Friday, November 15, 2013

Hadiah

Akhirnya cuti sekolah, yeah!! Muka pun berubah dari ni...


....ke ini...



Wah, wah, wah... bukan main suka lagi yek... hehehe...

Hari tu, saya ada terima hadiah, tau, dari sorang kawan blog yang ber-cross stitch. Huk..huk.. terharu saya dan berbunga-bunga hati bila tengok hadiah dia bagi.


Zurainny dari Precious Crafts telah bermurah hati, sebagai tanda persahatan, memberi ribbon bunga cute, kristal bracelet yang Zurainny buat sendiri dalam container yang cute, jarum John James, kad, bookmark stitch kit, 11 count fabric from Charles Crafts, dan 2 cross stitch fabrik lagi jenis printed. Banyaknya... sukanya... 
Yati takde ramai kawan. Tapi rasanya, kawan-kawan online ni banyak yang telah menceriakan hati Yati, walaupun tak pernah jumpa. Mana taknya, kalau yati tak update blog sebulan, ada yang tanya kat email atau facebook. Yati hargai sangat dan terima kasih banyak, Zurainny! ^_^ (hugs....!) 
Pssttt... kawan kita ni rajin buat cross stitch, sila ke blog beliau tengok hasil tangannya yang kemas dan cun-cun belaka. 

Pada hari Rabu lepas, sekolah Hafizan dan Amirul buat Hari Anugerah Cemerlang. Dia orang dua-dua dapat hadiah.

Yang tak bestnya, husband Yati takde, pi kursus 2 minggu, tak dapat tengok anak-anak ambil hadiah. Tapi, my eldest sister datang all the way dari KL, tengok anak-anak sedara amik hadiah. :-)

Sebelum ambil hadiah tu, kena dengor beberapa ucapan dulu dari beberapa orang.

Anak bongsu Yati, Sulaiman, with me.

Masa gambar kat atas ni, ceria lagi. Tak lama kemudian, si kenit ni dah mula restless...

Sulaiman dah mula tak leh dok diam..

Lamanya orang depan tu bercakap, kita tidor dulu la. Sulaiman sedap tidor. Yati rasa, takde la lama berucap pun, sebab yati pernah dengor ucapan laaagi lama masa sekolah lama Amirul dulu. Orang sebelah tu husband and wife main game ala candy crush. Hehe..

Ohh.. tiba masa yang ditunggu-tunggu. Hafizan, tahun 1 keluar ambil hadiah dulu. 

Hafizan, anak kedua Yati
Hafizan, tahun 1, dapat anugerah mata pelajaran terbaik pendidikan islam tahun 1.

Seterusnya, Amirul pula..

Amirul, anak sulung Yati
Amirul, tahun 4, dapat anugerah pencapaian kedudukan terbaik no 1 dalam kelas, juga mata pelajaran terbaik Bahasa Inggeris.

My three boys and me

Alhamdulillah.. 
Tu je cerita pada kali ni. Selamat bercuti pada anak-anak kita, juga pada kawan-kawan yang telah merancang holiday kat mana-mana. Kami lepak rumah je, menghitung hari untuk mengkhatankan budak 2 orang ni pulak. 
'till then, take care semua...! ^_^

9 comments:

  1. tahniah kt budak2 tuu...
    Samale... Fara pon akan sinatkn anak2 cuti sekolah ni. :)

    ReplyDelete
  2. tahniah amirul dan hafizan... :)
    :)
    cuti sekolah nak jaga org berpantang ek..

    ReplyDelete
  3. Tahniah. Teruskan kecemerlangan...amin.

    P/s :aha yati, mmg course along kena beli. 100% ank2 brpndptan rendah dpt ptptn. Pihak u ada bg pakcage byr ansuran utk ipad tu bg yg xmampu.

    ReplyDelete
  4. bukan main senyum lagi bila dah cuti sekolah yer . alhamdulillah . dapat rezeki drp sahabat maya . Tahniah buat kedua2 hero . semoga terus cemerlang ...

    ReplyDelete
  5. tahniah yati dan anak2... ceria muka sulaiman dah bangun tido ;)

    ReplyDelete
  6. tahniah utk ank2 k.yati..

    mmg sronok ms cuti sek..sbb bg cikgu2, ms ni la nk refresh energy n soul utk bekalan spnjg thn 2014..

    ReplyDelete
  7. Fara,
    terima kasih.
    Sama-sama la kita yek. Harap semuanya dipermudahkan, amin..

    Zila,
    timasih...
    ha ah, harap dia orang ok dan cepat sembuh, supaya mak budak pulak bole pi nyongket lepas tu. hehe...

    Kak Nza,
    terima kasih, kak.
    Yati terkejut, sebab tuntutan pelajaran budak kat ipt skrang ni, kan. Kalau ada kemudahan macam tu bagus la, takde la susah pada mereka yang kurang mampu. :)

    Vee,
    timasih!! :)

    Kak Shima,
    hehe.. Sulaiman tu kadang macam baby lagi, kena afternoon nap. Letih gamaknya.

    Cikgu Zira,
    timasih, cikgu.
    betul, betul. :)

    ReplyDelete
  8. salam k.yati tahniah..sonok k.yati anak2 dah besar x sunyi umah..hehehe..

    ReplyDelete
  9. Mar a.k.a. Ayong,
    sunyi juga time cuti sekolah, sebab dia orang ke KL, rumah aunty dia orang. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea