Friday, January 24, 2014

Kotak aksesori dan disengat tebuan

Hi semua! Assalamualaikum...

Kotak aksesori ni Yati buat minggu lepas. Sebiji je. Lain kali, nak buat lagi banyak.

Kotak aksesori crochet
Suka buat kotak ni. Bakul pun suka. Lagi suka la crochet benda-benda container ni daripada crochet bag dan benda lain. Hehe... 

Bahagian dalam

Boleh diisi aksesori kecik, seperti subang, cincin, brooch dan sebagainya. Yati dah masukkan dalam online store Yati. Kalau nak tahu ukuran dan harga kotak aksesori ni, jemput singgah di online store Yati ye.

--------------------------------------

2 hari lepas kan... Yati kena gigit tebuan. Huhu.. masa tu tengah lipat kain. Seluk ler tangan dalam seluar anak, nak terbalikkan dan lipat. Sekali bzzz... rasa macam kena electric shock pun ada. Tindakan refleks mencampak seluar anak ke lantai dan menepis binatang di tangan, sambil jerit "Tolong, tolong!". Nasib husband baru balik kerja shif malam dan bapak Yati pun ada di rumah.

Tebuan yang gigit saya....
Sejurus lepas kena sengat tebuan tu, berdenyut-denyut rasa, tau. Peh.. naik abis bulu roma satu badan. Husband picit dekat tempat kena sengat tu untuk keluarkan bisa dia.

Tempat kena sengat... kat tangan kanan
Ni la rupanya. Sapu minyak NR, dan minyak kena gigit lipan, bapak kasi.

Lepas tu, siap-siap, nak pergi sekolah, amik duit bantuan 100. Pegang pen ok lagi waktu nak sign form tu. Tapi tulisan dah buruk dah. Alhamdulillah... orang bagi, kita terima je la ya.. rezeki jangan ditolak.

Petang tu baru Yati pergi klinik, tau, sebab tangan kanan dah tak boleh genggam. Bengkak! Waaaa.... mana saya tahu, kena gigit tebuan boleh jadi ini macam maaa....
Doktor kata, sebab dah tak ada rasa denyut-denyut, tak perlu inject. Doktor bagi ubat allergy dan ubat sapu. 

Tangan bengkak dan merah
Beginilah rupa tangan saya keesokan harinya... Doktor kata, 2-3 hari bengkak akan surut. Air tu berkumpul kat situ. Jadi, tangan kena angkat. Cuti knitting 2-3 hari. Kalau tangan turun, air pun berkumpul di tangan. Tangan tu, merenyam sangat, gatal sangat, ok. Sambil sapu cream, wa tak tahan... lepas garu-garu, baru lega. Hehe..

Hari ni sudah susut sikit bengkak. Takde la besar sangat tangan saya ni berbanding semalam. Tak tau la camana tebuan tu boleh duduk dalam seluar anak. Yati sidai kain kat luar, bawah terik mentari. Tu senang kering. Tak pernah terjadi. Bisa, wei....! Huhu... dan tiba-tiba teringat kat Sofi Jikan dalam KL Gangster.

Wa kasi sengat!!!

Hehehe... ok, have a great day semua... berhati-hati masa lipat kain. 

Thursday, January 16, 2014

Birthday Amirul dan zoo Taiping

Hello, hello... Assalamualaikum....
hari ni, 16 Januari, birthday anak sulung, Amirul, yang ke 11 tahun.

Amirul dengan cake..

My big sister, datang pagi-pagi buta dari KL, bawak kek untuk anak sedara. Terkejut beruk semua orang, termasuk saya.

Amirul, aunty dan Sulaiman

Time orang tengah siap anak nak pi sekolah. Juga bawa cupcakes ke sekolah, untuk kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Sayangnya aunty dengan Amirul. :-)

-----------------------------------

Cerita 2 hari lepas, masa cuti Maulidur Rasul, kami pergi zoo Taiping. Kebetulan husband off, jom ler kita nyongket. Bukan senang hari off dia sama ngan hari cuti. Sabtu dan Ahad pun husband kerja.

Pernah pergi zoo Taiping ni sekali dulu, tapi naik tram zoo tu, masuk sekali round, terus keluor. Sekejap je. Kali ni, kami menapak... tengok binatang.

Ni tengok cimpanzi.
Kesian je tengok binatang kat zoo tu. Rumput dan semak pun banyak, sesetengah tempat sudah macam hutan betul. Tapi kat sini, macam boleh tengok binatang lagi dekat, banding zoo negara tu. Contohnya, macam beruang matahari ni (sunbear)...

Sunbear

Tapi pemalu pulak dia, walau pun dia datang kat pagar. Bila nak amik gambar je, dia pusing bagi belakang. Hehe..

Gemuknya badak air...

Badak air ni besar dan gemuk sangat! Tapi dia cedera, ada luka kat badan dia bila dia datang dekat boleh nampak.

Burung spesies parrot, tapi lupa nama dia.
Burung ni bila kita pergi dekat dia, dia bunyi macam nak cakap dengan kita.. :-)

Lagi satu, kami tak pernah berada sedekat ni dengan harimau kumbang!

Harimau kumbang
Ni lagi sekor, pemalu dan cepat sangat bergerak. Susah nak amik gambar dia, walau pun dia pusing depan kami 2 kali. Kami pergi waktu petang, hampir 2 jam juga ler dok jalan dalam tu, tengok semua binatang. Ada beberapa bahagian zoo dia tengah upgrade, macam tempat gajah, dia besarkan lagi. 

Amirul dan Hafizan
Haruslah explore semua tempat, tengok binatang. Ada tempat bau busuk... macam tempat babi hutan tu. Hehe..

Tiket masuk
Tiket kanak-kanak RM8, dewasa pula RM16.

Ada orang di pintu masuk ambil gambar, satu pakej ada 1 gambar besar dalam cover dan fridge magnet. Harga RM50 kalau nak beli 1 pakej. Hmmm... macam mahal je, kan...

Fridge magnet gambar kami :-)
Tak ambil gambar semua binatang. Sebab ada yang sembunyi. Beruk yang keluar sangkar pun ada. Biawak pun ada, berjalan-jalan kat luor pagar. Besar macam buaya punya biawak. 

Esok cuti lagi, cuti thaipusam. 'till then, take care semua... ^_^

Sunday, January 05, 2014

Sulaiman - prasekolah

Hello, hello... assalamualaikum.... ^_^

Sudah masuk tahun baru 2014. Sekolah pun sudah bermula. Anak paling kecik Yati, Sulaiman, masuk prasekolah (6 tahun). Dia ok, senyum je, Alhamdulillah, walau pun ada budak lain nangis. 

Sulaiman dapat kawan baru. Hehe...
Gambar-gambar ni semasa hari pertama hantar. 

Sulaiman sedang sarapan
Mama tengok dari luor je. Ramai makbapak yang tunggu anak, tapi tak lama, sebab cikgu kunci pagar masuk ke prasekolah ni. Jadi, makpak kena dok luor, ada pagar. 

On second day tu, ramai pulak yang 'hujan'. Risau juga, sebab 'hujan' ni kan jangkit, kan. Tapi Sulaiman ok, nampak dia happy je. Sebab sekolah ni lebih ceria dari sekolah lama dia kot. Hehe.. 
Kesian tengok mak orang yang anak tak nak lepas, bergayut tangan kat leher mak. Takde makpak pun yang nak anak nangis kat sekolah, kan. Kalau nangis, camana nak pi kerja, mesti sedih kat pejabat. Tapi cikgu semua pro, pandai pujuk budak. Jadi, ok la. :-)

Hasil keras tangan takde. Sebab masa kurang mengizinkan. Petang tolong balut buku anak dan tengok anak buat kerja sekolah pulak. Masak pun benda simple je. Baru balik hantor anak, basuh baju, sidai baju, mandi, tengok-tengok dah kena kuor amik Sulaiman semula. Macam cepat je masa tu la. Bila jadi supir, kena 3 kali trip. Pulak tu, macam dah banyak kereta la pulak tunggu anak kat tempat biasa. Pulak tu, ramai makpak jadi gangster bawak kete. Jalan orang pun dia tak peduli, sebab kete dia besor. Dah ler dia menyempit kat jalan sempit, dia boleh menyinga kat kita pulak, macam tak bagi dia lalu dulu, padahal tu bukan laluan dia. Ish, tak tau la saya. Tahun lepas aman damai je. Ni macam dah serabut je tempat amik anak sekolah ni. Adakah sebab kenaikan harga barang, menyebabkan orang ramai bertukor jadi monster? Wallahualam. Sabor je la.

Ada pun, Yati tengah mengusahakan ini...


Crocodile stitch shawl. Lambat nak besor ni. Kadang-kadang boring juga, sebab jenis stitch ni, makan banyak benang. Tarappa, usaha tangga kejayaan! Walau pun masa nak mengait dah takde.

Ada satu hari tu, Yati ada beli satu piece ni, tak tau nak panggil apa. Dia buat lapik dalam kereta, gabungan hasil quilting dan crochet.


Ada yang jual 1 set, sekali dengan 2 sarung kusyen. Tapi yati beli lapik ni je, RM40. Ok tak? Suka la pulak, sebab nak buat macam agak remeh je yek. Plus saya tak reti quilt ni. 


Close-up sikit bunganya. Suka ler! Beli kat satu kedai (lupa nama kedai) di tingkat 2, Aeon station 18, Ipoh. Kedai ni jual barang-barang rumah, kebanyakannya ala-ala shabby chic. Hala.. sukanya! Kalau orang perempuan pi, mesti suka punya la kedai tu. Nasib jauh dari rumah. Hehe..

Tahun 2014, yati nak jadi lebih sihat. Husband ada belikan Yati sepasang running shoes. Huhu.. kena jogging ler, kalau tak membazir je dia beli. I lap u, abe ku cayang! Kita cuba la sikit-sikit, kan. Harap nanti dah boleh adjust rutin, lepas hantar anak sekolah, hopefully dapat singgah untuk jalan, dapat 1-2 round at least. Sabtu dan ahad dah buat, dapat 4-5 round, walau pun betisku sakit giler... Huhu...


Yuck.. tak sedap, tapi telan juga... dengan buah. Towards a new yati.. insya-Allah, yati nak lebih sihat la, tak nak semput-semput lagi, camana nak jadi supir yang cemerlang, kalau semput, kan. Hehe..

Orait, jumpa lagi, take care, semua.... ^_^