih. 


Cantik tak pokok tu? Sape tahu apa nama pokok tu bagitau Yati ya, rasa macam nak cari, nak tanam kat rumah. Ada bunga pink, dan ada juga bunga putih.

Yati ada juga download free app, saje, nak tengok progress my morning walk. Application ni google punya, masa dulu mula download, dia takde function berapa kalori burn lagi. Sekarang ni baru ada. Berikut beberapa hasil morning walk yang Yati bangga sangat dengan pencapaian diri sendiri. ^_^

5.19 km!!! On 25th Februari 2014
Ni ada lagi satu..

6.52 km!!! Aaargh!! I feel great!!! ^_^  On 2nd February 2014
Tapi lepas 2 round kurang sihat tu, baru slowly nak catch up balik bulan Mac ni. Sebab kepala pun macam ting tong je waktu jalan.

Ni progress hari ni, 12th March 2014


Pelan-pelan kayuh balik. Sejak tak sihat hari tu. Mesti ada kawan yang tengah baca ni, tertanya-tanya, berapa berat yati sekarang, kan? Yati tak boleh share lagi la part berat tu. Sebab yati on thyroid medication ni. Jadi, Yati punya weight memang naik, tak turun, sebab Yati hyperthyroid. Means, kalau tengok yati gemuk, makna yati sihat. Kalau Yati kurus, makna yati tak sihat, hormon tsh dan t4 ada problem. Don't worry sangat about that, sudah 8 tahun yati ada masalah thyroid ni. 

So gitu la ceritanya semenjak dua menjak ni. Sekarang ni, hari ni, kita dah start jerebu balik. So tengok la camana, kalau bau asap kuat sangat, Yati tak rasa yang yati akan kuor buat morning walk ni. 

Hari ni juga sudah 6 hari kita tunggu berita tentang MH370 yang hilang tu. Hopefully, semuanya akan selamat. Apa-apa yang berlaku, tentu ada hikmah di sebaliknya.

Take care semua... ^_^



16 comments:

  1. Ha lama x dengar cerita. Kalau jd supir ni memang banyak keja bertangguh. Best a dapat morning. Akak dah lama x buat. Macam banyak je kerja nak dikejarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Suzie,
      ye la kak Suzie. Penat jadi supir, kan. Tapi nak buat camana, dah tanggungjawap kita.
      Yati pun amik masa kejap je morning walk tu. Paling cepat setengah jam. Paling lama, 1 jam lebih. Kak Suzie takpe, ada threadmill kat rumah. :)

      Delete
  2. melor dah 2 minggu demam blm baik2 lagi nih. melor jln jugak yati weh lps anta anak sekolah sekrg melor dah kurus sikit tapi bla demam nihberat melor naik sikit sbb duk layan tekak yg x berapa selera nak mkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melor,
      hehe.. mana la gemuk Melor tu. Tengok gambor slim je.

      Delete
  3. Alhamdulillah asthma yati dh ok...dan semoga yati temui penawar bagi penyakit yati tu..InsyaAllah semua dgn izinnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,
      Alhamdulillah, kak.
      Betul cakap kak Nza, semua dengan izinNya. Kita hanya usaha.

      Delete
  4. dah lama x bersiaran . bila kuar , 2/3 citer dlm satu entry ... pokok tu saya suka ... alhamdulillah , astha dah sembuh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qaseh Wee,
      hehe.. pokok tu Yati dah dapat, dah tanam kat rumah. :)
      Alhamdulillah, semua dengan izinNya.

      Delete
  5. Hello Yati, saya suka tu kari ikan....in fact ikan masak lemak with nanas and udang one of my favourites. But all time favourite tu ikan chincharu sumbat sambal. Da 27 years ta
    makan ni.

    Love your knitted holder, looks so cute....you are very creative, Yati.
    Betul heran, kesian tu MS plane missing so many days.
    Where I am, hari2 buka TV ke radio dengar about Malaysia and MAS plane, first time in our 26 years.

    We hoping praying the plane will be found soon and everyone alive and well.
    You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,
      wow.. sedapnya, ikan masak lemak with nanas and udang. Dekat Canada tak ada kedai muslim ke uncle Lee, or maybe Indonesian or Malaysian restaurant ke, yang serve those lauk?
      Thank you, uncle.
      I don't know what to believe anymore, Uncle, regarding the MH370 incident. Hopefully, everything will be over soon.

      Delete
  6. Hehehe...saya pun ada buat walking, lebih kurang 4 km, 3x seminggu, lepas tu trus x buat lagi... kantoi!

    Teruskan tabah melawan mslh thyroid tu ya Yati. Insyallah, akan dpt diatasi dgn sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zurainny,
      hehe.. yati pun sama hari tu, pancit. Bukan hari-hari dapat buat morning walk ni.
      Thanks, Zurainny. Each day macam satu perjuangan buat Yati, melawan tiroid. Semoga Allah bagi kekuatan untuk Yati lawan penyakit ni, demi anak-anak. Hugsss....

      Delete
  7. Saya pun dah mula berjalan kaki yati.. sebab nak suruh jogging memang bergegar la satu dunia.. muahaha.. saya pun ada apps boleh rekod berapa langkah sehari.. target 10ribu langkah.. tapi kalau dapat separuh pun dah gembira sangat.. :D teruskan berjalan untuk bersenam demi kesihatan.. InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila,
      hahaha.. sama la kita. Tapi Zila, Yati tengok takde la besor mana pun. Slim je. :)
      Insya-Allah. Selagi larat, kan. Sebab banyak kebaikan dapat exercise ni. Kalau tak buat, badan rasa lemah je. :)

      Delete
  8. Salam kenal yati. Kakpb tak keluar jln waktu pagi dah lama sgt. Bnyk anjing berkeliaran kwsn tmn ni, tu yg tak berani. Dulu2 selalu jg. Skrg exercise guna mesin dlm rumah je. Sambil tu minum madu campur kulit kayu manis pagi dan mlm. Nmpk ada perubahan sedikit berat bdn. (ni pasal berat bukan asma) bulan jun nak check doktor baru terhegeh2 nak exercise..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zana,
      oh, sama la kita. Yati kena naik kereta, pergi tempat lain untuk jalan. Sebab kawasan rumah Yati pun banyak anjing juga.
      Bestnya, kak Zana ada mesin kat rumah. Tak perlu ke mana-mana untuk exercise.
      Minum madu ye. Madu memang banyak khasiatnya.
      Hehe.. ada masa lagi tu kak. Chaiyok! Salam kenal juga dari Yati.

      Delete

Terpaksa juga letak word verification ni, banyak komen spam masuk. Thank you, appreciate komen kawan-kawan. ^_^