Saturday, June 22, 2013

Kita bakor je..

Hai...
kat tempat kome jerebu ke? Kat Lumut ni, takde la jerebu sangat. Tapi memang panas dan kering la. Pokok semua dah kuyu. Tuan pokok pun malas siram. Hari ni baru siram, kesian tengok dah layu.

Hari tu masa jerebu belum start, ada buat bakor-bakor. Bukan pembakaran sampah terbuka. Bakor sosej dan ikan. Tak tau nak masak apa dah. Kita bakor je la.



Budak-budak memang hantu sosej. Takde tempat barbeque. Guna dapor arang yang guna setahun sekali untuk masak rendang waktu raya.


Amik ko... hitam! Buat ayor asam, sedap juga makan dengan nasi panas. Sempoi....

Minggu lepas ada aktiviti menjahit sikit. Jahit baju-baju yang koyak dan ada buat seluar pendek pakai tidor.
Masa jahit tu, ada guna gear reverse. Patah jarum. Maklumlah, tak pernah guna. Bila dah tahu semua function kat mesin jahit tu, seronok ler men-try semua.


Amik! Bukan sekali, dua kali patah, tukor jarum. Nasib dah tahu juga camana nak tukor jarum baru. Last-last takde main reverse lagi, jahit ke depan je la. Siap juga shorts. Tak nak la tunjuk gambor, malu. Seksi maaa... pakai tidor. Tak leh tunjuk. Untuk tontonan suami isteri sahaja. Hehe...

Oooo.. selain tu, ada juga crochet headband. 

Tukor buat riben pulak. Sebelum ni, ada letak bunga. Rasa macam nak buat lagi headband. Buat banyak-banyak, boleh jual. Tapi kat Lumut ni, tak jumpa lagi tempat nak menjual. Kat Seri Iskandar dulu, dekat juga dengan Ipoh, join bazaar. Sekarang teringin pula, tapi takde tempat. 

Takpe la, kita kumpul ready stock banyak-banyak dulu. 

Take care pada kawan-kawan yang alami jerebu teruk tu. Dok la dalam rumah dan minum ayor putih banyak. Jumpa lagi.. ^_^


11 comments:

  1. Yati kat tempat acik hari ni tebal jerebunya.dok luar rumah rasa susah nak bernafas

    ReplyDelete
  2. Rajin nya membakar sosej. Hihi.. budak2 mmg suka sosej ni.lg la yg ada cheese tu.. hihi..
    Kat johor ni mmg teruk jerebu.. mmg takut nk keluar umah.. semoga hujan cepat turun.. amin...

    ReplyDelete
  3. Erm... sedapnyer...
    Nk bakar sosej gak la esok...
    Less is more.. ;)

    ReplyDelete
  4. salam... jerebu emang teruk la skrg, nak keluar gi beli brg td pun semua kena pakai mask... masak sayur asam dan mkn dgn ikan bakar mmg best lah...

    ReplyDelete
  5. tgk ikan bako yati tu tiba2 tringin nk makan...esok kena bako ikan jugaklh.....

    ReplyDelete
  6. besnye bako ikan guna dapo arang..slalu letak ays dapo gas je hahaha..

    hari ni sek sy cuti, sbb jerebu dh sampai cni..

    ReplyDelete
  7. alahai bestnyer ada dapur arang ni yati.. time kat kampaung masa muda beli dulu (chewaahh) selalu bakar ikan guna dapur arang camni, patu siram skit2 ngan pati santan guna serai yang du tumbuk hujungnya.. sedapnyerrrr

    ReplyDelete
  8. Sosej bakar... Sedapnya..
    Kat tempat akak pun jerebu dah datang...

    ReplyDelete
  9. Akak pun pakai dapur ni gak. Kdg2 bakar bingka

    ReplyDelete
  10. mesin jahit baru ye yati? bestkan bila dah tau function sume tu.. lagi best bila dah try tapak2 mesin.. lepas ni byk projek menjahitlah pulak kan... ;)

    ReplyDelete
  11. Acik Erna,
    syukur lah, jerebu dah takde kan skrang. :)

    Zila,
    mula-mula blur juga, zila sebut johor. La.. betul, betul, kan zila pantang kat kampung ya. Ha ah, teruk Johor jerebu. Lega bila semua dah ok skrang.

    Asma Langit,
    sedap, kan. :)

    Jendela Hati aka Puan Zai,
    sayur asam? Lama tak masak. :)

    Kak Nza,
    bakor kak, jangan tak bakor. :)

    Cikgu Zira,
    atas dapur gas kurang kick, cikgu. :)

    Kak Mila,
    sedap tu kak. Arwah mama Yati bila bakor ikan, selalu buat serai camtu. :)

    Kak Ina MP,
    sedap, kak. Sat je dah licin. :)

    Kak Suzie,
    wah.. bestnya bakor bingka sendiri. Boleh buat bulan posa.

    Kak Nisa,
    mesin lama, kak. Lama peram. Hehe.. tak juga, sebab portable, nak kena angkut atas meja, set-up lagi. Takde tempat khas untuk jahit lagi. Hmmm... bila la nak buat bilik jahit/kraf ni. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea