Monday, November 18, 2013

crocheted totebag

Hari ketiga cuti sekolah dan rumah sudah jadi tongkang pecah. 

Lepas ni ingat nak berhibernasi. Saya sudah tutup customer order. Nak rehat dan habiskan lebih masa dengan budak-budak. Sebelum tu, meh kita tengok order customer yang terakhir sebelum saya tutup order hari tu. 

Crochet totebag. Permintaan totebag paling tinggi untuk crochet.


Guna 2 strands benang untuk crochet. 

Dah siap... ambil masa lama juga nak buat bunga-bunga dan daun tu.


Close-up sikit kat bunga...


Customer request nak 1 poket berzip kat dalam. Ni pertama kali yati jahit poket berzip.


Yati jahit 2 poket zip. Tak sama position, walau pun poket sama besar. Menunjukkan keunikan handmade. Chewah.. (padahal kita yang tak reti buat).


Gitulah rupanya. Sudah selamat sampai ke tangan customer pun bag ni. Alhamdulillah, lega..

Husband saya masih belum balik dari kursus. Huhu... lamanya dia pergi... mode jiwang karat. Babai kawan-kawan.. selamat bercuti... pada yang nak khatankan anak, semoga dipermudahkan urusan dan selamat semuanya... 
Take care semua...

10 comments:

  1. yati.. cantik beg tu.. yati dah terror dah buat beg ni kan.. saya sekali pun belum dapat cuba.. hihi.. belum sampai seru.. hihihi..

    nak rehat2 ek.. rehat memang diperlukan.. lagipun nak jaga orang dalam pantang kan.. :D

    ReplyDelete
  2. cantik la k.yati..saya pn ada beg crochet comel..tp bonda yg kait..hehehe

    ReplyDelete
  3. sweet blue and pink, yati,,, 2 benang, mesti kalau kak shima dah sakit tangan... huhu

    ReplyDelete
  4. yes, warna nyer so sweet!
    ada bunga bunga plak tu...
    tak mampu aida buat gini, mesti dijahit dgn penuh kesabaran oleh yati :-)

    ReplyDelete
  5. kemas poket zip yati tu.. akak pun belum pernah cuba buat... selamat bercuti dgn anak2.. :)

    ReplyDelete
  6. Vee,
    hehe.. ni best seller kat kedai yati, ramai dah yang tempah bag ni. :)

    Zila,
    terima kasih, Zila. Betul, nak rehatkan minda dari order customer. Nak buat projek untuk diri sendiri juga. Hehe..

    Cikgu Zira,
    wah.. mesti cantik, sebab bonda yang buat. :)

    Kak Ina MulutPayau,
    terima kasih, kak.

    Kak Shima,
    tak sakit, sebab benang tu macam halus. Tu buat 2 strands, bagi sturdy sikit. :)

    Aida,
    hehe.. betul tu. Buat apa-apa pun, perlu bersabor dan ada minat juga. :)

    Kak Nisa,
    terima kasih, kak. Ambil masa lama nak buat poket tu, maklum lah kita amatur dengan mesin jahit. Alhamdulillah, jadi poket juga, takut jadi benda lain. Hehehe...

    ReplyDelete
  7. Yati, cantiknya beg kait tu esp the flowers tu..sukanya tapi saya tak serajin yati utk crocheting mcm tu..so nice! geram tengok...

    Nnt kita pulak berjumpa yer, mana tau kot saya ke lumut ke..or yati datang ke penang ke..hihi InsyaAllah! Seronok jugak dpt jumpa virtual friends ni..mcm dah kenal lama..

    ReplyDelete
  8. Marie,
    terima kasih, Marie.
    Hari tu yati pi Penang, tapi yati tak tau yang Marie dok di Penang. ^_^ waduh..

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea