Saturday, December 06, 2014

Purse dan rindu

Selalunya kan, saya kait purse in one piece. Tapi kali ni, purse ni ada 3 bahagian yang dikait berasingan dan dicantum. Meh tengok, projek crochet pulak.


Gambar di atas menunjukkan masa saya cantum bahagian purse tu. Projek ni 50% saya buat masa balik kelantan aritu. Bila-bila ada masa sikit, saya buat, walau pun sikit-sikit progress nya. 


Ini lah rupanya purse yang sudah siap. Bahagian dalam yati jahit lining kain felt, supaya keras. Macam purse makcik bawak pi pasor, kepit kat ketiak. Hehe..


Terang juga color benang tu. Benang akrilik tebal, color turquoise. Bila berenti kait jap, berbalam-balam jadinya pandangan mata. 


Itu gambor purse dari sisi. 

Ingat lepas ni, Yati nak buat projek untuk diri sendiri pulak. Break jap untuk ready stock kedai.  ^_^

-------------------------------------------

Anak-anak Yati di KL tu, kakak Yati masukkan dalam kem pra haffaz. 10 hari kem tu. Setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kelas habis lepas solat zohor berjemaah. Jadi, dia orang macam pergi sekolah juga, walau pun tengah cuti sekolah. Dah habis dah kem tu semalam. 

Berikut gambar anak-anak yang di weChat oleh kakak Yati.

Dari kiri, Hafizan (8), Sulaiman (6) dan Amirul (11) .




Tersentuh hati tengok Amirul imamkan adik-adik dia. 

Rindunye dengan budak-budak masam ni.

Jumpa lagi ye.
Selamat berhujung minggu semua, dan take care....




Monday, December 01, 2014

Bag retro

Lama juga tak online. Yati balik Kelantan 3 hari, 2 malam. Lepas tu, sibuk ke hulu ke hilir, ikut husband. Dia tengah habiskan cuti tahun. Sekarang dah balik bekerja. Alamak, boringnye. Hehe... takde lah. 

Anak-anak dah ke Kuala Lumpur, duduk rumah aunty dia orang. Sunyinya rumah.

Yati ada siapkan satu bag ni, yati namakan beg retro. Sebab nampak macam beg orang dulu jer. Projek knitting (kait 2 jarum).


Ni masa mula-mula start. Projek kabel. Menatang apa kabel tu? Cable knitting ialah salah satu teknik dalam knitting, di mana menghasilkan corak kaitan melangkau stitches. Boleh jadi melangkau ke belakang atau ke depan. Guna kabel needle untuk hold stitches tu. Jadi la corak macam ular atau naga melingkar tu. Begitulah mengikut fahaman yati. Jika kurang faham, boleh la search kat youtube, what is cable knit.

Untuk kait bag ni, yati guna benang cotton Aran. 


Haaa... bila dah panjang sikit, gitu lah coraknya. Yati guna jarum bamboo, circular needle, 4.5 mm.


Bila amik gambor melintang macam ni, macam roti perancis pun ada corak kabel stitch tu. Ish, dok ingat makan je aku ni.


Ha... dah siap. Yati letak handle bag yang dibeli di daiso. 


Bahagian dalam, yati jahit lining, dan ada poket satu.

Ok ler... kita jumpa lagi di lain masa, Insya-Allah. 
Hari tu kan, masa balik Kelantan, takut masa lalu kat Rantau Panjang. Sungai Golok tu sikit je lagi nak melimpah ke jalan. Masa kami balik, tak hujan sangat, cuma 1 hari je, hujan lebat. Alhamdulillah, tak berlaku banjir. 

Selamat bercuti kepada kawan-kawan yang bercuti. Take care and be safe.



Thursday, November 13, 2014

Pelangi hati

Hari ni hari malas saya, encik. Terasa tak nak buat apa-apa. 
Tadi tengahari masak kangkung goreng belacan, telur dadar dan sambal tumis ikan bilis. Sedap juga makan kangkung. Hehe..

Bantal crochet, mengait sesuka hati, pakai color apa yang ada dalam bekas benang leftovers dari projek lepas-lepas.

Masa ni, belum siap lagi, bahagian bawah tu...
Ni pertama kali yati crochet heart. Knit heart pernah buat. Selalu crochet, tak jadi heart pun. Cuba sekali, pastu tak jadi bentuk heart, terus malas buat. Kali ni, teruskan juga la. Walau pun dalam proses buat tu, macam-macam rupa pelik yang terjadi. Kejap-kejap, anak tanya, mama kait apa ni? (masa tu nampak macam bentuk bra). Ye... serius tak tipu. Sebab dia start dari atas. Kena buat 2 'bukit' tu dulu, baru cantumkan dan kait sampai bawah. 


Ha, ni baru siap. Saiz dia kecil sikit dari cushion standard tu. Pemilihan warna yang tak berapa elok, kan? Lain kali akan buat lagi, guna color merah pulak. 

Tu dia... hujan dah turun. Lagi la rasa nak tidor.
Tadi check result anak kat SAPS. Anak sulung Yati, Amirul, dapat 2A, 2B. Dia dapat B dalam subjek bahasa melayu pemahaman dan penulisan. Bertuah betul budak tu.
Ok la, jumpa lagi ye... 



Wednesday, November 05, 2014

Re-making keychain turtle

Yati ada buat semula projek felt crafts, keychain turtle tu. Untuk tempahan dan cover ready stock. Jom tengok...


Yati suka potong dulu felt-felt tu ikut bentuk yang dikehendaki. Yati ada beberapa gunting yang yati khas kan untuk kegunaan masing-masing. Yati tak potong felt guna mesin bigshot tu. Projek yati memang handmade sepenuhnya.Gunting untuk memotong kain felt ni, yati tak guna untuk potong benda lain. Khas untuk potong felt saja. Begitu juga gunting yang lain, khas untuk potong benang, potong kain cotton dan gunting kertas. Yati percaya, dengan cara ni, gunting kita akan kekal tajam.


Lepas dah potong bentuk utama, dalam kes ni, badan turtle, barulah yati potong untuk details atas felt, iaitu dia punya corak atas cengkerang turtle tu. Gunting dan jahit sekali. Lekatkan dulu sebiji-sebiji guna gam UHU atas tempat yang sepatutnya, dan kemudian jahit setiap satu.


Yati guna benang cross stitch dari projek lepas-lepas. Kan benang cross stitch DMC tu ada 6 strands kan, yati split kan. Yati simpan kalau ada lebihan felt. Boleh manfaatkan untuk projek akan datang, misalnya bahagian kecik-kecik.


Sumbat dia dengan fiber banyak-banyak, bior gemuk. Hehe..
Ambil masa yang agak lama juga untuk siap satu keychain. Ada pernah terima beberapa email, nak tempah bulk order, sampai 100-200 biji. Yati reply balik, Yati boleh siapkan, tapi lepas 2 bulan. Lepas tu terus senyap takde dengor berita. Habis tu camno.. makcik buat kerja sangat lambat, nak...


Dah siap, mari beratur beramai-ramai yeh...
Terima kasih, Zurainny, sudi beli keychain dari Yati.
Sebahagian besor turtle di atas telah selamat sampai ke Zurainny minggu lepas, dan sebahagian kecik lagi masuk ke ready stock yati.

Kalau nak tengok lagi felt keychain bentuk lain yang yati boleh buat selain dari bentuk turtle ni, sila la singgah ke kedai online yati ye.

--------------------------------------------------

Tak lama lagi sekolah dah nak cuti panjang, kan. Fuh.. macam tak caya jer, dah hujung tahun kita. Cepatnya masa berlalu.
Yati dan keluarga pergi tengok Sulaiman konvo semalam. Budak kecik ni dah abis prasekolah dah. Next year darjah 1.

Sulaiman, anak bongsu Yati

Ok la ye. Sehingga kita jumpa lagi, take care semua, dan enjoy every moments.. ^_^



Wednesday, October 29, 2014

Amigurumi kucing kecik

Yati pernah buat amigurumi kucing kenit ni dulu, untuk ready stock. Tapi tak bertahan lama dalam stock, sudah dibeli orang. Kali ni, Yati buat color oren pulak.

Pada saya, part paling mencabar adalah masa nak embroider muka dia.


Harap-harap jahitan mulut atau hidung tu tak senget. Yati lakar sikit guna pen. Tapi nipis la, asal nampak.

Masa nak mencantum kaki, tangan, pun mencabar juga. Juga takut senget. Yati pin dulu dengan jarum peniti kat tempatnya.


Bila dah siap, memang rasa syok. ^_^


Itu meow, melepak di luar rumah.


"Panjangnye rumput. Apa punya tuan rumah daa, malas potong rumput," cakap Meow. Hehe...

Ada dengor radio THR Gegar tak? Permata Pantai Timur. Saya tak dapat siaran tu, tapi saya dengor melalui astro radio. Pasang time buat kerja rumah, sambil memasak, sambil menyapu. Dia ada pasang satu lagu ni, tajuknya Ngape Bior Semak, nyanyian Anak Semantan. Lagu ni dalam lorat Pahang. Antara liriknya...

Ngape bior semak?
Ngape bior semak?
Tanah sekangkang kera, ngape bior semak?

Ha, kan dah terkena sebijik atas batang hidung. Sekadar peringatan pada diri sendiri juga, sebab malas cabut rambut. Kalau tak pernah dengor, ni link dia kat youtube. Hehe.. 

Jumpa lagi, bye....



Thursday, October 16, 2014

Owl Plushie

Projek terbaru, gabungan knit dan crochet. Bantal kecik burung hantu. :)

Owl plushie - pandangan depan

Badan owl ni yati knit. Manakala bulu 3 lapis kat depan tu di crochet. Lepas tu tepek mata dan hidung guna kain felt.

Owl plushie - pandangan sisi

Berikut gambar meja kerja Yati masa buat projek ni.


Situ la Yati online, situ juga Yati menjahit. Itu pasal Yati tak boleh ada banyak projek pada satu masa, sebab dikhuatiri akan menyemakkan ruang tamu. Namun begitu, saya menyimpan hasrat untuk punya billik jahit atau bilik kraf sendiri, supaya boleh kekalkan keadaan semak semasa ada projek atau tiada projek tanpa mengganggu ketenteraman awam. Hehe...

Sibuk tak? Saya sibuk sikit. Hujung minggu ni anak-anak ada sukan. Apa?? Hari Ahad kena pi sekolah bersukan? Aiyaaa.... layan je la... ^_^



Thursday, October 09, 2014

Felt keychain - Turtle

Dah lama tak buat felt crafts. Asyik mengait je. Hari tu, Yati pun buat la felt keychain.

Turtle pink and blue

Tak pernah buat lagi keychain bentuk turtle ni. ^_^

Pagi tadi kan, pergi kedai. Selalunya, kalau Yati pergi beli roti, husband duduk dalam kereta. Tapi pagi ni dia keluar, pergi kedai lain. Yati boleh lupa pulak nak letak kupon parking kat atas dashboard. Tengok-tengok ada 'inspektor gadget' tampal surat kompaun kat wiper kereta. Pergi tak sampai 5 minit, dah kena. Sakit juga hati kita ni, sebab orang lain yang parking kat garisan kuning, yang kat tempat tak dibenarkan parking, boleh pulak lepas. Tapi kita ni, tak sampai 5 minit sudah kena sebab tak pamerkan parking kupon. Nasib.... huhu... 

Ok ler... semoga hari anda semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. ^_^



Thursday, October 02, 2014

Topi Puff Stitch

Assalamualaikum...
Hello semua...

Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira. Semangat! Semangat! Walau pun cuaca agak mendung dan rasa macam nak tidor. :-)

Ok la. Projek kait Yati yang seterusnya, ialah topi puff stitch.

Dari depan

Coraknya agak berlubang-lubang.

Pandangan sisi
Guna benang akrilik. Agak slouchy di belakang.

Dari belakang
Kait topi ni tak ambil masa yang lama sangat. Tapi sebab Yati salah kait, kena buka semula. Puff stitch ni, mula-mula tricky juga. Sebab ada banyak benang di hook pada satu masa masa nak kena tarik tu. Tapi lama-lama boleh la.

Hujung minggu ni, Raya Korban. Yati tak balik Kelantan. Husband tak cuti. Kalau balik, meriah raya sana. Hari-hari makan daging. Hehe..

Jumpa lagi. Selamat melakukan ibadah korban sempena Raya AidilAdha ni. Hati-hati di jalanraya kalau balik kampung.

Take care... ^_^



Thursday, September 25, 2014

Amigurumi kucing duduk

Sape sini suka kucing angkat tangan. ^_^

Yati pun suka. Tapi kat rumah tak bela pun.

Dulu ada bela. Arwah mak punya kucing. Masa tu, Yati belum habis belajar gi. Itu la kucing terakhir bela.

Ha, kakak Yati yang duduk kat KL tu ada bela kucing. Tumpang manja kucing dia je la. Itu pun kalau pergi KL.

Kita kait amigurumi kucing je la. Kucing tengah duduk.


Agak susah nak kait bahagian kecil kucing ni, macam tangan, kaki dan ekor dia. Maklum ler, jari kita besor.


Suka kucing! Hehe.. nak juga ambil gambar kat luar, dengan kucing yang pernah buat dulu.


Yang ni pun masuk kedai juga. Jemput singgah ye, kalau nak tahu harga dan ukuran dia.

Bela kucing ni perlu komitmen yang tinggi. Macam jaga anak juga. Kalau kita nak bela, jaga dan didik la kucing kita baik-baik ye, jangan la sampai menyusahkan jiran tetangga seperti 'membuang' depan pintu orang. Tak pun, tak bawa kucing pergi neuter (bagi jantan) atau spay (bagi kucing betina), pastu dia beranak banyak-banyak, pastu tak boleh bela, campak kat pasar. Memandulkan kucing bukan la satu tindakan yang kejam ye, tapi membiarkan binatang ni beranak banyak-banyak dan mencampaknye atau tak mampu bagi makan, lagi ler kejam ye. Peh.. membebel pulak. Payah kalau ada jiran macam ni. Oppss.. 

Orait jumpa lagi... take care semua...