Monday, October 21, 2013

Crocheted baby basket lagi...

Hari ni tak tau camana nak cakap. Bulan depan Amirul dah Hafizan akan sunat. Hari ni baru tahu, husband pulak kena pi kursus 2 minggu di Johor. Dia takde nanti masa sunat budak-budak. Tak tau ooo.. saya pompuan, takde adik beradik lelaki. Mungkin akan ke KL kot, minta bantuan abang ipar teman anak masa sunat dan masa jaga dia orang pantang. Mmmm... alahai.... bertabahlah hati...

Yati ada kait lagi satu bakul baby, untuk customer yang sama. Yang ni saya menempuh bencana dulu baru dapat siapkan. Cuba tengok ni..


Nampak terletak je basket di atas kan? Oh.. indah khabar dari rupa.


Gambar di atas menunjukkan bila basket diangkat dan dipegang di 2 sisi panjang. Lembik! Langsung tak jadi basket. Tak boleh carry benda ni. Bencana seperti ni terjadi kadang-kadang. Bukak semula benang dan kait semula dari awal.

Terpaksa minta izin customer guna color lain yang lebih tebal, iaitu benang daiso yang medium thick. Gambar basket lembik tu, Yati guna benang minlon, 5 strands, memang tak boleh. Sangat meletihkan bila terjadi macam ni. Tapi kena teruskan juga. Encik pengkritik juga membantu dalam me-wind benang dan meleraikan kusut benang-benang yang dibuka semula.

Basket kali ni nak ukurannya kecil sikit berbanding basket sebelum ni. Kaitan (stitches) pun nak lebih kasar.


Ni masa progress sudah masuk handle. Kali ni, handle-nya berupa begini, sekadar ada ruang untuk menyelit tangan untuk angkat basket.

Saya kait sekali 7 strands benang. Dan ada ketika, 11 strands sekali. Jadi, agak mencabar nak kait tanpa benang tu jadi knot atau kusut.


Gambar di atas, cara saya kait. Saya letak setiap strand benang dalam bakul, periuk kecik, container dan juga mangkuk masing-masing, supaya tak serabut. Alhamdulillah, kali ni basket lebih kukuh dan tegap.


Siap juga akhirnya! Customer minta tambah ribbon 1 inci.


Ini pandangan dari sudut lain pulak. Ukuran basket 10 inci X 11 inci X 6 inci. Alhamdulillah, terima kasih pada Puan Yasmin, Shah Alam, kerana sudi tempah 2 basket baby dengan Yati.

Musim hujan pula sekarang ni. Cuaca sejuk. Dingin sejuk sampai ke tulang.
Ok lah. Next, projek apa pula ya? Yati tengah knit topi. Nanti dah siap Yati tunjuk ya.
Semoga kawan-kawan semua dirahmati Allah dan dipermudahkan urusan seharian. Amin...

4 comments:

  1. dah nak sunat dah anak2 bujang yati.. giliran saya lagi 2 tahun kot.. hihi.. macam belum bersedia je nak sunatkan budak2 tu.. hihihi..

    Yati,kagum la saya.. baru tau kena guna jenis benang yang betul baru dapat bentuk basket ek.. guna giant hook ek.. tapi puas hati tengok bila dah siap.. sangat cantik.. bestnya kalau dpt tgk gmbr baby dlm tu kan... :D kalau customer yati hantar gambar jgn lupa tayang kat blog ek.. :D

    ReplyDelete
  2. wah! sungguh cantik basket itu... sungguh kreatif :-D

    ReplyDelete
  3. Aduhaiiiii, kena sabar betul2 buat benda2 mcm ni..tapi bila dah siap, mmng cantik sangat...
    Anak kak ina yg bongsu pun sunat cuti sekolah ni...

    ReplyDelete
  4. Zila,
    itu la dia. Kejap je masa berlalu, anak dah besor.
    Ya, betul tu. Harap benang daiso juga nak bagi basket tu kuat. Kalau guna minlon semua, hampeh. Yati guna hook size 10 mm. Timasih, Zila. Hehhe... kalau customer share, yati akan tunjukkan. :)

    Aida,
    thank you, thank you, Aida. :)

    Kak Ina MP,
    ye kak, memang kena sabor kalau produk kita kait tak menjadi. Kalau projek sendiri, dah bungkus dah masuk almari. Nasib customer punya, kena kuatkan hati, start semula.
    oooo ye ke kak? Kakak ipor yati pun ada suruh sunat kat tumpat, leh kenduri sekali. Tapi malangnya husband kerja, kerja, kerja... huhuhu...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea