Wednesday, October 30, 2013

Penceroboh dan topi knit

Saya ada order crochet yang nak kena siapkan. Tapi hari ni, menyelit kejap kat sini. :-)

Tak berapa lama dulu, ada 2 makhluk tau, telah menceroboh kat kawasan rumah ni. Makhluk yang pertama, waktu malam macam tu. Dia duduk kat tempat kasut, dekat dah dengan pintu nak masuk rumah.


Anak ular. Ular tedung hitam rasanya. Sebab masa husband nak pukul tu, ular tu sempat kembangkan kepala dia. Scary tak?


Giler, kan. Syukur la semua selamat. Tak tau la camana menatang ni boleh round kat situ pulak.
Mahkluk yang kedua lagi best, dia siap masuk dalam rumah. Amirul yang nampak ekor makhluk ni masa cuba menyusup masuk bawah katil.


Anak biawak, ko. No idea camana dia masuk dan bila. Melawan juga menatang ni bila husband keluarkan barang bawah katil dan nak pukul.


Menakutkan, yek! Syukur la waktu makhluk-makhluk ni tengah ceroboh, husband ada di rumah. Bayangkan kalau takde? Jeng, jeng, jeng.... tu pasal arwah opah yati dulu letak belerang keliling rumah. Sebab tak nak benda-benda ni masuk rumah la. Sekarang tak tau nak beli belerang kat mana.

Orait la. Cerita produk kait pulak. Yati ada knit satu topi ni.


Yati guna jarum circular. Benang nona. Pertama kali guna pattern ni.


Ambil masa agak lama juga nak besor. Sebab knit sambil tengok mr. arrogant ler, sambil masak ler. Projek sampingan.


Test atas Hafizan, masa belum siap. Tapi dalam proses kurangkan stitches. Hampir sampai ke hujung atas.


Yeh, dah siap! Muat kepala Yati. Topi ni, agak slouchy jugak.


Pandangan tepi.


Pandangan belakang.


Topi ni macam anak tudung pakai solat tu. Sebab dia stokinette stitch je, dan ribbing di hujung. Jadi, agak stretchy.


Topi ni dah masuk sebagai ready stock di online store Yati. Kalau nak tahu harga dan ukurannya, jemput la ke sana yek.

Jumpa lagi, take care semua!

Monday, October 21, 2013

Crocheted baby basket lagi...

Hari ni tak tau camana nak cakap. Bulan depan Amirul dah Hafizan akan sunat. Hari ni baru tahu, husband pulak kena pi kursus 2 minggu di Johor. Dia takde nanti masa sunat budak-budak. Tak tau ooo.. saya pompuan, takde adik beradik lelaki. Mungkin akan ke KL kot, minta bantuan abang ipar teman anak masa sunat dan masa jaga dia orang pantang. Mmmm... alahai.... bertabahlah hati...

Yati ada kait lagi satu bakul baby, untuk customer yang sama. Yang ni saya menempuh bencana dulu baru dapat siapkan. Cuba tengok ni..


Nampak terletak je basket di atas kan? Oh.. indah khabar dari rupa.


Gambar di atas menunjukkan bila basket diangkat dan dipegang di 2 sisi panjang. Lembik! Langsung tak jadi basket. Tak boleh carry benda ni. Bencana seperti ni terjadi kadang-kadang. Bukak semula benang dan kait semula dari awal.

Terpaksa minta izin customer guna color lain yang lebih tebal, iaitu benang daiso yang medium thick. Gambar basket lembik tu, Yati guna benang minlon, 5 strands, memang tak boleh. Sangat meletihkan bila terjadi macam ni. Tapi kena teruskan juga. Encik pengkritik juga membantu dalam me-wind benang dan meleraikan kusut benang-benang yang dibuka semula.

Basket kali ni nak ukurannya kecil sikit berbanding basket sebelum ni. Kaitan (stitches) pun nak lebih kasar.


Ni masa progress sudah masuk handle. Kali ni, handle-nya berupa begini, sekadar ada ruang untuk menyelit tangan untuk angkat basket.

Saya kait sekali 7 strands benang. Dan ada ketika, 11 strands sekali. Jadi, agak mencabar nak kait tanpa benang tu jadi knot atau kusut.


Gambar di atas, cara saya kait. Saya letak setiap strand benang dalam bakul, periuk kecik, container dan juga mangkuk masing-masing, supaya tak serabut. Alhamdulillah, kali ni basket lebih kukuh dan tegap.


Siap juga akhirnya! Customer minta tambah ribbon 1 inci.


Ini pandangan dari sudut lain pulak. Ukuran basket 10 inci X 11 inci X 6 inci. Alhamdulillah, terima kasih pada Puan Yasmin, Shah Alam, kerana sudi tempah 2 basket baby dengan Yati.

Musim hujan pula sekarang ni. Cuaca sejuk. Dingin sejuk sampai ke tulang.
Ok lah. Next, projek apa pula ya? Yati tengah knit topi. Nanti dah siap Yati tunjuk ya.
Semoga kawan-kawan semua dirahmati Allah dan dipermudahkan urusan seharian. Amin...

Friday, October 18, 2013

Bunga dan crocheted baby basket

Assalamualaikum..
bertemu kita lagi di hari Jumaat yang mulia..

Kat rumah ni tak banyak sangat pokok bunga. Plus, tuan rumah pun kadang ok, kadang malas menyiram. Hanya harap pada hujan yang turun. Tapi sesekali tengok bunga, tenteram rasanya. Jom kita tengok...


Pokok bunga kertas pelbagai spesies. Bapak Yati yang beli semua ni.


Bunga ros kampung. Lain kan, dari bunga ros biasa. Dan ia takde bau.


Bunga ros biasa. Yang ni ditanam atas tanah. Dia la yang paling rajin berbunga. Bila cium, bau sirap bandung. :-)

Hari ni Yati nak share hasil keras tangan yang ditempah dan sudah pun selamat berada di tangan tuannya. Alhamdulillah. Yati kait bakul baby. Mulanya, Yati tolak order ni. Sebab Yati takde warna benang seperti yang customer nak. Yati lagi banyak simpan benang local dan daiso (benang jepun). Tapi dah rezeki tu kan, selamat sudah. 

Yati cerita dari awal progress Yati jahit ya. 


Ni masa mula tapak. Ini pertama kali yati kait bakul sebesar ini. Base dia sebesor 25 inci X 13 inci. Untuk bagi basket tu kukuh, Yati kait sekali dengan tali nilon. Benang daiso tu pun main peranan juga, sebab dia medium thick yarn. Yati selang selikan dengan 3 strands benang local, ada brand nona, wina, ondori dan minlon.


Bila base dia dah cukup besor, masa untuk bahagian sedikit tricky. Kena pastikan tali nilon tu berada tegak dalam kaitan. Kait sangat slow di bahagian ini. Kita nak basket kita progress dia ke atas pula, bukan ke tepi. 2-3 kali juga Yati buka balik bahagian ni, sebab tak puas hati ler. 


Ha, tu dah naik sikit tingginya. Kena kait dengan penuh sabor. Nak abiskan satu round pun sakit pinggang, wei. Dan bunga (corak) dia terhasil begitu sebab Yati tak cantum stitch awal dan akhir, yati sambung je... 


Haaa, amik ko. Dah tinggi dah tu, tapi tak cukup tinggi lagi. Semput den nak abiskan satu round.


Ini dah masuk bahagian handle basket pulak. Pun 2-3 kali Yati buka juga. Mulanya, Yati kait handle kecik. Tapi tuan pengkritik cakap, handle kecik hold tengah je. Kang baby tu boleh berayun jap kiri, jap kanan. Ha ah betul jugak cakap pengkritik tersebut, lalu saya buka dan buat handle sedemikian rupa... kita ni kadang tak terpikir. Tahu nak rupa lawa je, tapi aspek keselamatan tidak diambil kira. Derhaka pada pattern sikit atas nasihat encik pengkritik.


Ini close-up kaitan. Ha.. ada ok, ada tak ok. Sebab nak hold sekali 3 strand tu, kadang ada yang tercicir, tak nak ikut sekali. Agak rapat la jugak stitchesnya, guna jarum 5 mm.


Tadaaa... sudah siap. Customer minta tambah bow di hujung. Pandangan dari depan.


Pandangan basket dari sudut lain. Alhamdulillah, customer suka. Hingga tempah lagi satu basket. Insya-Allah Yati cerita dalam next entri. 

Tau tak kerusi urut yang kita letak singgit tu, dia urut 5 minit? 5 minit ke 3  minit ya? Lupa plak. kat tesco ada kerusi urut tu. 4-5 kali juga urut dengan mesin tu, sebab sakit bahagian bahu dan pinggang nak siapkan basket ni. Takpe, takpe.. dah ok dah. Alhamdulillah, selamat semuanya.

Hari ni nak hujan la. 
Selamat hujung minggu, kawan-kawan. ^_^

Thursday, October 17, 2013

Beg boya dan kolumpo

Entri last hari tu cerita tentang raya posa. Ni raya haji pun dah lepas. Peh... lama betul tak tulis sini. Respek betul dengan orang yang tak jemu update blog. Susah juga bila kita boleh share semuanya kat facebook. Blogspot ni pun dah tak pandang. Nanti tak lama lagi sms pun sama kot, sebab orang sekarang lagi suka whatsapp atau wechat. Sape setuju, angkat tangan! :-)

Saya ok je. Cuma kesihatan kurang sikit. Agak lama saya batuk. Mula tu sikit je jangkit dari budak. Lately makin teruk. Bila batuk, semput pun datang la. Buy 1 get 1 free. Hahaha... kawan-kawan sihat ke? Jagalah kesihatan baik-baik, kerana kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga kat kita. 

Beg boya ni saya dah share kat page di facebook. Tapi sini belum... meh tengok... almaklumlah.. hasil keras tangan tak banyak sangat. Terpaksa buat siaran ulangan.


Beg boya ni, ramai kawan-kawan kait dah buat. Pattern dia berupa sisik. Ada orang panggil sisik buaya ada juga panggil mermaid tears bag. Ni pertama kali saya cuba buat. Punyalah ambil masa lama nak tinggi. Dan sisiknya pun tak berapa cantik, bersegitiga je. Patutnya cantik bulat kat bawah sisik tu. Kena improve lagi ni.


Bahagian dalamnya ada lining kain cotton. Juga, magnetic button sebagai penutup. Poket simple pun ada. 


Dua color gitu. Atas benang local, bawah benang oversea. Saya dah pun masukkan dalam online store saya. Kalau free, jemput singgah kalau nak tahu harga dan ukuran bag ya.

Pada 4 haribulan lepas, saya sekeluarga pergi KL. Husband ada majlis anugerah sudah berkhidmat selamat 15 tahun. Nak tau tak dapat dok mana? Jeng, jeng jeng...


Cantiknya view dari tingkap bilik hotel Sunway pyramid Tower. Kami tolak ke KL lepas budak-budak habis sekolah hari Jumaat. Sampai kat KL, masuk NKVE, jammed giler jalan. Dah lupa kat kl tu jalannya jammed. Padahal kena check in hotel sebelum pukul 5 petang. Nasib ada flyover dari Subang ke Sunway tu, 3 minit dah sampai. Pastu pening cari parking pulak. Hahaha... 

Seronoknya! Alhamdulilllah.... kalau nak dok sendiri hotel ni, tak kot. Sebab rumah kakak ada kat Subang. Sebab majlis anugerah tu boleh bawak spouse je, anak-anak kena tinggal dengan kakak. Lepas majlis tu je, terus bawak anak-anak tidor hotel. Kita orang siap bawak toto lagi dari rumah. Hehe.. kalau mintak extra bed nanti kena caj lain pulak.

Giler kentang. Tau tak.. hotel ni bersambung dengan sunway piramid (shopping) tu? Sementara husband pergi briefing, Yati jalan pusing-pusing. Sampai lenguh kaki. Dan ada daiso di situ!!! Suka! Suka! 

Berikut gambor masa majlis anugerah tu berlangsung. Company husband ni buat majlis ni untuk anugerah kakitangan yang sudah berkhidmat selama 15, 20 dan 25 tahun. Lepas habis semua anugerah disampaikan, maka makan time...

Lepas tu mc pun bertukor..


Adibah Nor!!! Gambar semua dari camera tipon, ambil dari tempat duduk. 

Penyanyi yang buat persembahan..


Misha Omar!!!

Juga...


Jamal Abdillah!!!

Saya tak pernah tengok persembahan live macam ni. Suara dia orang memang hebat! Lagi-lagi masa Misha Omar nyanyi lagu Angin Syurga tu, lagu cerita Cinta Jannah. Sedapnya...

Last sekali gambor saya dan husband..


Alamak.. dua-dua gemuk macam bulan mengambang.

Eh.. saya tak share gambor bilik hotel lagi kan.. Cer tengok..


Cantik dan selesa. :-)

Itu aktiviti kami. Nak tau aktiviti anak-anak sepanjang duduk dengan aunty dia orang...


Selain main dengan kucing 2 ekor ni...


Sempat lagi dia orang pi tengok wayang. Citer kartun tu ler, apa lagi...

Lagi, sebelum kita orang tolak balik Perak, makan ramai-ramai. Kakak belanja makan kat Chillies..


ooo my... apa ke benda tu... macam volcano kan.. Tu cake atas ice-cream dan chocolate. Kena share ramai-ramai. Makan sorang mesti tak habis. Ntah apa nama dia dalam menu tak ingat.


Saya pun lupa apa nama hidangan kat atas. Taco ke.. quesadillas ke.. macam tu ler lebih kurang, mexican punya makanan.

Nampak macam simple je. Tapi kenyang betul, macam makan nasi. Alhamdulillah.


Gambar atas ni cheese pizza pulak. Habis anak-anak makan.


Selain fish and chips..

Saya kan, bila baca kat blog orang tentang pergi holiday mana-mana, saya ada rasa sedikit jeles dan ada rasa mungkin penulis blog tu nak show-off ler tu. Tapi kali ni, saya pulak yang tulis... maapkan saya ye, saya bukan nak menunjuk-nunjuk. Lagi satu, saya sepatutnya berfikiran positif. Penulis blog tu sekadar cerita pengalaman atau catatan hariannya sebagai perkongsian. Sepatutnya, kita ambil sebagai perangsang, satu hari nanti, kita pun boleh pergi holiday juga.

Saya 10 tahun sekali baru pergi holiday. Ini pun company husband yang sponsor semua. Kalau nak ikut kemampuan sendiri, tak mampu rasanya. Tapi camana pun, rasa syukur. Sebab husband berkhidmat dengan company yang bagus. Dulu masa kami baru kawin dan amirul umur 1 tahun, pernah suami saya dapat gaji basic je, takde elaun mahupun overtime. Masa tu kami masih dok KL, kat setapak. Saya kena bangun awal pagi, buat sandwich dan kueh. Pagi husband hantar sandwich kat warung. Tengahari saya amik basket sandwich dan duit hasil jualan dari tokei warung roti canai. Sebelah tangan dukung Amirul, sebelah tangan lagi bawak plastik berisi bakul. Masa tu, takde sape pun yang tolong. Tu pasal skrang kalau orang email saya, tanya soalan kurang sesuai macam "Saya suka cross stitch. Saya nak niaga cross stitch. Rasanya, boleh jual ke?" Ha? Macam tak bole buat research sendiri, usaha la sendiri, otak ada, guna la. Saya dah tak jawap dah email-email macam ni. Saya nak bangsa saya usaha sendiri, jangan nak senang je, bersuap je. Haa.. kan dah melalut-lalut dah ni tulis kat sini. Maafkan saya ya. 

Lagi sebulan lagi anak-anak nak sekolah, lepas tu cuti. Yeh! Hari tu dah daftar anak khatan, 2 orang sekali Amirul dan Hafizan. Tapi blum get back to klinik, nak kaedah clamp atau biasa. Sini takde laser. Mana satu ya, bagus? 

Take care kawan-kawan. ^_^
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea