Thursday, October 17, 2013

Beg boya dan kolumpo

Entri last hari tu cerita tentang raya posa. Ni raya haji pun dah lepas. Peh... lama betul tak tulis sini. Respek betul dengan orang yang tak jemu update blog. Susah juga bila kita boleh share semuanya kat facebook. Blogspot ni pun dah tak pandang. Nanti tak lama lagi sms pun sama kot, sebab orang sekarang lagi suka whatsapp atau wechat. Sape setuju, angkat tangan! :-)

Saya ok je. Cuma kesihatan kurang sikit. Agak lama saya batuk. Mula tu sikit je jangkit dari budak. Lately makin teruk. Bila batuk, semput pun datang la. Buy 1 get 1 free. Hahaha... kawan-kawan sihat ke? Jagalah kesihatan baik-baik, kerana kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga kat kita. 

Beg boya ni saya dah share kat page di facebook. Tapi sini belum... meh tengok... almaklumlah.. hasil keras tangan tak banyak sangat. Terpaksa buat siaran ulangan.


Beg boya ni, ramai kawan-kawan kait dah buat. Pattern dia berupa sisik. Ada orang panggil sisik buaya ada juga panggil mermaid tears bag. Ni pertama kali saya cuba buat. Punyalah ambil masa lama nak tinggi. Dan sisiknya pun tak berapa cantik, bersegitiga je. Patutnya cantik bulat kat bawah sisik tu. Kena improve lagi ni.


Bahagian dalamnya ada lining kain cotton. Juga, magnetic button sebagai penutup. Poket simple pun ada. 


Dua color gitu. Atas benang local, bawah benang oversea. Saya dah pun masukkan dalam online store saya. Kalau free, jemput singgah kalau nak tahu harga dan ukuran bag ya.

Pada 4 haribulan lepas, saya sekeluarga pergi KL. Husband ada majlis anugerah sudah berkhidmat selamat 15 tahun. Nak tau tak dapat dok mana? Jeng, jeng jeng...


Cantiknya view dari tingkap bilik hotel Sunway pyramid Tower. Kami tolak ke KL lepas budak-budak habis sekolah hari Jumaat. Sampai kat KL, masuk NKVE, jammed giler jalan. Dah lupa kat kl tu jalannya jammed. Padahal kena check in hotel sebelum pukul 5 petang. Nasib ada flyover dari Subang ke Sunway tu, 3 minit dah sampai. Pastu pening cari parking pulak. Hahaha... 

Seronoknya! Alhamdulilllah.... kalau nak dok sendiri hotel ni, tak kot. Sebab rumah kakak ada kat Subang. Sebab majlis anugerah tu boleh bawak spouse je, anak-anak kena tinggal dengan kakak. Lepas majlis tu je, terus bawak anak-anak tidor hotel. Kita orang siap bawak toto lagi dari rumah. Hehe.. kalau mintak extra bed nanti kena caj lain pulak.

Giler kentang. Tau tak.. hotel ni bersambung dengan sunway piramid (shopping) tu? Sementara husband pergi briefing, Yati jalan pusing-pusing. Sampai lenguh kaki. Dan ada daiso di situ!!! Suka! Suka! 

Berikut gambor masa majlis anugerah tu berlangsung. Company husband ni buat majlis ni untuk anugerah kakitangan yang sudah berkhidmat selama 15, 20 dan 25 tahun. Lepas habis semua anugerah disampaikan, maka makan time...

Lepas tu mc pun bertukor..


Adibah Nor!!! Gambar semua dari camera tipon, ambil dari tempat duduk. 

Penyanyi yang buat persembahan..


Misha Omar!!!

Juga...


Jamal Abdillah!!!

Saya tak pernah tengok persembahan live macam ni. Suara dia orang memang hebat! Lagi-lagi masa Misha Omar nyanyi lagu Angin Syurga tu, lagu cerita Cinta Jannah. Sedapnya...

Last sekali gambor saya dan husband..


Alamak.. dua-dua gemuk macam bulan mengambang.

Eh.. saya tak share gambor bilik hotel lagi kan.. Cer tengok..


Cantik dan selesa. :-)

Itu aktiviti kami. Nak tau aktiviti anak-anak sepanjang duduk dengan aunty dia orang...


Selain main dengan kucing 2 ekor ni...


Sempat lagi dia orang pi tengok wayang. Citer kartun tu ler, apa lagi...

Lagi, sebelum kita orang tolak balik Perak, makan ramai-ramai. Kakak belanja makan kat Chillies..


ooo my... apa ke benda tu... macam volcano kan.. Tu cake atas ice-cream dan chocolate. Kena share ramai-ramai. Makan sorang mesti tak habis. Ntah apa nama dia dalam menu tak ingat.


Saya pun lupa apa nama hidangan kat atas. Taco ke.. quesadillas ke.. macam tu ler lebih kurang, mexican punya makanan.

Nampak macam simple je. Tapi kenyang betul, macam makan nasi. Alhamdulillah.


Gambar atas ni cheese pizza pulak. Habis anak-anak makan.


Selain fish and chips..

Saya kan, bila baca kat blog orang tentang pergi holiday mana-mana, saya ada rasa sedikit jeles dan ada rasa mungkin penulis blog tu nak show-off ler tu. Tapi kali ni, saya pulak yang tulis... maapkan saya ye, saya bukan nak menunjuk-nunjuk. Lagi satu, saya sepatutnya berfikiran positif. Penulis blog tu sekadar cerita pengalaman atau catatan hariannya sebagai perkongsian. Sepatutnya, kita ambil sebagai perangsang, satu hari nanti, kita pun boleh pergi holiday juga.

Saya 10 tahun sekali baru pergi holiday. Ini pun company husband yang sponsor semua. Kalau nak ikut kemampuan sendiri, tak mampu rasanya. Tapi camana pun, rasa syukur. Sebab husband berkhidmat dengan company yang bagus. Dulu masa kami baru kawin dan amirul umur 1 tahun, pernah suami saya dapat gaji basic je, takde elaun mahupun overtime. Masa tu kami masih dok KL, kat setapak. Saya kena bangun awal pagi, buat sandwich dan kueh. Pagi husband hantar sandwich kat warung. Tengahari saya amik basket sandwich dan duit hasil jualan dari tokei warung roti canai. Sebelah tangan dukung Amirul, sebelah tangan lagi bawak plastik berisi bakul. Masa tu, takde sape pun yang tolong. Tu pasal skrang kalau orang email saya, tanya soalan kurang sesuai macam "Saya suka cross stitch. Saya nak niaga cross stitch. Rasanya, boleh jual ke?" Ha? Macam tak bole buat research sendiri, usaha la sendiri, otak ada, guna la. Saya dah tak jawap dah email-email macam ni. Saya nak bangsa saya usaha sendiri, jangan nak senang je, bersuap je. Haa.. kan dah melalut-lalut dah ni tulis kat sini. Maafkan saya ya. 

Lagi sebulan lagi anak-anak nak sekolah, lepas tu cuti. Yeh! Hari tu dah daftar anak khatan, 2 orang sekali Amirul dan Hafizan. Tapi blum get back to klinik, nak kaedah clamp atau biasa. Sini takde laser. Mana satu ya, bagus? 

Take care kawan-kawan. ^_^

6 comments:

  1. yati.. pekabo.. lama btol tak bersiaran.. saya kalao org cuti lama blog ni saya saspek nak dapat baby baru je.. muahaha... ;) ;P
    jgn la stop blogging.. saya fb ni rajin tgk je..tapi nak bercerita best kat blog lg.. :D

    bestnya.. saya x pernah mkn kt chillies tu.. nmpk sedap semuanya... :D

    beg boya pun cantik.. yati punya tajam2 ek.. cantik juga mcm tu.. :D

    ReplyDelete
  2. memang lama betol akk x update blog..huhu dah dekat ngn umah saya tu..kalo tidak boleh hello2..

    ReplyDelete
  3. Comeinya kucng dan rumah kucing tu... :)

    Sedih nanie baca part yati kena bangun awal pagi buat kuih tu.. teringat kat mak nanie masa kitorang kecik2 dulu pun, mak meniaga kuih jugak untuk tampung perbelanjaan kitorang semua sebab arwah abah kerje kilang je..
    Yati seorang yang kuat...semoga anak2 yati membesar menjadi seorang yang tak lupakan jasa ibubapa diorang :)

    ReplyDelete
  4. Lama betul nak muncul semula. Hihihi
    P jalan jalan masuk blog nanti blh jd reference untuk orang lain. Kak z suka baca blog jalan2 sebab banyka tips dan banyak info.
    Yati kait tu jd juga sisik kalau akak tak tahu jd apa. Sisik dragon kot. Hahahah

    ReplyDelete
  5. Lamanya menyepi dik...semoga cepat sembuh ya...
    Seronoknya dapat berholiday...kak ina pun cuma ada Fb dan blog jer..whatsap dan wechat tu mmng tak de pun...
    Setiap orng punya pnglman hidup yg berbeza..semua tu mematangkan kita dlm menjalani kehidupan seharian..
    Kak ina pun sama, pernah jugak menjual kuih masa dulu2...bukan senang nak senangkan..yg penting kita berusaha utk mengubah kehidupan kita..

    ReplyDelete
  6. Zila,
    Alhamdulillah, beransur ok dari batuk dan semput ni. Hehhe... takde baby ler.
    Betul cakap Zila tu, kat blog kita bole menceceh banyak-banyak, kat fb tak leh. Hehehhe....
    Cer try pi Chilies. Tapi harganya pun boleh tahan Zila. Setahun sekali bole kot makan.
    Itu la dia. Geram tengok beg boya orang cantik bulat je sisiknya. Sebab pattern yati ikut ni, dia ada chain kat tengah-tengah antara 2 sisi sisik tu. Mungkin ada pattern yang takde chain kot in between. Memang kena try lagi la croc stitch ni.

    Mar aka Ayong,
    haa.. kat Shah Alam kan? Hehe.. lain kali boleh jalan sana pula.

    Nanie Khairani,
    Kucing kakak yati tu. Tak tau nak beza mana satu jantan, mana satu betina, sama je rupanya. Dia sorang je kenal.
    Ooo.. tu kena jaga orang tua kita baik-baik Nanie, hargai pengorbanan mereka untuk jaga kita masa kita kecik. :)
    Amin, amin... :)

    Kak Suzie,
    hehhe... takde la kak. Tak puas hati la, sebab sisik dia tak jadi bulat cantik. Lain kali nak cuba lagi.

    Kak Ina MP,
    terima kasih, kak.
    betul cakap kak Ina tu. Usaha yang paling penting. Chaiyok! :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea