Wednesday, December 25, 2013

back together...

Anak-anak dah balik dari KL. Rumah dah riuh semula. ^_^

Sebelum anak-anak balik, Yati sempat siapkan sarung kotak tisu ni.


Pattern mini granny square yang dicantum-cantum. Ada hari tu, Yati tunjuk work-in-progress kat sini.

Kalau boleh, Yati nak tambah sikit-sikit barang-barang crochet dalam rumah ni. Buat alas atau cover. Suka. Meh tengok dari view lain pulak...


Mungkin lepas ni nak buat alas kaki pulak kot. Guna baju lama. Tengok ler nanti camana. :-)

Budak-budak bukan main suka lagi dok KL. Ni la tempoh paling lama dia orang duduk rumah aunty dia orang kat KL tu. Sepanjang masa dia orang kat sana, kami contact through weChat. Kadang dia orang antor gambor apa yang dia orang tengah buat. Meh tengok apa aktiviti budak-budak kat sana...

Sulaiman

Peberet depa ler ni, kalau lepak rumah, main Wii (nintendo). Rumah Perak takde menatang ni. Mana boleh ada, nanti mesti depa liat nak buat homework.

Kakak Yati juga bawa budak-budak ni gi jalan.

Hafizan dan Amirul
Gambar atas ni dia orang pergi jalan-jalan kat Sepang. Sekali pandang macam dah besor je budak-budak ni.

Amirul, Hafizan dan Sulaiman dengan aunty
Pergi shopping. 


Pergi swimming. 

Sulaiman dengan Atam
Pergi beriadah dan jogging. Gambar kat atas, Sulaiman dengan kakak kedua Yati. Yati ada 2 kakak. Kami 3 beradik je, semua pompuan. Anak-anak Yati pulak, tiga-tiga lelaki. :-)

Ape benda la Amirul ngan Hafizan buat ni...
Bagi makan burung kat park

Hamleys yang kat 1 Utama tu pun dia orang dah pi jugak. Amboi... seronoknya depa..

Awat Hafizan tutup mata?
Selain tengok wayang juga. Cerita Frozen depa tengok, cerita Hobbit baru pun depa dah tengok. Sakan la dia orang ni... takpe la tu. Nanti sekolah dah buka, belajor rajin-rajin naa...

Sekolah pun dah nak buka. Selamat buat persiapan anak-anak kembali ke sekolah. Yang ada anak nak naik darjah 1 tu, semoga dipermudahkan. ^_^

18 comments:

  1. Cantik sarung tisu tu yati...pandai buat
    Semakin meriah la rumah ye...tak la boringkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ena, terima kasih. Memang, kalau anak takde, sunyi je rumah.

      Delete
  2. dah lama tak buat chrocet... cantik utk kotak tissue tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Projek manfaatkan benang-benang scraps. :)

      Delete
  3. YATI dah jadi anak bujang.... he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Shima, Amirul sorang je, sebab dia je dah sunat. :)

      Delete
  4. honeymoon ler . anak x do tu . hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wee, hehe.. ada hari tu honeymoon jap, pi penang, masa anak takde. :)

      Delete
  5. Hello Yati, chantek tu your handiwork. I love it, your sarong kotak. And nice colours too. You got great looking kids.
    Here's wishing you and family the very best of season's greetings.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee, thank you..
      Hope you're having great time too and best wishes in 2014!

      Delete
  6. anak-anak gi holiday la tu ye :-)
    ha ha ha da balik umah, sedih la tu sebab nak naik skola semula next week hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida, ha ah.. dia orang malas sikit, sebab dah lama cuti, kan.

      Delete
  7. cantik tissue box cover tu.. akak punya tissue box togel je.. dulu selalu sarungkan dgn cover yg buat dr manik, mak akak yg buatkan.. tapi budak2 ni selalu tanggalkan.. last2 dah malas nak sarung.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nisa, terima kasih. Hehe.. cantik tu, kraf manik, pernah tengok orang jual, tapi tak reti buat. :)

      Delete
  8. Seronoknya anak2 dapt berholiday..
    Cantik sangat bekas tisu yg Yati buat tu...
    selamat tahun baru dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ina, terima kasih. Selamat tahun baru untuk akak juga. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea