Friday, June 28, 2013

kait, jerebu, shopping

Hari ni hari sign report card kat sekolah. Hafizan ok. Dia dapat semua A untuk semua subjek. Tapi kedudukan dalam kelas, 20/35. Hehe.. dok kelas pertama, kan, ramai sangat budak pandai.
Amirul pulak macam merosot sikit. Dia punya Bahasa Melayu Pemahaman C. Erk... teruk, kan. Malas baca buku melayu Amirul ni. Padahal kat rumah belambak-lambak buku cerita Melayu. Harap akan improve periksa akan datang.

Cerita hasil keras tangan pulak. Yati ada crochet doily. Guna benang halus, Minlon poly. Color light pink. Takde benang halus putih. Jarum guna 1 mm. Jarum paling halus yati pernah guna. Huhu...


First time buat. Lain kali, boleh cuba buat saiz lagi besor, macam alas meja, ke.. chewah... berangan lebih. Tengok-tengok jadi unfinish project je. Tapi best yek, kalau dapat kait alas meja sendiri. :)

Lagi satu, ada crochet purse gemuk. Kalau sape yang follow page yati kat fb, mesti rasa macam tengok siaran ulangan, ye tak. Maap ya.

Ini la dia, Sulaiman tunjuk. Nama dia fat bottom bag. Sebab beg ni bulat.

Tu atas, bahagian dalam bag. Dua-dua dah masuk kedai. Jemput jenguk ya, kalau free.

Last entri yati ada cakap, kat Lumut tak berapa jerebu, kan. Tengok-tengok IPU sampai 331 paling tinggi. Sekolah pun tutup. Yati ada amik gambor masa jerebu haritu. Kebetulan, ada urusan di Seri Iskandar. 

Kalau kita dalam kereta, kita boleh nampak perbezaan suasana tu. Masuk Ayer Tawar, macam makin teruk jerebunya. Masuk Seri Iskandar, rasa lagi teruk.


 Yang kecik bulat dalam gambar kat atas tu, matahari. Nampak sakit matahari kan, merah je. 

Selesai urusan Seri Iskandar, sesampai saja di rumah Lumut, terus terima telepon dari sekolah, suruh amik anak, sebab keadaan teruk sangat. Sekolah kena tutup. Kita orang satu family dah kurang sihat dah, sejak hari pertama jerebu tu. Selsema dan batuk. Kecuali suami je sihat. Semput jangan cakap la, sampai kena beli inhaler baru.

Syukur la sekarang dah berakhir, kan. Tapi batuk tak baik lagi. Hui... lama bebenor nak baik.

Sembang punya sembang dengan kawan kait kat fb, cakap ada kedai jual benang murah. Waiya... tak leh jadi ni. Pi la pusing Seri Manjung, cari kedai. Jumpa la, tapi tak banyak pilihan dah warna yang saya suka. Sambor sikit je la.

Benang nona ni, kalau kat Batu Gajah, RM8.50 sepaket. (ada 5 roll dalam 1 paket). Tapi kat kedai murah tu, harganya RM6.50 sahaja. Orait la, kan. Macam stock lama je, tengok la label dia tu.

Ha, lagi.. beli barang sikit. Pantang la ada rezeki lebih, ada je barang kait yang nak dibeli yek.


Cari magnetic button. Kan Yati ada kait bag, kan. Cari kat kedai sini, semua takde jual. Last-last beli online je. Beli 2 paket magnetic button, buckle dan ring untuk bag, set crochet hook, dan dapat percuma hook casing dan button.

Nak test-test dulu, buckle dan ring tu. Nanti belajor la camana. Boleh adjust tali, kan, kalau talinya panjang untuk tempahan bag. Hehe.. suka, suka. 

Lagi.. takde apa dah. Tu je cerita minggu ni. Kita jumpa lagi. Selamat yek.. kengkawan..^_^

14 comments:

  1. salam, rajin kak yati mengait... cantik...

    prestasi anak2 ok le tu... owh knapa anak2 hanie takde panggil utk laporan kad yer. maybe lepas2 sukan ni kot

    ReplyDelete
  2. salam, rajin kak yati mengait... cantik...

    prestasi anak2 ok le tu... owh knapa anak2 hanie takde panggil utk laporan kad yer. maybe lepas2 sukan ni kot

    ReplyDelete
  3. Comel sungguh model bag tu hihi

    ReplyDelete
  4. bila akak tengok barang2 kait yati tu..macam tikus tengok besi...hihi..macam2 ada..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. fuyooohhhhhhh

    cantik beg kat tangan sulaiman tu

    hasil tangan akak memang terbaik r....

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH utk hafizan..no xpenting yati..yg pnting A tu....utk amirul cuba lagi..biasalah kalau dh naik thp 2...belajar makin susah...InsyaAllah, ank2 lelaki ni lmbt sikit nk pickup....

    ReplyDelete
  8. apa nama kedai kat Seri Manjung tu... nak pi terjah jugak neh

    ReplyDelete
  9. Yati..kalo kait sekarang, sempat kot nak guna utk alas meja raya nnt.. hehe

    ReplyDelete
  10. Ummi Hanie,
    terima kasih, Hanie.
    Ha ah, anak-anak akak pun baru je lepas sukan. Mesti dah dipanggil kot untuk report card. :)

    Kak Suzie,
    hehe.. Sulaiman budak masam-masam. ^_^

    Kak Ina MP,
    hehe.. barang mentah kak, kat handbag biasa pun ada. Barang-barang tu la yati guna kalau nak kait bag, kak. :)

    me.ronazil.ab,
    terima kasih. :)

    Kak Nza,
    ooo ye ke.. kesian juga tengok Amirul tu, homework banyak sangat dah masuk tahap 2 ni.

    yang baik Ishak,
    kedai tu takde nama. Tapi, dia kedai jahit. Terletak dekat sekolah agama, Fasa 1E, Manjung. :)

    Zila,
    hehe.. yati cepat boring la Zila. Baru buat kecik tu, dah tak sabor nak siap. Camana nak buat projek lagi besor. :)

    ReplyDelete
  11. cantiknya beg kaitan yati tu..sukanyaaa color biru tuu :D i likeee! selamat berpuasa yati..

    ReplyDelete
  12. Marie,
    thank you. Selamat berpuasa untuk Marie juga! :)

    ReplyDelete
  13. salamualaikum cik yati mane nak dapat set jarum kait macam cik yati poskan di blog cik yati dn berape harga boleh sms saya 0197492149

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Fitri Qalesya,
      waalaikumsalam warahmatullah.
      Sila add nama Wong Sunny di facebook. Saya beli online dari dia. Dia tokey benang dan banyak aksesori kait. Boleh la browse album dia dan tanya dia terus sama ada masih ada stok.:)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea