Monday, December 16, 2013

Honeymoon bajet

9 Disember yang lepas, Yati dan husband pergi...

hmmm.. jambatan mana ni ye? ^_^
... Penang!!!!
Kita orang tak plan pun, main terjah je. Anak-anak masih di KL, kami dah mati kutu, sunyi dok rumah. Husband cuti 2 hari, jadi jom ler kita nyongket!

Cuaca pun cantik. Langit biru je. Ada matahari. Tak macam Perak waktu tu, hujan je. Last sekali Yati pergi dan tidor di Penang, adalah masa Yati darjah 3. Peh.. 26 tahun yang lepas! Sebenornya, ada pergi Penang masa tahun 2012. Tahun tu, kami pi Kulim, lepas tu singgah Penang, naik ferri, lepas tu pusing, balik naik bridge, lepas tu balik Perak semula. Kelakor tak? Sekadar nak bawak anak-anak naik ferri, tak singgah mana-mana pun. Hehe..

So kali ni, kami decide nak duduk di tengah bandar ler. Kalau pergi dengan anak-anak lain kali, Insya-Allah, akan cari tempat tidor tepi laut.
Wow... jalan kat Penang tu banyak one way, yek. Banyak simpang dan lorong pulak tu. Patut orang semua pakai GPS. Kami ni old-school, bergantung pada signboards dan juga berenti kete, tanya orang. Hehe..

Kami tuju Jalan Masjid Kapitan Keling, dan Alhamdulillah, ada kosong kat hotel ni...


Nama pun honeymoon bajet. Asal bilik ada keperluan asas, cukup ler bagi kami.


Harga bilik RM90. Ada aircond, ada tv, selesa. Hotel ni juga ada bilik untuk family yang lebih besor. Free wifi pun ada!

Details hotel: Broadway Budget Hotel, Wisma Rahmath, 35F, Jalan Masjid Kapitan Keling, Penang.
Telefon: 04-262 8550 / 04-262 8560
www.broadwaybudgethotel.com

Lepas check-in dan rehat bagai, jalan ler kita. Kami menapak je. Sebenornya area situ, dekat dengan kawasan Little India, Jalan Seni (Street Art) dan Nasi Kandar Beratur. Masa jalan-jalan sekitar Lebuh Armenian dan sekitarnya, dapat tengok banyak bangunan lama. Ramai juga pelancong asing. Jumpa beberapa tempat boleh buat inai RM5 je. Ada banyak hasil seni dinding, kalau nak tahu lebih lanjut boleh la google ya. Kami jumpa satu, lepas tu nak ambil gambar la, kan. Jumpa satu group pelancong local macam kami juga, dia offer amik gambar kita orang.

Itu Yati dan abe ku cayang ler..

Baiknya amoi yang offer tolong amikkan gambor kami ni. Dia orang masing-masing pegang map memaparkan peta lokasi seni dinding ni. Amoi tu siap bagi kami sekeping peta street art ni, lepas tu keterujaan dia tu macam ter-pass kat Yati plak. Hehe.. lepas tu kami pun terdorong nak tengok semua hasil seni yang ada di kawasan tu. Hmmm... takde la semua.. mana yang terdaya nak menapak dan kami jumpa aje la.

Sebelum tu, perut dah bunyi, belum makan tengahari walaupun dah pukul 2. Singgah sini sat...


... makan tengahari dulu...


...makan tengahari 2 orang RM15. Kami makan kat sini je, sebab nasi kandar beratur tu waktu siang dia orang lain, waktu malam baru orang lain, kami nak try yang malam punya, yang orang dok cakap-cakap sedap giler tu. 

Lepas makan rilek jap kat hotel. Lagi pun hujan sekejap. Lepas asar dan hujan dah berenti, kami jalan semula. Pi padang kota lama. Pun menapak juga. 


Years ago... masa last time yati mai sini masa budak, kami pekena laksa kat sini. Tapi sekarang dah ada foodcourt dekat-dekat situ, kan. Masa nak balik dari sini, ada uncle beca offer nak bawak kita orang RM40 sejam, takpe, takpe, kita orang menapak je. Exercise. :-)

Lupa nak tunjuk. Ni diambik dari tingkap hotel kami duduk. Tak jauh sangat la dari komtar.


Sebab kami makan tengahari lewat, jadi tak lapor sangat. Cadang nak pekena pasemboq menari kat Gurney Drive tu, tapi macam jauh dari sini. Lagi pun kami malas nak jalan guna kete, sebab nanti nak cari parking balik macam susah je. Jadi, kami pun menapak pi komtar je..


Sepanjang perjalanan, jumpa banyak kedai lama. Kedai yang buat kasut manik tu, kedai yang jual barang lama, dan macam-macam lagi la, yang rasanya kalau tak jalan, tak jumpa kedai macam tu. Lagi satu, kat penang ni, ada Penang Free Wifi. Dari bilik hotel tak clear sangat, tapi bila kat komtar, sangat kuat signal dia. Tak beli apa-apa pun, lepak tengok orang. Ramai sangat. Hari Ahad, kan. Macam-macam ragam ada. Ada jumpa bai jual roti, peh.... memang tak jumpa kat tempat lain. Yang naik basikal tu! Malu nak suruh dia berenti, nak amik gambor dengan dia. Padahal dia dah sengih-sengih dah. :-)
Oh, beli fridge magnet Penang, RM4.

Sekian aktiviti petang. Balik hotel, rest. Ye la, penat tau jalan kaki. Memang patut pun sebab kita orang pun gemuk, should loose some weight, hehe! Tapi kaki tu, sampai kena beli minyak angin. Tu la, malas jalan sebelum ni.

Lebih kurang 9.30 malam macam tu, kami turun dan menuju ke Nasi Kandar Beratur. Sebab dia buka pukul 10 malam. Kami nak tengok camana mamak tukor shif. ^_^


Apa lagi... beratur la ya. Satu senario yang tak pernah kita orang tengok sebelum ni, memang tak jumpa kat tempat lain. 


Makan malam 2 orang di nasi kandaq beratoq, RM17.10. Orang kata kalau nak rasa nikmat nasi kandar, minta kuah campur. Yati pilih ayam goreng. Orait la nasi dia. Tapi air dia, teh tarik, memang cukup rasa. Sedap! 

Balik bilik, tidoq pengsan!

Keesokan harinya.. 


Pemandangan dari tingkap bilik, pukul 7 pagi. 

Kita breakfast dulu, tak jauh, bawah hotel je ada nasi lemak bungkus, kueh-mueh, bagai.


Sarapan 2 orang, RM5.60.

Lepas tu kami menapak explore area situ lagi..

Ala cian kucing tu kena terajang..

Ada antara lukisan-lukisan ni tersorok. Tapi orang-orang Penang semua baik dan ramah, bila dia tengok kita pegang peta, dia tanya kita, cari gambar ke? Ha ah. Mesti dia orang tolong. Area sini juga ada banyak tempat kita boleh sewa basikal. Basikal macam-macam jenis ada. 


Ada antara hasil seni ni juga, dalam bentuk 3D.


saya suka kucing besor ni!!!

Lukisan-lukisan ni bertabur, dia bukan terletak di satu jalan je. Kita kena cari. Kena rajin jalan kalau nak tengok semua ya.


Kucing comel dan makcik gemuk!

Ada lokasi dia yang tepi rumah orang. Kalau rumah chinese, dia bawak masuk anjing dia, supaya kita boleh amik gambor. Orang sana memang baik la.

Bila dah penat, balik hotel semula. Dah tiba masa nak check-out dari hotel. 

Kami pi round Batu Feringgi dan Teluk Bahang.


Kat Teluk Bahang tu, boleh pergi ke Taman Negara Penang. Kami lepak kat kampung nelayan tu kejap, tengok laut dan suasana situ. 

Singgah kat area Batu Feringgi, pekena pasemboq sat.

Mak aih, cover abis kuah, tak nampak bawah.
Husband makan nasi ayam. Makan tengahari sini 2 orang RM13.

Tiba masa untuk balik. Babai Penang! Kami naik ferri la pulak.


Ada satu tempat kami singgah sat, sebelum keluor Penang. Kami singgah ke Cotton House, Simpang Ampat. Bestnya kedai dia! 


Ni barang-barang yang Yati beli. Hehe... suka, suka, suka!!!

Demikian ler cerita percutian kami suami isteri kat Penang. Nak tahu perbelanjaan semua untuk 2 orang, termasuk tol, minyak, makan, total semua? RM271.30. Itu tak termasuk belanja shopping benang kat atas ya. Ok ler yek.. tapi harga keseronokan berjalan kat sana.. priceless! 

Alhamdulillah, dapat habiskan masa dengan suami. Mengeratkan hubungan suami isteri. Hik, hik! Kadang angin juga dengan dia, dia kaki panjang, jalan laju, tinggal kita kat belakang. Hehe.. apa pun, suka sangat. 
Sepanjang perjalanan pulang bila masuk Perak je, hujan lebat, tau. Alhamdulillah, selamat sampai.

Jumpa lagi, take care. ^_^

16 comments:

  1. sesekali seronok juga berdua je ye yatie..
    tapi acik tak pernah buat duluyatie..kemana nak ajak jugak anak walaupun sorang hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok, Acik, bukan selalu honeymoon. Hehe..
      Kita orang tak boleh, anak-anak tiga-tiga cuti sekolah, mesti ke KL, rumah kakak. Pernah tinggal sorang dengan kami dulu, mulut muncung je sampai sudah.

      Delete
  2. Seronokkan sesekali berdua - duaan mcm tu..percutian yg menarik ..
    Cantik lukisan tu semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga, tapi rasa kehilangan je, tak cukup korum, anak takde. :)

      Delete
  3. macam best je cari jejak lukisan tu.. last month ke penang tak sempat nak kemana pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best, ada banyak lagi, tak dapat pergi semua tempat art lukisan dan arca yang ada. Nanti Encik Zino boleh la pergi tengok. :)

      Delete
  4. Waaa.. yati.. mmg saya ada kat situ pd tarikh tu.. kalau yati g gurney drive agaknya kita boleh terrserempak amik gmbr dgn pasembuq menari.. hihi.. x tau pun psl jalan art tu.. lenkali nak cari la.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiya... ya ke? I wish i knew.. lain kali Insya-Allah ya Zila, :)

      Delete
  5. waa.. bestnya honeymoon.. cantik semua gambar2... akak last jalan2 kat penang masa rombongan sekolah rendah dulu.. hahaha punyalah lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama giler tu kak Nisa. Pi la holiday sana, seronok juga. :)

      Delete
  6. Akak pun lama x masuk penang. Lalu je. Best jalan berdua. Kami nak jalan cam tu kena ingat budak2. Sian jalan lama sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa anak-anak je, kak Suzie, lagi best holiday sana. :)

      Delete
  7. Yati....bestnya hanimun.... ;) seronoknya dpt explore Penang... dr apa yg Yati ceritakan rasa mcm best lak kalau g jenjalan kat Penang...tp blm berpeluang lg...saya suka wall art tu...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, seronok. Banyak tempat menarik kat Penang tu, tu pun kami tak pi, yang butterfly farm, taman botani, bukit bendera, semua. Pergi yang kat bandar je. Ina boleh pergi, time cuti sekolah, jalan-jalan. :)

      Delete
  8. Pi-weet! Pasangan romantis gitu! :D Wall art tu mmg cantik, tapi Cotton House juga yg sy nak visit, Insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. mana ada romantik, Zurainny. Malu ler.. hehe.. must visit Cotton House tu, syorga benang!! ^_^

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea