Wednesday, October 30, 2013

Penceroboh dan topi knit

Saya ada order crochet yang nak kena siapkan. Tapi hari ni, menyelit kejap kat sini. :-)

Tak berapa lama dulu, ada 2 makhluk tau, telah menceroboh kat kawasan rumah ni. Makhluk yang pertama, waktu malam macam tu. Dia duduk kat tempat kasut, dekat dah dengan pintu nak masuk rumah.


Anak ular. Ular tedung hitam rasanya. Sebab masa husband nak pukul tu, ular tu sempat kembangkan kepala dia. Scary tak?


Giler, kan. Syukur la semua selamat. Tak tau la camana menatang ni boleh round kat situ pulak.
Mahkluk yang kedua lagi best, dia siap masuk dalam rumah. Amirul yang nampak ekor makhluk ni masa cuba menyusup masuk bawah katil.


Anak biawak, ko. No idea camana dia masuk dan bila. Melawan juga menatang ni bila husband keluarkan barang bawah katil dan nak pukul.


Menakutkan, yek! Syukur la waktu makhluk-makhluk ni tengah ceroboh, husband ada di rumah. Bayangkan kalau takde? Jeng, jeng, jeng.... tu pasal arwah opah yati dulu letak belerang keliling rumah. Sebab tak nak benda-benda ni masuk rumah la. Sekarang tak tau nak beli belerang kat mana.

Orait la. Cerita produk kait pulak. Yati ada knit satu topi ni.


Yati guna jarum circular. Benang nona. Pertama kali guna pattern ni.


Ambil masa agak lama juga nak besor. Sebab knit sambil tengok mr. arrogant ler, sambil masak ler. Projek sampingan.


Test atas Hafizan, masa belum siap. Tapi dalam proses kurangkan stitches. Hampir sampai ke hujung atas.


Yeh, dah siap! Muat kepala Yati. Topi ni, agak slouchy jugak.


Pandangan tepi.


Pandangan belakang.


Topi ni macam anak tudung pakai solat tu. Sebab dia stokinette stitch je, dan ribbing di hujung. Jadi, agak stretchy.


Topi ni dah masuk sebagai ready stock di online store Yati. Kalau nak tahu harga dan ukurannya, jemput la ke sana yek.

Jumpa lagi, take care semua!

15 comments:

  1. eiii..takutnye benda-benda mcm ni masuk rumah. sib baik en.suami ada!!

    topi cantik!! fara x reti lagi nak buat topi. knitting biasa-biasa je..tp selalu separuh jalan.

    ReplyDelete
  2. Alamak nasib kat rumah akak masuk yang kecil2 je. Belerang kak z beli kat kedai hardware.

    ReplyDelete
  3. kat rumah bonda satu masa dulu , kami jumpa kulit ular kat bwh peti sejuk ... klu tgk kulit tu , mcm besar jer saiz ularnya ... nice topi tu

    ReplyDelete
  4. Aisemen Yati... anak ular tedung tu mmg mengerikan betul! Mcm2 reptilia dtg ziarah, mgkn sbb dah dekat nak Maal Hijrah... Dulu, waktu saya pregnant, ular mesti masuk rmh. Nasib baik time tu husband sentiasa ada. Saya menjerit gila2 - agaknya ular pun takut. :D

    Anyway, sabar2 ya, benda yg saya nak pos tu masi dlm kreta lg, hari2 bz sampai x sempat nak pi pej pos. Esok saya pos ya... :D

    Kalau sy nak order topi di atas, tp hujung tak nak jahit tutup (mcm headband yg lebar), blh ke?

    ReplyDelete
  5. macam2 adatu.. takut ler kot kalau takder suami nak menghalaunyer...

    ReplyDelete
  6. Hello Yati, wow! You had a snake come to your house.
    Luckily nobody got bitten, and ada anak biawak too.
    You live near a forest or lots of bushes nearby.
    Love your knitting, and this good to keep head warm....
    where I am now....Toronto, Canada.

    Saya suka tu hijau warna.
    You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  7. wahhh mcm2 plak yer yati. masa kat kampung dulu2 selalu jugak kekadang ular naik kat rumah.

    Nice lah topi tuh...

    ReplyDelete
  8. alamak takut nyer byk binatang dijumpai!!!

    ReplyDelete
  9. setakat ni ada ular hitam . tapi selamba jer dia lalu kat sebelah kaki saya . saya yg jadi pucat lesi ...

    ReplyDelete
  10. ngerikan bila masuk binatang berbahaya ni..rumah akak pun pernah diceroboh..yg hitam jugak..sebesar lengan lelaki dewasa..masuk mnyorok bawah almari di dapur..nasib baik akak ternmpak...husb panggil kawan2 dia dan tangkap..

    ReplyDelete
  11. Salaam yati, aduhai seremm kot esp si senduk tu..dulu akak pun pernah berdepan one to one ngan si senduk tu sama2 terkejut hehehe..sampai senduk tu pun tegak kembang kepala, akak teringatla pesan arwah wan akak, jumpa si senduk tu jgn gerak2 diam jer sampai dia pergi, kalau jumpa si sawa kenalah lari, kang kena belit..satu hal pulak..hihihi..alhamdulillah semua selamat..rumah kak sal ada juga binatang masuk, selalunya kucing suka la pindahkan anak dia kat lemari bilik belakang, kdg2 anak2 gosok baju bukak tingkap, kadang2 ada kucing lepas beranak takde tempat nak letak anak dia, dia tengok tingkap terbukak, dia masuk bawak anak dia dalam lemari baju ..bukak2 jer nampak anak kucing..terlompat la akak, hihihi sbb mmg penggeli dgn anak kucing..

    ReplyDelete
  12. beraninya yati... sempat ambik gambar lagi... akak ada gak experience berdepan ngan ular ni, tgh mandikan baby, tgk2 ada ular hitam dpn pintu bilik air.. terkejut, menjerit bagai nak rak.. ular tu pun terkejut jugak.. sepantas kilat grab baby lompat keluar bilik air pastu terus keluar umah, duduk dlm kete.. call husband balik umah, dia check2 tgk ular dah takde... haiiih,, ngeri betoll.. taknak lagi dah pengalaman camtu... huhu

    ReplyDelete
  13. visit tomoktommy.blogspot.com. ada cross stitch kit.

    ReplyDelete
  14. ..scary la k.yati..makhluk Allah ni pn pnh msk umah lama dlu..

    teringin sgt nk blaja knit..kait 2 jarum tu..mcm bes je..

    ReplyDelete
  15. Fara,
    itu la dia, nasib baik waktu husband ada di rumah.
    Hehe.. yati pun kadang separuh jalan juga. Tapi nak bagi habis satu projek, yati tak akan start projek lain selagi projek tengah usahakan belum siap. Oleh tu, macam ada motivation sikit, oh nak start projek baru, kena habiskan ni dulu. (memaksa diri). Hehee..

    Kak Suzie,
    Thank you, kak, bagitau. Yati sudah pun beli di kedai hardware dan tabur di laluan masuk rumah.

    Kaseh Wee,
    menakutkan, tengok kulit ular.
    Thank you. :)

    Zurainny a.k.a. Precious Crafts,
    hehehe... lawak pula baca. :D
    Yati pernah knit satu headband yang lebar macam Zurainny cakap tu. Jenis fair isle knitting, kalau nak tengok ada di sini
    http://www.yatiandstitch.com/?p=productsMore&iProduct=1000&sName=Knitted-headband
    Kalau nak knit corak lain pun boleh juga, email je la camana nak ya. :)

    Cho Zila,
    betul, betul, betul. Kalau kita sorang, alamat lari je la selamatkan diri dengan anak-anak. Mana sempat nak pikio halau menatang, kan cho..

    Uncle Lee,
    Hello uncle!
    Actually, my house is quite near to taman paya bakau, Lumut. There is this anak sungai nearby, so animals like biawak and beruk are easily found here.
    Yes, thank you, uncle. Wow, you're so far. Wish i can go there someday. :)
    Thank you Uncle Lee, for dropping by.

    Kak Mila,
    ular naik rumah? menakutkan.
    Tq, kak Mila. :)

    Aida,
    Itu la dia. Harap lepas ni takde lagi yang masuk.

    Vee,
    oh my... ngeri, beb!

    Kak Ina MP,
    besor tu, kak Ina. Ish, takutnya!

    Kak Salmi,
    betul tu kak. Thank you, share sini pesanan arwah wan kak sal.
    ooo baru tahu ni, geli dengan anak kucing ya. Hehe..

    Kak Nisa,
    binatang tu dah mati, beranilah kak. Kalau idup, yati pun lari.
    menakutkan pengalaman akak tu. Nasib baik akak dan baby tak apa-apa masa tu, yek.

    Cikgu Ziraziz,
    best, ralit juga knit tu. Tapi kalau salah knit, tension juga. Hehe..

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea