Wednesday, July 31, 2013

cerita bulan posa pulak

22 Ramadhan. Baru nak tulis sini. Makin liat rasanya nak update blog. Seliat untuk buat kueh raya. Apasal la malas bebenor semenjak dua menjak ni. 

Raya pertama tanpa ma. :(

Kueh raya

Tapi buat juga kueh raya, atas permintaan anak. Nak motivasi diri tu, Yati beli barang-barang buat kueh. Buka balik buku resepi yang dibuka setahun sekali, catit barang-barang perlu untuk buat kueh, dan pergi kedai barang cake. Bila dah ada barang, rasa nak buat kueh tu akan lebih sikit, sebab kalau tak guna barang yang dah dibeli, kan membazir, kan. 

Kueh pertama buat, biskut bundar. Biskut peberet anak-anak. Dalam gambor, nampak agak gelap kueh. Memang, tak pandai lagi bakor guna oven microwave ni. Oven rumah lama, dah sedekah kat orang masa pindah dulu.


Dapat 3 balang. Masa entri ni ditulis, tinggal 2 balang. Harap dapat bertahan sampai raya. Yati pernah share resepi biskut bundar ni satu masa dulu kat sini. Entrinya ada di sini.

Nasib suami ada, tolong buat kueh.

Di hari lain pula, buat kueh makmur arab. 



Arwah ma punya peberet. Time raya, ma selalu suruh yati buat kueh makmur, selain dari kueh siput. Bila Yati bawak balik rumah kueh makmur, arwah simpan satu balang dalam bilik, sembunyi. Tapi masa raya, ma kuorkan juga, bagi orang rasa seketul-dua. Hehe..


Resepi ni juga Yati pernah share dulu. Boleh klik sini untuk entrinya.

Setakat ni, Yati baru buat 2 jenis. Tengok la kalau rajin, ingat nak buat semperit pulak.

Terrorist berbulu

Ada satu hari tu, ada bunyi kuat. Sini memang selalu bunyi kuat, sebab kucing suka lari atas bumbung rumah. Rupa-rupanya, sekor sudah masuk through ceiling, dan terperangkap dalam bilik air.


Tu dia, dia duduk. Tau pulak takut, dah masuk rumah orang. Dipercayai kucing milik jiran belakang rumah.
Dan tengok la apa kucing ni dah buat...


Ye, pecah ceiling. Sampai nampak atap rumah. 


Hingga mengotorkan lantai bilik ayor. Dah berlubang ceiling. Kita dulu pun ada bela kucing, tapi kucing kita takde masuk rumah jiran tetangga, pecahkan ceiling. Patut la arwah ma dulu marah benor dengan kucing jiran belakang ni. Dulu pernah terjadi juga, ini bukan yang pertama. Grrrrrr... sabor, bulan posa. 

Aktiviti sampingan

Selain rutin biasa, amik anak sekolah bila suami korje,


bulan posa tidak la saya larat berdua-tiga trip. Sementara tunggu abang keluor, Hafizan baca la dulu ya, mama park bawah pokok.

Selain itu, buka posa kat luor bila malas memasak.


Apa lagi, menu yati suka, nasi beriani dengan daging masak kenduri. :)

Selain itu juga, buat bekalan balik kampung dalam perjalanan nanti..


Download lagu raya dan burn dalam CD, boleh dengor dalam kete. Hujung-hujung raya baru balik Tumpat, Insya-Allah. Hari Raya, suami Yati kerja. Cian dia... 

Aktiviti mengait

Pouch ni Yati dah share di page FB, sekarang nak share kat sini pulak.


Tempahan customer. Keychain owl tu dalam percubaan dulu. Sebab lekat mata kat hasil kait, risau jugak kot tertanggal. Atas kain felt, boleh guna benang UHU je. Bila atas barang kait ni, Yati try guna gam UHU, cabut pulak masa nak pack. At least, masa masih ada pada Yati. Kalau sudah ada kat customer, cian pulak burung hantu tak bermata. Guna hotglue, boleh la. Tapi still tak berani, tengok dulu camana. Jadi, Yati gantikan dengan keychain lain dulu.

Yati tengah kait satu projek ni. Lama sangat, tak siap-siap. 


Bag, crocodile stitch. Baru belajor, crochet jahitan sisik buaya ni. Mana nak siap, kan. Kalau sambil kait, tengok movie.

Tak tau la sama ada ada entri baru tak sebelum raya ni. Kalau takde, Yati nak minta maaf kat kengkawan semua. Selamat hari raya, maap zahir batin. 
Bila mama dah takde ni, rasa macam ada satu lubang kat dalam ni. Memang kita happy, kita senyum, tapi dalam tu rasa blank, sedih, Tuhan je yang tahu, huk, huk. 

Berhati-hati balik kampung ya. Bye!

6 comments:

  1. Salam...

    Gigihnya Yati mengait, rajin.

    ReplyDelete
  2. Salam Yati....

    Slmt bpuasa...

    Alahai terliur la plk tgk makmor tu, peberet tuh...hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Yati..
    Selamat berpuasa & selamat hari raya.

    Suka baca entri Yati, sbb Yati serba boleh!! hihi..

    ReplyDelete
  4. Akak blm lagi buat biskut raya. Minggu depan kot baru nak start. Akak dah 6 tahun beraya tanpa mak. Mujur ada mentua hilang la sunyi

    ReplyDelete
  5. gigihnya yati buat biskut raya..mmg puas hati kalau buat sndiri..akak ni dh lama xbuat sndiri...xde mood manjang.....

    ReplyDelete
  6. JunAina,
    takde la rajin, time malas, takde hasil juga, hehe..

    Hajar,
    selamat berposa untuk hari ini, dan selamat hari raya untuk esok! :)
    yati pun suka gak makmur.

    Fara Azmi,
    selamat hari raya juga untuk Fara.
    takde la, biasa-biasa je.

    Kak Suzie,
    kak suzie lagi la dah 6 tahun ye. Camana tu yek? Huhu.. mentua yati jauh, dah la tu, setahun sekali je balik sana.

    Kak Nza,
    kak Nza pi shopping jalan TAR, sana syurga kueh, tak buat pun takpe. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea