Friday, October 18, 2013

Bunga dan crocheted baby basket

Assalamualaikum..
bertemu kita lagi di hari Jumaat yang mulia..

Kat rumah ni tak banyak sangat pokok bunga. Plus, tuan rumah pun kadang ok, kadang malas menyiram. Hanya harap pada hujan yang turun. Tapi sesekali tengok bunga, tenteram rasanya. Jom kita tengok...


Pokok bunga kertas pelbagai spesies. Bapak Yati yang beli semua ni.


Bunga ros kampung. Lain kan, dari bunga ros biasa. Dan ia takde bau.


Bunga ros biasa. Yang ni ditanam atas tanah. Dia la yang paling rajin berbunga. Bila cium, bau sirap bandung. :-)

Hari ni Yati nak share hasil keras tangan yang ditempah dan sudah pun selamat berada di tangan tuannya. Alhamdulillah. Yati kait bakul baby. Mulanya, Yati tolak order ni. Sebab Yati takde warna benang seperti yang customer nak. Yati lagi banyak simpan benang local dan daiso (benang jepun). Tapi dah rezeki tu kan, selamat sudah. 

Yati cerita dari awal progress Yati jahit ya. 


Ni masa mula tapak. Ini pertama kali yati kait bakul sebesar ini. Base dia sebesor 25 inci X 13 inci. Untuk bagi basket tu kukuh, Yati kait sekali dengan tali nilon. Benang daiso tu pun main peranan juga, sebab dia medium thick yarn. Yati selang selikan dengan 3 strands benang local, ada brand nona, wina, ondori dan minlon.


Bila base dia dah cukup besor, masa untuk bahagian sedikit tricky. Kena pastikan tali nilon tu berada tegak dalam kaitan. Kait sangat slow di bahagian ini. Kita nak basket kita progress dia ke atas pula, bukan ke tepi. 2-3 kali juga Yati buka balik bahagian ni, sebab tak puas hati ler. 


Ha, tu dah naik sikit tingginya. Kena kait dengan penuh sabor. Nak abiskan satu round pun sakit pinggang, wei. Dan bunga (corak) dia terhasil begitu sebab Yati tak cantum stitch awal dan akhir, yati sambung je... 


Haaa, amik ko. Dah tinggi dah tu, tapi tak cukup tinggi lagi. Semput den nak abiskan satu round.


Ini dah masuk bahagian handle basket pulak. Pun 2-3 kali Yati buka juga. Mulanya, Yati kait handle kecik. Tapi tuan pengkritik cakap, handle kecik hold tengah je. Kang baby tu boleh berayun jap kiri, jap kanan. Ha ah betul jugak cakap pengkritik tersebut, lalu saya buka dan buat handle sedemikian rupa... kita ni kadang tak terpikir. Tahu nak rupa lawa je, tapi aspek keselamatan tidak diambil kira. Derhaka pada pattern sikit atas nasihat encik pengkritik.


Ini close-up kaitan. Ha.. ada ok, ada tak ok. Sebab nak hold sekali 3 strand tu, kadang ada yang tercicir, tak nak ikut sekali. Agak rapat la jugak stitchesnya, guna jarum 5 mm.


Tadaaa... sudah siap. Customer minta tambah bow di hujung. Pandangan dari depan.


Pandangan basket dari sudut lain. Alhamdulillah, customer suka. Hingga tempah lagi satu basket. Insya-Allah Yati cerita dalam next entri. 

Tau tak kerusi urut yang kita letak singgit tu, dia urut 5 minit? 5 minit ke 3  minit ya? Lupa plak. kat tesco ada kerusi urut tu. 4-5 kali juga urut dengan mesin tu, sebab sakit bahagian bahu dan pinggang nak siapkan basket ni. Takpe, takpe.. dah ok dah. Alhamdulillah, selamat semuanya.

Hari ni nak hujan la. 
Selamat hujung minggu, kawan-kawan. ^_^

12 comments:

  1. ..mak sy pn suka tnm pokok..tp dia lbh suka tnm pokok herba/ulam dr pokok bunga ..

    cantik basket tu..warnanya sedap mata mmndang..

    ReplyDelete
  2. Yati... kagummmmnya saya.... cantik sangat.. dan saiznya.. mak aii.. memang besar tu... tabikkk springgggg!!! :D :D :D

    minta tolong hero2 urut pasni ek.. hihihi... ;)

    ReplyDelete
  3. wow!! hebat lah yati... respek betul akak, cantik sangat basket tu... buat kraftangan ni mmg camtu, cepat sakit blkg, akak pun sama... hehe... bunga2 yang di taman tu pun cantik sangat... :)

    ReplyDelete
  4. Alahai yati...cutenya! Ni kerja hebat - saya ni jgnkan bakul, nak buat topi pun x mampu, balik2 jadi projek terbengkalai... :D

    ReplyDelete
  5. salaam yati, akak suka buka kertas juga sebab warna-warni banyak2 cantik..tapikan tak tau kenapa kalau akak tanam sure daun jer banyak..bunge ciput2 jer..hehehe..dah taruk baja pun liat betul nak berbunga..

    cantiknya bakul baby yatie, tabik spring toing toing toing..suka sgt..kaler dia pun cantik..

    ReplyDelete
  6. yati, terbaik, gabungan warna pun cantik

    ReplyDelete
  7. pertama kali saya tgk . tabik lah boleh wat sampai habis . Jenuh tu . bunga ros kampung merah tu saya ada tanam . setiap kali bunga , saya mesti snap .

    ReplyDelete
  8. kak yati, bak sikit bunga... waa...

    cantiknya bakul crochet tu!

    ReplyDelete
  9. Cikgu Zira,
    bestnya ada banyak ulam, tak yah beli kalau nak makan. :)
    Terima kasih, cikgu.

    Zila,
    ha ah, bajet baby dapat pakai sampai 3 bulan, Insya-Allah.
    Budak-budak picit tak best la Zila, tak rasa. Geli lagi ada. Hehe..

    Kak Nisa,
    terima kasih, kak.
    itu la dia. Tu pasal tak boleh ambil order banyak, kan kak. Nak abiskan order sikit pun dah sakit-sakit badan.

    Zurainny aka Precious Crafts,
    terima kasih. Hehe.. Zurainny pun bole buat juga. Kan boleh crochet juga. :)

    Kak Salmi,
    hehe.. yati pun tak pasti. Dah guna baja bunga tu ke? Sepatutnya keluar bunga. Tak pun, gembur tanah dengan tanah kompos.
    Terima kasih, kak.

    Kak Shima,
    terima kasih. Warna pilihan customer. :)

    Za,
    terima kasih.
    Itu la dia, cantik kan bunga ros kampung tu. Lagi pun dia jarang bunga, tak macam ros biasa.

    Ummi Hanie,
    hehe..
    terima kasih, Hanie.

    ReplyDelete
  10. OMG!!
    sgt cantik yati... tahniah...

    ReplyDelete
  11. kak..cantiknya...berapa RM? akak nak tanya selain bakul ape lagi yg best nak buat untuk newborn baby ni erk..especially baby boy..ingat nak buat jugak satu..nak mntak akk buatkan..boleh?

    ReplyDelete
  12. Aida,
    terima kasih, Aida. ^_^

    Mar a.k.a Ayong,
    terima kasih. Bakul tu harganya RM200 tak masuk pos.
    Untuk baby, boleh buat booties, topi, baju, bib, basket. Kalau nak order, boleh email yati_my@yahoo.com
    Atau pm di facebook, cari nama Puteri Nurhayati
    Atau boleh wechat atau whatsApp 012-5326471
    ^_^

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea