Monday, November 18, 2013

crocheted totebag

Hari ketiga cuti sekolah dan rumah sudah jadi tongkang pecah. 

Lepas ni ingat nak berhibernasi. Saya sudah tutup customer order. Nak rehat dan habiskan lebih masa dengan budak-budak. Sebelum tu, meh kita tengok order customer yang terakhir sebelum saya tutup order hari tu. 

Crochet totebag. Permintaan totebag paling tinggi untuk crochet.


Guna 2 strands benang untuk crochet. 

Dah siap... ambil masa lama juga nak buat bunga-bunga dan daun tu.


Close-up sikit kat bunga...


Customer request nak 1 poket berzip kat dalam. Ni pertama kali yati jahit poket berzip.


Yati jahit 2 poket zip. Tak sama position, walau pun poket sama besar. Menunjukkan keunikan handmade. Chewah.. (padahal kita yang tak reti buat).


Gitulah rupanya. Sudah selamat sampai ke tangan customer pun bag ni. Alhamdulillah, lega..

Husband saya masih belum balik dari kursus. Huhu... lamanya dia pergi... mode jiwang karat. Babai kawan-kawan.. selamat bercuti... pada yang nak khatankan anak, semoga dipermudahkan urusan dan selamat semuanya... 
Take care semua...

Friday, November 15, 2013

Hadiah

Akhirnya cuti sekolah, yeah!! Muka pun berubah dari ni...


....ke ini...



Wah, wah, wah... bukan main suka lagi yek... hehehe...

Hari tu, saya ada terima hadiah, tau, dari sorang kawan blog yang ber-cross stitch. Huk..huk.. terharu saya dan berbunga-bunga hati bila tengok hadiah dia bagi.


Zurainny dari Precious Crafts telah bermurah hati, sebagai tanda persahatan, memberi ribbon bunga cute, kristal bracelet yang Zurainny buat sendiri dalam container yang cute, jarum John James, kad, bookmark stitch kit, 11 count fabric from Charles Crafts, dan 2 cross stitch fabrik lagi jenis printed. Banyaknya... sukanya... 
Yati takde ramai kawan. Tapi rasanya, kawan-kawan online ni banyak yang telah menceriakan hati Yati, walaupun tak pernah jumpa. Mana taknya, kalau yati tak update blog sebulan, ada yang tanya kat email atau facebook. Yati hargai sangat dan terima kasih banyak, Zurainny! ^_^ (hugs....!) 
Pssttt... kawan kita ni rajin buat cross stitch, sila ke blog beliau tengok hasil tangannya yang kemas dan cun-cun belaka. 

Pada hari Rabu lepas, sekolah Hafizan dan Amirul buat Hari Anugerah Cemerlang. Dia orang dua-dua dapat hadiah.

Yang tak bestnya, husband Yati takde, pi kursus 2 minggu, tak dapat tengok anak-anak ambil hadiah. Tapi, my eldest sister datang all the way dari KL, tengok anak-anak sedara amik hadiah. :-)

Sebelum ambil hadiah tu, kena dengor beberapa ucapan dulu dari beberapa orang.

Anak bongsu Yati, Sulaiman, with me.

Masa gambar kat atas ni, ceria lagi. Tak lama kemudian, si kenit ni dah mula restless...

Sulaiman dah mula tak leh dok diam..

Lamanya orang depan tu bercakap, kita tidor dulu la. Sulaiman sedap tidor. Yati rasa, takde la lama berucap pun, sebab yati pernah dengor ucapan laaagi lama masa sekolah lama Amirul dulu. Orang sebelah tu husband and wife main game ala candy crush. Hehe..

Ohh.. tiba masa yang ditunggu-tunggu. Hafizan, tahun 1 keluar ambil hadiah dulu. 

Hafizan, anak kedua Yati
Hafizan, tahun 1, dapat anugerah mata pelajaran terbaik pendidikan islam tahun 1.

Seterusnya, Amirul pula..

Amirul, anak sulung Yati
Amirul, tahun 4, dapat anugerah pencapaian kedudukan terbaik no 1 dalam kelas, juga mata pelajaran terbaik Bahasa Inggeris.

My three boys and me

Alhamdulillah.. 
Tu je cerita pada kali ni. Selamat bercuti pada anak-anak kita, juga pada kawan-kawan yang telah merancang holiday kat mana-mana. Kami lepak rumah je, menghitung hari untuk mengkhatankan budak 2 orang ni pulak. 
'till then, take care semua...! ^_^
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea