Sunday, January 05, 2014

Sulaiman - prasekolah

Hello, hello... assalamualaikum.... ^_^

Sudah masuk tahun baru 2014. Sekolah pun sudah bermula. Anak paling kecik Yati, Sulaiman, masuk prasekolah (6 tahun). Dia ok, senyum je, Alhamdulillah, walau pun ada budak lain nangis. 

Sulaiman dapat kawan baru. Hehe...
Gambar-gambar ni semasa hari pertama hantar. 

Sulaiman sedang sarapan
Mama tengok dari luor je. Ramai makbapak yang tunggu anak, tapi tak lama, sebab cikgu kunci pagar masuk ke prasekolah ni. Jadi, makpak kena dok luor, ada pagar. 

On second day tu, ramai pulak yang 'hujan'. Risau juga, sebab 'hujan' ni kan jangkit, kan. Tapi Sulaiman ok, nampak dia happy je. Sebab sekolah ni lebih ceria dari sekolah lama dia kot. Hehe.. 
Kesian tengok mak orang yang anak tak nak lepas, bergayut tangan kat leher mak. Takde makpak pun yang nak anak nangis kat sekolah, kan. Kalau nangis, camana nak pi kerja, mesti sedih kat pejabat. Tapi cikgu semua pro, pandai pujuk budak. Jadi, ok la. :-)

Hasil keras tangan takde. Sebab masa kurang mengizinkan. Petang tolong balut buku anak dan tengok anak buat kerja sekolah pulak. Masak pun benda simple je. Baru balik hantor anak, basuh baju, sidai baju, mandi, tengok-tengok dah kena kuor amik Sulaiman semula. Macam cepat je masa tu la. Bila jadi supir, kena 3 kali trip. Pulak tu, macam dah banyak kereta la pulak tunggu anak kat tempat biasa. Pulak tu, ramai makpak jadi gangster bawak kete. Jalan orang pun dia tak peduli, sebab kete dia besor. Dah ler dia menyempit kat jalan sempit, dia boleh menyinga kat kita pulak, macam tak bagi dia lalu dulu, padahal tu bukan laluan dia. Ish, tak tau la saya. Tahun lepas aman damai je. Ni macam dah serabut je tempat amik anak sekolah ni. Adakah sebab kenaikan harga barang, menyebabkan orang ramai bertukor jadi monster? Wallahualam. Sabor je la.

Ada pun, Yati tengah mengusahakan ini...


Crocodile stitch shawl. Lambat nak besor ni. Kadang-kadang boring juga, sebab jenis stitch ni, makan banyak benang. Tarappa, usaha tangga kejayaan! Walau pun masa nak mengait dah takde.

Ada satu hari tu, Yati ada beli satu piece ni, tak tau nak panggil apa. Dia buat lapik dalam kereta, gabungan hasil quilting dan crochet.


Ada yang jual 1 set, sekali dengan 2 sarung kusyen. Tapi yati beli lapik ni je, RM40. Ok tak? Suka la pulak, sebab nak buat macam agak remeh je yek. Plus saya tak reti quilt ni. 


Close-up sikit bunganya. Suka ler! Beli kat satu kedai (lupa nama kedai) di tingkat 2, Aeon station 18, Ipoh. Kedai ni jual barang-barang rumah, kebanyakannya ala-ala shabby chic. Hala.. sukanya! Kalau orang perempuan pi, mesti suka punya la kedai tu. Nasib jauh dari rumah. Hehe..

Tahun 2014, yati nak jadi lebih sihat. Husband ada belikan Yati sepasang running shoes. Huhu.. kena jogging ler, kalau tak membazir je dia beli. I lap u, abe ku cayang! Kita cuba la sikit-sikit, kan. Harap nanti dah boleh adjust rutin, lepas hantar anak sekolah, hopefully dapat singgah untuk jalan, dapat 1-2 round at least. Sabtu dan ahad dah buat, dapat 4-5 round, walau pun betisku sakit giler... Huhu...


Yuck.. tak sedap, tapi telan juga... dengan buah. Towards a new yati.. insya-Allah, yati nak lebih sihat la, tak nak semput-semput lagi, camana nak jadi supir yang cemerlang, kalau semput, kan. Hehe..

Orait, jumpa lagi, take care, semua.... ^_^

 


22 comments:

  1. selamat ke sekolah sulaiman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Zino,
      timasih, Sulaiman cakap. :)

      Delete
  2. yati.. sulaiman tak masuk pasti dah ek?
    lapik kereta tu cantik la.. biru.. i like... :D
    suka la poster Less More 2014 tu.. kita copy ek.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila,
      tak hantar pasti dah. Pasti sini kurang ceria, tak macam pasti lama hafizan dulu di seri iskandar, sangat cemerlang!
      Sila, sila copy. Amik dari pinterest juga.

      Delete
  3. Hello Yati, happy new year to you and all at home.
    Terima kaseh for your message.
    I shall get in touch with you asap....

    Wow, you are very good with that stitching. Very beautiful. I suka the colours. You can start small business, designer brand, and name 'Yati'. Ha ha. Good for you.
    You simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,
      thank you, uncle.
      Still learning though, to crochet. I do take orders to make crochet bags. Great idea, uncle. Will be working on my own label, been thinking about it for quite sometime now. Thanks, uncle.

      Delete
  4. Akak pun supir. Lg byk kali. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia, yek. Letih, ye kak Suzie. Adoi.. kalo ada kerusi massage kat rumah alangkah best nya. :D

      Delete
  5. salam kenal ye sis,sory lambat singgah hukhuk :)

    anak2 pra sekarang makin bijak,kan dah ramai tak 'hujan' macam zaman kita he3...

    ye setuju komen uncle lee.buat bisnes mesti laku :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AleaSara,
      salam kenal.
      Hehe.. terima kasih. :)

      Delete
  6. lawa lapik kusyen tu.. berbaloi la beli.. kalau nak buat bercinta jugak tu.. hehe... oats tu kalau makan sekali sekala sedap jugak.. kalau hari2 memang yekkk... hihi.. akak pun dah dapat seru nak berdiet ni... next month kita update status nak... ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nisa,
      hehe.. malu ler, sebab progress slow. Ye la, dah bertahun gemuk. Tapi akan diusahakan. Insya-Allah, caiyok untuk kita berdua! Yihaaaa...

      Delete
  7. Rajinnya wat stitch tu yati....cantik dan kemas..

    ReplyDelete
  8. Hello Yati, just dropped by say hello.
    How you doin'?
    Love the pics. And seeing the kids in uniforms.
    And you are very good with your hands. That stitching of your is really beautiful.
    Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,
      two comments in one entry. :)
      Me, yang malas update blog.
      Doing great, hope you're doing great too.
      Thank you uncle, appreciate your comments.

      Delete
  9. Hehe... syabas Yati sbb dah pasang niat utk hidup lebih sihat. Saya dah lama x jogging, dah cukup penat kejar anak, naik turun tangga & buat kerja rumah. Tapi bab mkn mmg jaga, Alhamdulillah, makin tua ni makin suka makan sayur. Kalau hari ni makan kek & junk food, esok puasa sunat pula. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zurainny,
      bagusnya.. Zurainny.. yati bab makan susah sikit nak tahan, tu kena exercise jalan tu.

      Delete
  10. ..dh besar dh sulaiman...

    sy kasut sukan ade 2 psng tp sebulan skali pn blm tentu pkai..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Zira,
      hehe.. cikgu takpe, dah tentu ada aktiviti sukan kat sekolah.

      Delete
  11. Rajin betul...saya dah malas nak mengait...Done Follow sini 619

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, follow blog yati.
      Oh, Che Rosliza pun mengait juga ye, mari lah kita.. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea