Thursday, January 16, 2014

Birthday Amirul dan zoo Taiping

Hello, hello... Assalamualaikum....
hari ni, 16 Januari, birthday anak sulung, Amirul, yang ke 11 tahun.

Amirul dengan cake..

My big sister, datang pagi-pagi buta dari KL, bawak kek untuk anak sedara. Terkejut beruk semua orang, termasuk saya.

Amirul, aunty dan Sulaiman

Time orang tengah siap anak nak pi sekolah. Juga bawa cupcakes ke sekolah, untuk kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Sayangnya aunty dengan Amirul. :-)

-----------------------------------

Cerita 2 hari lepas, masa cuti Maulidur Rasul, kami pergi zoo Taiping. Kebetulan husband off, jom ler kita nyongket. Bukan senang hari off dia sama ngan hari cuti. Sabtu dan Ahad pun husband kerja.

Pernah pergi zoo Taiping ni sekali dulu, tapi naik tram zoo tu, masuk sekali round, terus keluor. Sekejap je. Kali ni, kami menapak... tengok binatang.

Ni tengok cimpanzi.
Kesian je tengok binatang kat zoo tu. Rumput dan semak pun banyak, sesetengah tempat sudah macam hutan betul. Tapi kat sini, macam boleh tengok binatang lagi dekat, banding zoo negara tu. Contohnya, macam beruang matahari ni (sunbear)...

Sunbear

Tapi pemalu pulak dia, walau pun dia datang kat pagar. Bila nak amik gambar je, dia pusing bagi belakang. Hehe..

Gemuknya badak air...

Badak air ni besar dan gemuk sangat! Tapi dia cedera, ada luka kat badan dia bila dia datang dekat boleh nampak.

Burung spesies parrot, tapi lupa nama dia.
Burung ni bila kita pergi dekat dia, dia bunyi macam nak cakap dengan kita.. :-)

Lagi satu, kami tak pernah berada sedekat ni dengan harimau kumbang!

Harimau kumbang
Ni lagi sekor, pemalu dan cepat sangat bergerak. Susah nak amik gambar dia, walau pun dia pusing depan kami 2 kali. Kami pergi waktu petang, hampir 2 jam juga ler dok jalan dalam tu, tengok semua binatang. Ada beberapa bahagian zoo dia tengah upgrade, macam tempat gajah, dia besarkan lagi. 

Amirul dan Hafizan
Haruslah explore semua tempat, tengok binatang. Ada tempat bau busuk... macam tempat babi hutan tu. Hehe..

Tiket masuk
Tiket kanak-kanak RM8, dewasa pula RM16.

Ada orang di pintu masuk ambil gambar, satu pakej ada 1 gambar besar dalam cover dan fridge magnet. Harga RM50 kalau nak beli 1 pakej. Hmmm... macam mahal je, kan...

Fridge magnet gambar kami :-)
Tak ambil gambar semua binatang. Sebab ada yang sembunyi. Beruk yang keluar sangkar pun ada. Biawak pun ada, berjalan-jalan kat luor pagar. Besar macam buaya punya biawak. 

Esok cuti lagi, cuti thaipusam. 'till then, take care semua... ^_^

16 comments:

  1. Selamat hari lahir utk Amirul..semoga mnjdi anak yg cemerlang dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ina MulutPayau,
      terima kasih, kak. Amin, amin... :)

      Delete
  2. Selamat hari lahir Amirul.. :D sama besday dengan Aman.. :D

    bestnya gi zoo.. last time pergi anak 2.. anak 4 ni belum lagi la berkesempatan ke zoo... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila,
      Yeh.. happy belated birthday untuk Aman! :D
      Hehe.. kalau free boleh la pi. Tapi cian baby, takut panas pulak.

      Delete
  3. Happy birthday amirul..bertuah amirul ada mak sedara yang penyayang dan pemurah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik,
      timasih, Acik. Ha ah, anak sedara kesayangan aunty. :)

      Delete
  4. Happy besday amirul. Akak selalu pergi zoo taiping. Tapi baru ni kami ke safari puncak indonesia lagi best. Besar tempatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Suzie,
      terima kasih, kak.
      Mesti seronok, yek. Bila la kami nak pi sana ni... :)

      Delete
  5. Replies
    1. Ena,
      terima kasih. Itu la dia.. kejap je dah besor. :)

      Delete
  6. Sanah helwah amirul..kak sal belas tahun daa tak jejak zoo negara. Sekarang dah mahal entrance rasanya dah rm20 lebih sorang unt. Dewasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Salmi,
      terima kasih.
      Mahalnya yek.. Kalau pergi ramai-ramai lagi la...

      Delete
  7. Hello Yati, its a bit late, but tell Amirul a very happy birthday from me in Canada.
    Wishing him lots of good wishes.

    Wow! The lat time I visited Taiping Zoo was in the '70s.
    Love the pics here. Well taken too.
    You have fun and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee,
      thank you so much, uncle.
      Wow, that was long time ago. Bila uncle nak datang sini lagi? :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea