Thursday, August 29, 2013

cerita masa raya


22 Syawal.

Cepat betul masa tu, kan. Sudah lama juga tak update blog ni.
Macamana sambutan raya kawan-kawan semua?

Saya balik ke Kelantan masa raya ke-4. Suami saya kerja dari raya pertama tu. Kerja lama pulak tu. Huhu....

Ok juga balik kampung bila orang dah balik ke bandar, bila orang dah start bekerja. Sebab jalan tak banyak kereta. Bila dok Tumpat, hari-hari pergi Kota Bharu. Wakaf Che Yeh pun kita orang pi, pertama kali pergi waktu malam. Punya la besar tempat tu, boleh sesat kalau tak biasa. Syurga tudung dan kain! Lawa pulak tu. Tapi saya tak beli apa-apa. Sekadar jalan-jalan je.

Waktu petang, ada hari pergi Pantai Cahaya Bulan. Ada hari, pergi Pantai Geting. Main layang-layang.

Ni masa kat PCB. 

Ni kat Pantai Geting. Amirul.
Selalunya, kalau pi Pantai Geting, pekena mee celup. Tapi kali ni, main layang-layang je. Saya suka lepak pantai ni. Angin kuat. Macam tempat dia shooting cerita Bunohan je kat sini.

Sape tu? Saya ler.

Itu le korje kita orang sepanjang 4 hari dok kampung husband ni. Pagi sampai tengahari pi beraya rumah sedara-mara. Petang pi main layang-layang atau pusing-pusing bandar. Pasar Siti Khadijah pun sempat pi. Makan kat tingkat atas. Best betul.

Lepas tu balik Perak semula. First day buka kedai dah ada tempahan crochet. Alhamdulillah...

Sling bag, tempahan customer. Nak simple, tak nak bunga.
Bahagian dalam, Yati jahit lining kain cotton dan zip.

Nama je bukak kedai, tapi bukan hari-hari dapat online. Sibuk semula, bila sekolah dah buka. Sampai bag ni pun ambil masa 4-5 hari juga nak siap, walaupun simple je. Kembali dengan rutin memasak, mengemas dan menghantor anak sekolah.

Eh! Yati lupa nak cerita. Nak dengor cerita gempak tak? Memang cerita yang menakutkan sebenornya, terjadi masa kat kampung husband hari tu. Sat yek... ada tengok cerita Cun! tak, yang adegan berikut...


Ha, camtu la yek. Cuma tukor dari cakap utara ke cakap perak. "Bang! Jamban terbakor, bang!!!!" Begitulah jeritanku tatkala membuka pintu jamban dan melihat asap hitam berkepul-kepul, sampai tak nampak apa-apa. Sebelum tu, kami semua dah tidor, kerana dah lewat. Bilik ayor tu, guna lilin, sebab lampu yilek. Kita orang balik kampung setahun sekali, bilik tidor dan bilik ayor tu takde sape pakai. Lampu pun belum pasang. Mak mertua saya pakai bilik ayor lain.

Seriously, saya tak sangka benda ni boleh berlaku kat kami. Selama ni dok baca dalam paper, asrama terbakor le, rumah setinggan terbakor ler, angkara lilin. Kali ni, terjadi kat kami sendiri. Part of it, salah saya juga rasanya. Sebab saya last sekali buang air sebelum tidor, tanpa mematikan lilin. Tapi sebab saya tak matikan, sebab suami saya cakap, dia nak masuk next. Tengok-tengok semua orang tidor. 

Saya terjaga bila dengor bunyi api. Tau tak bunyi api bila bakor sampah, api yang marak bunyi camana? Ha, bunyi tu la. Selain tu, pintu bilik ayor tu terang. Dalam mamai tu, saya bangun dan terus buka pintu bilik ayor, sambil jerit panggil suami. Suami saya lantas bangun.

Sulaiman dan Hafizan juga bangun, ikut keluor bilik dengan saya. Ikutkan hati, saya nak cabut lari keluor rumah selamatkan diri. Tapi saya keluor ke dapur, amik jag, dan pass kat suami saya. Dia isi air dan pi padam api dalam bilik ayor. Dia sorang yang padam api. Saya dok ngan Hafizan dan Sulaiman kat dapor. Amirul sedap tidor dalam bilik, tak sedor apa berlaku. Mujur ler api boleh dipadam. Lepas api padam je, kami pun naik musykil camana jamban boleh terbakor? Bukan jamban tu jamban batu ka? Oh no.. bukan, sebenornya, jamban plastik. Lilin tu dok atas tangki simbah tu. Bahagian tu ler yang terbakor.

Bau plastik terbakor menyelubungi bilik tidor kami. Saya lantas amik suratkabor dan mengibas-ngibas udara, takut Amirul yang tengah tidor lemas. Suami bukak tingkap, bagi udara keluor.

Esok pagi, budak-budak suka kejor ayam kat luor. Kakak ipar tegur, kenapa muka anak-anak hitam? Terus bagitau jamban terbakor! Kelakor ada, takut ada, syukur pun ada. Kalau tak, korang takkan baca lagi la entri dari Yati sebab Yati dah takde. Nasib baik bilik ayor tu dan bilik kami dibuat dari batu dan simen la. Lain-lain bahagian rumah mertua semua kayu, rumah kampung. Syukur sangat-sangat. Malam berikutnya, terus hati-hati pasang lilin. Lapik dengan pinggan loyang. Dan padam bila takde orang di dalam. Fuhhh...

Dasyat tak cerita? Hui.. memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Apa pun, mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga le. Bila kami sedor yang bila-bila masa je, kita boleh pergi, kan, bila Allah panggil. Tak kira di mana dan bila masa.

Ok, kembali cerita bila dah balik Perak. 23 haribulan Ogos, harijadi budak kecik, Sulaiman.


Beli kek kat dia. Makan anak beranak. Sulaiman, 5 tahun. Bila tanya dia, nak adik lagi tak? Sulaiman kata, nak! Tapi Amirul dan Hafizan cakap, tak nak. Hehe..

Sulaiman ni, anak paling nakal dan tak boleh duduk diam. Hafizan dulu, 5 tahun dah boleh membaca. Tapi Sulaiman belum boleh lagi. Tapi dia rajin ngaji. 

Masa hari raya tu, kakak Yati saja, menge-test tudung. Dia pakaikan sekali si Sulaiman ni tudung. Nak tengok tak?

My eldest sis dan Sulaiman

Comel tak Sulaiman pakai tudung? Kalau tak nampak sampai bawah, sebijik macam budak pompuan, kan. Itu la, takde budak pompuan dalam rumah. Saje, main-main.

Ok ler. Macam dah panjang pulak cerita. Ada open house lagi ke? Ramai nak kawin hari merdeka ni. Budak-budak ni tak habis-habis main bunga api lagi, aunty dia orang bawak balik berkotak-kotak. 

Sulaiman dan Hafizan
Baiklah. Lain kali jumpa lagi. Selamat yek.

Wednesday, August 07, 2013

Selamat hari raya! ^_^

29 Ramadhan.

Saya sempat juga buat kueh semprit. Cuma yang lainnya, saya gantikan cherry atas semprit tu dengan hiasan biskut, sebab bila saya sapu rumah tahun lepas, saya jumpa cherry bawah kerusi. Ada budak tak makan cherry rumah ni. :)


Dapat 2 balang. Tapi hari ni, dah tinggal 1 balang. 

Selain semprit, saya ada buat juga biskut chocolate rice. Tapi, hodoh sangat rupa dia.


Rasa dia ok ler, rasa kueh raya. Hehe.. kueh ni pertama kali saya buat. Saya tak pernah buat biskut chocolate ni. Sebab ada pengalaman pahit dulu, bakor kek chocolate. Ni pun mula, tak reti camana nak tengok bila dia dah masak. Cuma bila dia bau je, saya main agak-agak keluorkan dari oven. 

Pagi tadi, kakak-kakak saya dari KL dah sampai. Dia orang paksa saya buat ni.


Apa tu? Kueh siput dalam kuali. Haha, ingat tak nak buat tahun ni, tapi kena buat jugak. Pastu lupa letak garam, kurang rasa. Huhu..

Itu je la cerita menjelang syawal. 

Di kesempatan ini, Yati nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kat semua kawan-kawan. ^_^

Saya beraya di Lumut. Mai la rumah. Yati sekeluarga balik kampung suami di Tumpat pada hujung cuti sekolah, yakni, raya ke-9, Insya-Allah. 

Semoga bergembira di hari raya!