Wednesday, December 11, 2013

selamat

Alhamdulillah, semuanya sudah selamat sekarang.

Anak sulung yati, Amirul, 10 tahun, sudah selamat berkhatan pada 27 November lepas.

Amirul - first day sunat, baca buku cerita sambil muka tahan sakit

Walau pun kami daftar 2 orang, Amirul dan Hafizan, tapi yang sunatnya sorang je. The day before sunat, Hafizan cakap dengan yati, "mama, saya tak nak sunat lagi la". Nampak dia pun tak ready. Dia sudah murung dan demam serta cirit birit seminggu sebelum tu. Entah apasal la budak sorang ni, sebenornya dia tension sebab nak sunat. Bila dia luahkan je, esoknya dia dah happy dah. Setelah sekian lama menyimpan rasa takutnya. Ciannya... kita bukannya nak paksa anak. Kalau boleh umur 12 tahun baru nak suruh dia sunat. Tapi takut dia la yang malu, sebab orang sekarang semua sunat awal. Sebab Hafizan, 7 tahun, dah cakap macam tu, kami pun tangguh la dia ke tahun-tahun depan. Kalau paksa juga, nanti jadi drama pula kat klinik.

Amirul Alhamdulillah, ok. Credit pada blog Yati Yusof, dia ada ceritakan tips mengurus anak berkhatan. Amirul pakai hanger dalam kain, macam ditunjukkan dalam blog tu, senang gerak dan hands-free. Husband yati juga ambil cuti untuk jaga anak. Amirul juga dah besor, dia tahu nak cepat baik, jadi dia pantang makan. Ubat doktor dia habiskan, luka pun cuci ikut arahan. Pada hari kelima, kena bawa semula ke klinik, untuk doktor check luka. Amirul sunat cara clamp, tapi jenis clamp baru, dia akan terlucut sendirinya selepas 10 hari. Lepas doktor cakap orait, 2 hari selepas tu, kakak yati pun datang ambil budak-budak pergi KL. Biasa la tu, tiap-tiap cuti sekolah dia orang akan stay rumah aunty dia orang. Selamat sudah..

Bila anak-anak dah takde, Yati mengemas rumah sikit. Lap sana, lap sini. Kemas dalam sana, kemas luor sini. Camtu ler. Kumpulkan hook crochet dan jarum knitting. Terjumpa tempat simpan hook yang dapat free masa beli supplies tak lama dulu.

My precious..

Wah... boleh tahan banyak juga. Selama ni tak tahu banyak ni kita ada, sebab simpan tempat lain-lain. Seronoknya tengok... hehe.. barang berharga yati ni. Ada sepasang jarum knitting dalam gambor di atas, dibeli oleh arwah mama Yati dan diberi pada Yati. Koleksi paling berharga.. ^_^
Kemas rumah pulak, kemas sikit-sikit. Nak buat satu rumah sekali harung, sakit pinggang. Sampai ke hari ni masih belum siap kemas. Nak cuba kemas semua sebelum budak-budak balik. Sebab nanti dia orang balik, dah jadi tongkang pecah balik. Wakakakaka...

Sebab yati busy kemas rumah sambil main candy crush dan hidden chronicles kat facebook, takde hasil keras tangan yang dapat yati siapkan. Semua masih in progress...

Mini granny squares..
Yang ni projek crochet, cantum-cantum granny square. Bole nampak ke apa yang yati sedang usahakan ni? Kalau tak nampak lagi nak buat apa, sudah. Sila tunggu produk akhir siap. Hehehe... cantum square cara as-u-go, syok juga, walau pun baru cuba.

knitting stokinette stitch..
Ni pula projek knit. Nanti dah siap yati tunjuk jadi apa, ya. 

Ok le. Kepada yang mengalami banjir, semoga bersabar hadapi ujian ini. Sehingga bertemu di lain masa, take care! ^_^

P/S: Yati and Stitch masih tutup buat sementara, semua order ditutup. Tuan tanah kedaun nak rehatkan minda sambil kemas rumah. 

16 comments:

  1. hehe layan candy crush ya..mintak nyawa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Add la yati kat fb. Nick yati Puteri Nurhayati. :)

      Delete
  2. alhamdulillah.. dah selamat dah anak bujang yati..
    banyaknya hook yati.. memang boleh buat koleksi gitu..
    granny square tu macam nak buat cover tissue box je.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, selamat.
      Zila pandai, betul, betul, betul! :)

      Delete
  3. Selamat dah Amirul...dah dewasa la yer, cam Dalia ckp kat Danial pas bersunat " pasni Danial blh kawen dah, dah blh carik awek"...haha...tergelak sy dgr...

    Danial bsunat umur 8 thn, sian plk buat ms tu, Danial mmg xready lg, tp Alhamdullilah semuanya selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. pandai Dalia. :)
      Takpe la Hajar, dah selamat dah pun. Adiknya, Danish pula lambat lagi, kan. :)

      Delete
  4. anak2 acik memang sunat awal yatie..umur 7 tahun dah sunat..senang jaga dan cepat baik jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal tu. Bagusnya dia orang, dan berani juga anak-anak acik.

      Delete
  5. ...sgt2 impress ngn org yg pndai mngait..xkira la guna jarum 1 ke, jarum 2 ke..

    ..dh besar ank k.yati.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu pun boleh kait juga. Kan bonda cikgu pandai kait kan. :)

      Delete
  6. Alhamdulillah, by this time mesti amirul dah pulih sepenuhnya, insyallah. kak salmi pun asik cakap dengan diri nak kemas rumah, maksudnya nak kena tengoklah apa2 yang lama yang tak boleh pakai yg dalam lemari tu nak dermakan pada bantuan mangsa banjir, lagi chart2 cross stitch tu pun sepah sana sini juga..kekadang bila jumpa boleh pulak tak ingat bila beli..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sal, Alhamdulillah, semua dah selamat, Amirul pun dah sembuh. Hehehe.. mesti banyak charts kak Salmi ni. Kena simpan dalam folder-folder kan, lepas tu labelkan, baru senang nak cari nanti. :)

      Delete
  7. Alhmdulillah ...dah selesai ya Amirul..
    Anak akak pun dah ok...mujur jugak dia tak banyak karenah masa berpantang..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ina MulutPayau,
      selamat sudah, kak.
      Dia orang dah besor, kan. Pandai pikir camana nak cepat baik, kena pantang. :)

      Delete
  8. Hehe... dah nak abis cuti sekolah ni baru la saya dpt buat blog-walking... Banyaknya tools Yati! Jarum2 crochet saya masih bersepah di sini sana, jarum kait pula dah jadi benda lain... :D

    ReplyDelete
  9. Zurainny,
    hehe.. elok organize semula tu, baru tahu saiz apa kita ada, saiz hook apa yang takde, jadi yang takde, boleh tambah koleksi (Hehe).

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea