Monday, May 20, 2013

Another year younger...

Wakakaka.. ye la tu. 
Hari ni birthday saya ke 35. 

Masak lauk untuk lunch awal-awal, dan plan nak buat kek..

Mula-mula, kek tu tak masak, tau. Guna oven canggih sikit. Cucuk 2-3 tempat, lidi tu bersih, jadi saya pun bawak kuor ler kek tu atas tray. Sekali, terbalikkan.. wah... terkeluor  isi dalam kek tu.


Tu dia... tapi sedap pulak isi dia, walau pun tak masak. Hehehe..
Apa lagi, saya pun letak balik kek  tu dalam dulang bakor tu, sumbat balik dalam oven.

Tanya kakak, sebab dia punya oven pun serupa, ooo.. dah tau ler, saya salah pilih setting. Hasilnya...


Suka tak? Saya suka! Sebab ini pertama kali saya buat kek, tak jadi macam kueh bengkang macam cubaan lepas-lepas. Hehehe... Rupa atas dia hodoh sikit, tapi takpelah, rasanya ok pada tekak saya. Buttercake pertama ku! 

Haaaa... nak tau tak? Hari tu saya merajuk, tau. Tak tau nak lari ke mana, saya lari ke Kamdar. Last sekali saya pergi Kamdar Manjung tu masa arwah mak saya ada lagi kot. Kali ni saya perati betul semua kain. Sebab, saya ada buat sedikit study mesin jahit saya. Dan saya dah tau function-function yang ada, dan nak tukor kaki camana. Berikut hasil tangkapan saya...


Suka tak? Saya suka! Hehehe... tambah koleksi kain cotton nak buat lining untuk beg kait saya. Bila dah bayor, baru saya nampak kat tempat lain.. kain belacu ada, kain lycra ada.. err.. next time la. Itu pun saya tak habis pergi semua floor. 

Kali ni tak ada hasil kraftangan nak diceritakan. Sebab belum siap. 
Saya berdoa, semoga Allah beri kekuatan pada saya, untuk jaga family saya. Kadang tu, otak rasa muda, tapi badan cakap lenguh ler, sakit ler. Memang kena ambil supplement yek, dah tua-tua ni. 

Till then, selamat ye semua..! ^_^

Friday, May 17, 2013

Crocheted skater beanie dan benang lagi

Selamat hari guru pada semua kawan-kawan pembaca blog Yati ni yang bergelar guru atau tenaga pengajar. Semoga terus tabah dan bersemangat mendidik anak-anak kita. :)

Saya sudah share skater beanie di bawah ni kat page facebook. Kali ni baru nak share sini.

Benang akrilik, dan ada stripes.

Mulanya, saya nak buat untuk husband. Tapi tak muat pula bila dah siap. Jadi, masuk kedai saja la. Muat untuk budak dalam usia 7-10 tahun.


Hafizan je la jadi model. Salah saya juga, tak ikut pattern betul-betul. Suka benor modify sendiri. Memang kena praktis lagi bab crochet topi ni.

Aha... ingat tak knitted entrelac scarf yang saya tunjuk dalam entri sebelum ni? Sempena penyertaan saya dalam knit-a-long tu, dapat sedikit hadiah dari sponsor group kait.

Benang dan kad dari rakan knitter

Tadaaa... sebuku benang Alize Diva, dari Turki. Sangat lembut. Pertama kali pegang. Satu buku benang ni, harganya dalam RM20+, bergantung pada jenisnya juga. Ish, ish, ish.. saya bab benang harga camtu, fikir 10 kali kalau nak beli, sebab boleh dapat benang nona atau ondori dalam 2 pack (10 buku benang). Tapi rezeki ni, merasa juga. Tak tau nak buat projek apa lagi. Boleh tahan panjang juga benang ni.

Kawan-kawan pekabo? Apa cerita? Minggu depan Hafizan dan Amirul periksa, sebelum cuti sekolah. Sulaiman pula baru lepas periksa minggu ni.


Gambar di atas gambar anak-anak saya, masa pergi taman rekreasi paya bakau. Hari tu pergi, masuk dalam, rupanya ada jambatan gantung ni. Boleh sampai ke sungai, ada orang fishing juga. Ada laluan kayu sepanjang hutan bakau ni. Kita orang tak pernah masuk sini. Tapi kalau family ada baby, tak sesuai kot bawa, sebab agak panas dan ada nyamuk.  

Orait, till next time, take care semua. ^_^

Thursday, May 02, 2013

long time no see

Assalamualaikum...
hello... lama giler tak update blog ni. Mood ke laut. Hehe.. rindu saya tak? ^_^

Sebenornya kan, banyak benda terjadi. Nak cerita semua, memang tak abis. La ni, dok baca kat facebook, orang dok update pasal politik je, nak undi kan. Yati first time nak undi tahun ni. Ha, dah tua ni, baru nak undi. Tambah teruja, Yati boleh terjumpa pula dengan calon parti DUN kawasan sini, salam dan cakap dengan dia. Ha, calon DUN jumpa, calon parlimen sini tak. Tak nampak turun padang pun. Lagi pun saya manalah keluor rumah. Jumpa yang sorang tu pun sebab dia datang berkempen, masa amik Sulaiman kat sekolah dia. Hehe..

Bulan lepas Sulaiman ada hari sukan.

Tengah panas Sulaiman masuk lari.

Lagi apa lagi benda nak cerita, yek? Ha.. hasil membeli online. Hehe.. ntah apa-apa la saya share ni.

crochet hook dan benang
Ha, tu la dia. Cita-cita saya besor ya, nak buat doily atau lapik meja. Tu yang beli benang halus tu. Tapi buat masa sekarang ni, kena peram dulu benang ni, sebab ada projek lain. Hook tu pulak, pertama kali nak mencuba hook clover. Orang lain dah bertahun dah, dah berkoleksi dah pun, saya baru nak cuba 2 batang. Nak buat camana, saya lagi selesa guna hook bamboo yang beli kat eBay dulu-dulu tu.

Lagi barang dapat.


Benang 2 buku di atas, bukan saya beli, tapi dapat percuma. Menang hadiah dari group kait fb. Suka sangat, dua-dua benang kat atas lembut sangat.

Lagi belakang cerita, sepanjang ketiadaan saya, saya bereksperimen knitting sebenornya. Saya mencuba kait 2 jarum corak baru. Entrelac namanya. Ada buat mula-mula, tapi benang halus, jangkaan saya tahun depan kot baru siap, jadi saya bukak balik. Guna benang lain. Ginila jadinya...

Ni masa baru start
Sebenornya, sempena knit-a-long group kait. Kalau deme ni tak buat aktiviti kait beramai-ramai ni, kita pun tak tau la bila kita nak mencuba benda baru. Lagi pun, tambah semangat tengok hasil orang lain. Kalau kita sangkut, orang lain boleh buat, jadi takde sebab kita pun tak leh buat, walau pun kita tak pernah buat. Huis, cakap berbelit, ye dak.


Dah siap dah masa gambor kat atas. Tengah blocking. Ada seterika stim, tapi tak reti guna. Jadi, semat scarf kat atas meja yang dilapik toto, spray air, dan bior kering.


Konon nak pose kan scarf ni kat tempat buruk-buruk sikit. Kan stail omputih camtu, kat pokok ler, kat kerusi lama la. Tapi takde tempat, pose kat ampai je la. Hehehe..

Boleh guna kalau pi tempat sejuk. Sebab guna benang acrylic medium-thick. Dah masuk kedai. Kalau nak tengok, singgah la ya, kot nak tahu harga.


Tu je la benda nak cerita buat masa ni. Selamat mengundi pada kawan-kawan semua. ^_^
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea