Wednesday, February 20, 2013

4 dalam 1

Lamanya tak update sini. Kawan-kawan sihat ke?
Harap semua ok. Yati biasa saja. Sebab lama tak update dan tak tau bila lagi nak update, Yati cerita dalam bentuk intisari rancangan yek. ^_^

Cerita 1: Taman Paya Bakau, Lumut.

Korang pernah sampai sini tak? Kami ni, tak pernah pi. Walaupun tak la jauh sangat dari rumah.

Ada banyak beruk dan kera kat sini. Tapi tengok masa dia jugak.
Ada papan tanda bagitau jangan bagi beruk tu makan. Tapi orang ramai bagi jugak.


Tu dia, dia naik atas side mirror kereta. Masa ni, husband sorang keluar, bagi roti. Kami anak beranak dok dalam kereta, takut. Hehe...

Cerita 2: Fair Isle Knitting

Memang lama Yati tak knit. Syok crochet je. Tapi bila group knitting buat knit-a-long fair isle knitting ni, rasa nak mencuba juga.


Guna jarum circular yang beli kat daiso.


Ha, dah nampak sikit corak fair isle tu.

Yati buat 2 color je. Lain kali bila dah terer skit, boleh guna banyak color.


Sulaiman sibuk nak jadi model. Saiz topi ni, untuk dewasa.
Yati ada buat salah masa tukar color tu, tapi Yati proceed je. Tak buka balik pun. Pemalas betul saya ni.


Ha, dah siap. Lamanya ambil masa buat. Topi knit yang pertama Yati buat guna circular needles, tanpa double pointed needles. Kita guna je la apa yang ada. Banyak buat silap, dan banyak belajar juga. Bila kita dah cuba sendiri, baru tahu. Syok juga!

Cerita 3: Mana-mana pun boleh zzzzz....


Kita sebagai ibu penat, bangun pukul 5 pagi buat breakfast dan kerja rumah semua. Kadang kita lupa, anak pun letih juga pergi sekolah. Kesian tak tengok gambar Sulaiman kat atas? Huhu.. Sulaiman ni ikut sedap dia je, mana dia nak landing, dia landing je. Tengah jalan, depan bilik air.. letih bebenor le dia, pi sekolah.


Hafizan pun sama. Lepas maghrib, ajak pi mamak. Dia pi tidor jugak.

Cerita 4: Pembimbing rakan sebaya

Amirul dilantik jadi PRS kat sekolah dia.


Color purple kemejanya. Boleh pass kat Hafizan la, baju sekolah yang color putih tu. Kasut sekolah pun beli baru, kena pakai color hitam. Belum dapat lagi tali leher dan lencana.

Gitu la kaedahnya. Hmmm... duit BRIM dah dapat ke? Bagi yang dah dapat tu, mesti senyum sampai ke telinga yek. ^_^

 
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea