Wednesday, August 07, 2013

Selamat hari raya! ^_^

29 Ramadhan.

Saya sempat juga buat kueh semprit. Cuma yang lainnya, saya gantikan cherry atas semprit tu dengan hiasan biskut, sebab bila saya sapu rumah tahun lepas, saya jumpa cherry bawah kerusi. Ada budak tak makan cherry rumah ni. :)


Dapat 2 balang. Tapi hari ni, dah tinggal 1 balang. 

Selain semprit, saya ada buat juga biskut chocolate rice. Tapi, hodoh sangat rupa dia.


Rasa dia ok ler, rasa kueh raya. Hehe.. kueh ni pertama kali saya buat. Saya tak pernah buat biskut chocolate ni. Sebab ada pengalaman pahit dulu, bakor kek chocolate. Ni pun mula, tak reti camana nak tengok bila dia dah masak. Cuma bila dia bau je, saya main agak-agak keluorkan dari oven. 

Pagi tadi, kakak-kakak saya dari KL dah sampai. Dia orang paksa saya buat ni.


Apa tu? Kueh siput dalam kuali. Haha, ingat tak nak buat tahun ni, tapi kena buat jugak. Pastu lupa letak garam, kurang rasa. Huhu..

Itu je la cerita menjelang syawal. 

Di kesempatan ini, Yati nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kat semua kawan-kawan. ^_^

Saya beraya di Lumut. Mai la rumah. Yati sekeluarga balik kampung suami di Tumpat pada hujung cuti sekolah, yakni, raya ke-9, Insya-Allah. 

Semoga bergembira di hari raya! 

11 comments:

  1. Selamat hari raya yati dan keluarga.. sedapnya kuih raya yati... esp kuih siput tu... feveret sepanjang zaman... hehe..

    ReplyDelete
  2. Ada kuih siput..sedapnya..
    selamat hari raya juga utk Yati dan fmly. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Yati...Saya buat kuih tunjuk je...Rajin sungguh Yati...multi talented... :)

    Boleh pos kuih siput tak kat sini? Hehehe...

    ReplyDelete
  4. Saya pn bt semperit thn ni..tp kuih siput tu xsmpat nk buat (malas sbnrnye hehe)

    Salam Aidilfitri k.yati..maap zahir batin ye..

    ReplyDelete
  5. Salam Aidilfitri utk Yati sekeluarga.

    uuu...sedapnye kuih siput.

    ReplyDelete
  6. walaupun ma xde tapi sekurg2nya adik bradik yati masih brkumpul ramai2..
    Slamat blk kg kt tumpat...

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya Yati..
    lamanya x jumpa kuih siput, tahun ni tak de sesapa yg buat huhuhu

    ReplyDelete
  8. Congrats Yati, dpt jg buat kuih. Saya x buat 1 pun - x sanggup tengok kids meminta2 dan saya sendiri pun akan mkn jg! Kuih homemade, walaupun hangus, tetap lebih menyelerakan sbb fresh! Kan, kan, kan...? :D

    ReplyDelete
  9. tengok pun nampak sedap.. esp kuih semprit tu... akak tak buat kuih tahun ni... lepas raya baru teringin nak buat.. hehe :)

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya yati, maaf zahir batin. rajin yati buat kuih. ayu buat kuih tunjuk je..hehe. tp skrg ni org jarang mkn kuih raya, thn dpn igt nak tukar, dari hidang kuih raya hidang kerepek pulak. tp takut tak sempat raya sebab ayu dan ank2 pun suka kerepek. :P

    ReplyDelete
  11. Zila,
    selamat hari raya, Zila. Betul-betul, kueh siput memang ramai orang suka. Cuma leceh nak buat.

    Kak Ina MP,
    Maap zahir batin, kak.

    Ina,
    takde la Ina. Biasa-biasa je, ikut resepi. Hehe.. kueh siput tu raya pertama dah abis, Ina. :)

    Cikgu Zira,
    wah.. semprit Zira mesti sedap. Selamat hari raya Zira, maap zahir batin.

    Fara Azmi,
    salam aldilfitri, Fara. :)

    Kak Nza,
    ye, kak. Dia orang balik juga rumah, walaupun ma dah takde. Papa ada lagi. :)

    Kak Mila,
    selamat hari raya, kak. Tak silap, sesetengah kedai mesra petronas ada jual kueh siput dalam paket, kak. Tapi tak sama la macam kita buat sendiri kat rumah.

    Precious Crafts a.k.a. Zurainny,
    hehe.. betul, betul. Sebab bahan-bahannya kita tau kualiti baik punya. Tahun depan buat kueh, tau. :)

    Kak Nisa,
    hehe.. buat le kak, boleh buat minum tea-time. Kak Nisa pandai buat kek. :)

    Ayu,
    selamat hari raya, Ayu. Maaf zahir batin. Hehe.. kena beli banyak kerepek la camtu. Yati suka juga biskut, tu yang buat juga, walau pun sikit. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea