Friday, July 12, 2013

cerita minggu sebelum posa

Hello... assalamualaikum...

Lama tak update, kan. 
Agak sibuk juga, komitmen keluarga, dan ada order dari customer juga.

Seperti biasa, kita share hasil keras tangan dulu.

Headband ni masuk dalam ready stock. RM10 sahaja, tak masuk pos. Kepala perempuan dewasa. Jemput ke kedai, untuk tengok ukuran berapa.

Ok. Nak tau tak, lepas jerebu tu dah ok sini, (belum start posa lagi) kami satu family ada pergi tengok wayang. Cerita Man of Steel. Tengok kat MBO Sitiawan. Ok la, tak yah pi Ipoh. Nampak kecik je dari luor, tapi ada 4 skrin juga kat situ.

Orait la cerita dia, sebab superman kan, budak-budak suka. Yati rasa, banyak-banyak superman, yang ini la yang paling handsome. Auw!

Ok, lagi.. pergi mana lagi yek.. ha, ada jumpa kawan group kait kat FB. Sebenornya, ada lagi yang dok area Manjung/Lumut ni. Tapi ni baru la berkesempatan bersua muka salah sorang.

Gambar, Yati kiri manakala kawan kait, Azira, kanan. Orang Johor ni, dok dalam navy tu. Cantik tempat playground kat dalam tu. Banyak pokok besor, redup je. Yati pun dah bertahun-tahun tak masuk dalam situ. Harap dapat jumpa kawan-kawan kait lagi lepas ni, kalau berkesempatan lagi. Kena set time betul-betul, sebab husband kerja shif sekarang. 

Dulu masa dok Seri Iskandar, mana-mana pi, jalan kaki je. Sekarang Alhamdulillah, bole la nak amik/hantar anak, dan nak jalan-jalan jumpa kawan. 

Selain tu, kawan-kawan masjid arwah mak Yati ada buat tahlil dan baca yassin di masjid. Tu pun Yati pergi juga, sebelum posa start hari tu. Terharu bila kawan-kawan arwah mak masih ingat dan susah payah buat majlis tahlil.

Banyaknya cerita dalam satu entri. Harap kawan-kawan yang membaca tak boring. Selain tu juga,  minggu sebelum start posa tu, ada family day office husband. 

Dia start dari office, melawat ke tempat gas di Sitiawan, sampai ke Marina Cove Resort, dekat Teluk Batik tu. Acara melibatkan semua, dari anak-anak sampai orang tua.

Antaranya, telematch, yang susun batu bata tu, gelecek bola dalam guni la, lompat kijang la. Hehe..

Buat seketika, rasa hilang segala masalah. Rasa macam jadi budak balik pun ada. Husband Yati kedua dari depan dalam gambar kat atas. Acara group mana lompat paling jauh. Malam tu dah lenguh-lenguh dah, kena picit kaki, lompat kijang sangat. :D

Gambar di atas, Sulaiman, tiup tepung, cari gula-gula.

Banyak lagi gambar, tak dapat semua.

Gambar atas, Hafizan, masuk pertandingan mewarna.

Lepas penat telematch tu, berendam kat sebelah pula, ada kolam air masin, yang pool biasa pun ada.

Malam, ada dinner, teka kita jumpa sape.....

Hafiz, kumpulan Gamat, dalam Raja Lawak 7 tu. Bapaknya bos husband yati.

Keesokan harinya, patut boleh berendam lagi, tapi terpaksa check-out awal, sebab sekolah Hafizan dan Amirul ada hari sukan. Ha, penuh la minggu sebelum posa tu.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-3 posa. Selamat berposa pada semua kawan-kawan. Bila husband ada rumah, peluang harus lah dirembat untuk ke pasar ramadhan. Sebab kalau husband takde, tak berani la bawak kete sesak-sesak tu. Cari kueh/lauk yang kita tak reti masak. Hehe..

Selamat ya...

10 comments:

  1. Selamat berpusa juga. Akak semua masak sendiri. Husband lambat lagi balik huhuhu

    ReplyDelete
  2. 1001 cerita ye k.yati hehe..stkt ni xpnh lg jejak kaki kt pasar ramadhan..mls nk bersesak.. :P

    ReplyDelete
  3. wah, byk cerita menarik yg tlh berlalu.....

    ReplyDelete
  4. selamat menjalani ibadah puasa utk Yati dan fmly...

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa yati.. byk btol aktvt sblm puasa.. =)

    ReplyDelete
  6. best baca.. mcm2 aktiviti... akak pun tak pergi pasar ramadhan kalau husband takde.. baru pergi sekali je, tu pun tak tau nak beli apa... ;)

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan, Yati. Wah, byk jln2 bln lps ye... :D Bestnya dpt jumpa kawan kait.

    ReplyDelete
  8. Kak Suzie,
    ala, ciannya. Nanti raya cik abe akak balik, kan? :)

    Cikgu Zira,
    bagusnya cikgu. Kak Yati malas bersesak, jadi pergi awal, pukul 5. Pukul 6 petang, orang dah ramai.

    Kak Nza,
    itu la dia, macam-macam benda la jugak. :)

    Kak Shima,
    selamat berposa kat akak juga.

    Kak Ina MP,
    selamat berpuasa juga untuk kak Ina sekeluarga. :)

    Zila,
    Selamat berpuasa, Zila. :)

    Kak Nisa,
    hehe.. kadang lauknya lebih kurang je ye kak. Tu baik masak sendiri, sebab mahal gak.

    Precious Crafts,
    selamat berposa untuk Zurainny. Bila nak pi Penang ni, jumpa Zurainny pulak. :)

    ReplyDelete
  9. Kak Shima,
    kalau kak Shima baca ni, nak bagitau, blog Kaseh Qreation tu ada malware. Tak boleh buka. Harap maklum. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea