Links

Saturday, February 22, 2014

Slouchy hats lagi dan pengumuman...

Topi yang pertama, untuk eldest sister Yati...


Benang ni campuran viscose 70% dan cotton 30%. Boleh tahan lembut, tapi tak selembut cotton elite yang Yati guna untuk knitted topi hari tu.


Topi ni ala-ala macam topi bob marley, dia punya slouch. Cuma warna je tak ikut. My sister pilih benang ni sendiri. Rainbow color yarn.

Topi yang kedua, untuk my second sister pulak. Hehe..


Masih pattern topi yang sama. Benang cotton aran. Benang ni ada weight sikit.


Kakak kedua Yati ni suka earth color. Tak coklat, hitam, peberet dia.
Untuk crochet slouchy hats macam ni, harga ialah RM70 kalau benang oversea dan RM50 kalau guna benang local. Interested? Boleh email yati_my@yahoo.com

Ada pengumuman penting Yati nak share kat blog Yati ni. Sebab majoriti customer datang dari sini juga. Copy and paste dari muka depan online store Yati.

Pengumuman Penting
Dukacita dimaklumkan bahawa Yati telah hentikan perkhidmatan tukar foto ke chart dan tidak lagi menerima tempahan cross stitch. Yati percaya, setiap apa yang kita buat, perlulah disertai dengan minat. Yati sedari yang minat Yati kini tidaklah ke arah itu. Setelah 6 tahun Yati transfer foto to chart, dan lebih 100 pattern yang Yati transfer, tidak termasuk tempahan cross stitch yang Yati share dan tidak share atas permintaan customer, Yati ingin ucapkan terima kasih atas sokongan anda semua. Maafkan Yati kalau pattern Yati tak sempurna. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Yati sendiri. Terima kasih semua. ^_^


Cross stitch? Yati still akan buat, untuk diri sendiri. Cukup la tu, buat untuk orang je. Dah letih la. :-)

Have a great weekend semua....!!!

 


16 comments:

  1. Yati.. cantik topi2 tu.. yanh coklat tu ada weight maknanya dia berat sikit ke? Tapi bentuk dia nice.. saya suka.. :)
    Yati nak rehat dr cs ek.. ok la.. nak focus pada projek mengait ek.. apa pun..all the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila,
      timasih. :)
      ye, benang coklat tu berat sikit. Tu slouch dia jatuh tu. First time Yati handle benang cotton aran, beli dari Cotton House online store tu. Tapi dia big ply, jadi memang ala raggae bob marley laa. :D
      Thanks, Zila. Nak buat cross stitch untuk diri sendiri la plak. Mana boleh lupakan terus. Dari kecik arwah mak dah ajor buat. Nanti seru cs mai, Insya-Allah, yati buat. :)

      Delete
  2. Hello Yati, wow! I am really impressed with your these really beautiful creations! Outstanding.
    The pastel colours you knitted are really awesome!

    Yati....may I suggest something? Knit a small 'Y' somewhere on the side, then da jadi designer name brand.
    And I won't be surprised you put on Ebay, you get interested people....good for those with long hair too, in cold countries.
    Don't waste your this creative talent's Yati....advertised it, sell it. masuk duit bank. But make sure you protect it with your name or initials.
    Best wishes,
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,
      thank you uncle. Your comments always make my day! ^_^
      Actually, i just ordered my own label, so I could stitch them on my creations. Thank you for your suggestions. I know people oversea are more keen and appreciate handmade items. I will try and sell them to other countries as well, and it is still under my consideration, whether to sell it on eBay or Etsy. :)

      Delete
  3. Salam kak yati, sudi² join GIVEAWAY PLAIN CANVAS BAG saya.
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marcraf,
      nanti akak tengok ya. :)

      Delete
  4. tgk gmbar dh nmpk lembut dan selesa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,
      terima kasih, kak. Dua-dua topi ada elemen cotton benangnya, jadi sesuai untuk pakai kat negara kita yang panas ni. :)

      Delete
  5. Hello Yati, there's a Malay lady friend, dia buat handbags and like my suggesting you have your initials on your beautiful handiwork, she just only made special labels for her handbags.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,
      wow.. she must be really creative. Thanks uncle, I already ordered my own label. :)

      Delete
  6. Memang penat buat cs ni, benang makin mahal, mata pun stress. I respect your decision. Topi brown yg Yati buat utk kakak tu sangat anggun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zurainny,
      Yati takde la stop sepenuhnya. Yati akan buat cross stitch juga (bila seru tu datang), but for my own use. :)
      Terima kasih, Zurainny.

      Delete

Terpaksa juga letak word verification ni, banyak komen spam masuk. Thank you, appreciate komen kawan-kawan. ^_^