Wednesday, February 12, 2014

Slouchy hat dan makanan

Saya ada knit satu topi untuk kakak saya. 

Knitted slouchy hat - front view
Guna benang cotton. Kakak saya yang paling sulung ni request pattern, nak topi banyak lubang.

Knitted slouchy hat - dari tepi
Saya guna circular needles, knit in the round. Lembut benang cotton elite by Ice ni. Saya guna double strands, sebab dia agak halus.

Alhamdulillah, sudah pos dan sampai pada kok.

------------------------------------------------------

Hidup kita ni, ada ups and down nya. Kadang-kadang, mood kita boleh terjejas sebab faktor di luar kawalan kita, contohnya dari orang yang negatif. 
Kita tak boleh ubah orang, tapi kita boleh ubah penerimaan kita, atau respond kita dari tindakan negatif orang terhadap kita. 
Bagi Yati, untuk tukar semula mood kita yang down, dibuat dek orang negatif tadi, saya count my blessing. Buat senarai benda-benda yang kita syukuri. Contohnya...

Spagetti yang saya goreng satu petang
1) Syukur, Allah bagi rezeki makan spagetti. Walau pun resepi simple je, cuma goreng dengan udang, cili kering dan olive oil, tapi kenyang perut, Alhamdulillah.

2) Syukur, Allah kurniakan deria rasa, boleh rasa makanan yang kita masak, dengan lidah.

3) Syukur, Allah kurniakan kita tangan, boleh goreng spagetti.

Burger bakar daging
4) Sedapnya burger bakor, dah lama teringin, baru-baru ni dapat juga nikmati burger bakor yang sedap, rasa macam whopper Burger King pun ada. Patti daging yang lembut, nikmatnya masuk dalam mulut. Syukur ya Allah, atas rezeki ini.

5) Syukur ya Allah, di saat barang semua naik, kami satu family dapat makan luar lagi, bersama satu keluarga, dengan anak-anak dan suami.

6) Syukur ya Allah, di atas nikmat kereta, boleh pergi sana sini, jalan-jalan cari makan.

7) Syukur ya Allah, atas semua rezeki yang telah Engkau kurniakan setiap hari, untuk kami anak beranak, makan pakai semua cukup.

8) Syukur ya Allah, kerana bagi kami peluang nikmati hidup yang indah ini, dapat bernafas, udara, oksigen, percuma je.

9) Syukur ya Allah, kerana di saat ada orang dalam kebuluran atau tak cukup makan, kami masih cukup makan. Terlebih makan lagi.

10) Syukur ya Allah, di saat ada orang tak dapat nikmati makan, kena makan ikut tiub dan sebagainya, kita ada mulut, gigi untuk mengunyah, lidah untuk merasa, tangan untuk menyuap.

Itu baru dari segi aspek makanan. Belum lagi aspek lain. Tak ke bertuah tu? Kenapa nak komplen atau merungut lagi?  ^_^


8 comments:

  1. bagi tau melor sapa yang dah buat yati down nih? nanti melor kasi warning sama dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melor,
      hehe.. ada-ada je la Melor ni. Mana ada orang buat Yati down. Kita ok je la. ^_^

      Delete
  2. Ada ketikanya Allah jentik skit hati kita agar kita tak lupa segala nikmat dan rahmat dariNya.
    Lebih menakutkan kalau segalanya ok dan kita mula lupa kepadaNya.. betul tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mila,
      setuju dengan Kak Mila.
      Huhu.. tak nak jadi camtu. Nak ingat padaNya sentiasa, tak kira senang atau susah.

      Delete
  3. Begitulah hidup ..kadang2 up kadang2 down.. stay positive insyaaAllah ada penawarnya... sedap spageti tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka suka,
      betul, betul, betul! ^_^

      Delete
  4. Hello Yati, saya suka tu knitted caps, looks beautiful, elegant, and really good for where I am...what with the temp hovering around -17'c, lots of snow and ice.
    You should put those caps on Ebay....siapa la tau kan you get overseas orders.
    You sure have a good hobby...not many today have this talent.

    Your that spaghetti looks so delicious. Believe it or not, bila my isteri makes it, put udang too, she has, or will put tau gay in for me. Not hers. I only love to eat bila ada tau gay, ha ha.
    You keep well, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  5. Uncle Lee,
    thank you, Uncle. :-)
    Hehe.. maybe I will someday. Kena study dulu method macamana nak terima payment dari overseas ni, campur cost untuk postage lagi, etc.
    Hehe.. taugei tu, Yati suka juga, cuma dengan kuetiau. Fried kuetiaw with kuchai and taugei. Wow, sedap, kan? Tiba-tiba teringin pulak. :-)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea