Friday, June 07, 2013

aktiviti budak vs makbapak

Hiiiiiii....

bila cuti sekolah, rasa masa tu berlalu dengan sangat cepat, kan. Bila cuti sekolah juga, lost track hari ni hari apa. Dah pun hari Jumaat. 

Masa first week cuti, budak-budak dok KL, rumah aunty dia orang. 

Sebelum cerita, share hasil keras tangan dulu.


Boleh muat macam-macam. Dalam Yati jahit lining kain cotton. Dah masuk kedai, boleh jenguk sana kalau nak tengok.

Lagi satu, ada buat keychain juga.



Orait, cerita aktiviti kita orang. Kakak Yati bawa budak-budak ni jalan kat KL.

1) Antaranya, dia orang pi tengok wayang.



Wah wah wah... seronoknya depa. Kami tinggal 2 orang kat rumah. Bapak Yati pi Johor. Kebetulan husband pula cuti, jadi, kami pun pi la tengok wayang kat Ipoh.


Cerita Fast and Furious 6. Haa, cerita ni dok follow sejak 1 lagi. Yang lepas-lepas beli cd je. Kali ni dia kuor time cuti sekolah, peluang le kami pi dating.
Nak tau tak, husband Yati pertama kali pi tengok wayang sejak 10 tahun yang lalu. Haa.. last sekali kami pi tengok wayang bersama adalah semasa Yati pregnant Amirul. Lama tak? Hihihi.. yati ada jugak tengok wayang tahun lepas, dengan kakak.
Harga tiket wayang pun tak tau. Lepas tu, ada couple seat pulak tu, itu pun kami tak tau. Wah... syoknya! Hihihi... jakun sat.

2) Lain hari.. pi bangsar village, kata Amirul, ni la aktivitinya


Ooo.. bagus-bagus. Amirul masuk lego contest.
Aktiviti mak bapak? 


Pi tengok wayang lagi. Kali ni, cerita Now You See Me. Haa.. orait jugak la cerita ni. Tertarik nak tengok bila tengok promo dia, duit jatuh dari langit. Hihihi... seronoknya...

Haa... cuba durian pancake juga. Jumpa kat satu cafe tu, gambor macam durian crepe. Tak pernah try lagi, selama ni dok tengok orang upload gambor je. 

Sedap jugak ya. Sendawa pun ghau ghau bau dia...


3) Lain hari, aktiviti budak-budak..



Ikut Atam ( kakak kedua Yati) pi jogging. Laaa... bertuah... pakai baju tidor lagi, pi jalan dah.



Aktiviti mak bapak?

Pi  beli batu, susun batu kat kubur arwah mak Yati. Gambar tak dapat nak share. Dari pagi la kerja, petang baru siap. Tengah panas, gilir-gilir tanam dan susun batu, antara Yati dan husband. Cian kete husband, angkut batu berat. Bila siap, dua-dua ropa macam bangla.

4) Hari lain pulak..

aktiviti budak-budak, pi makan-makan, dan check-out motor aunty and uncle..

Amboi, Sulaiman..
Amirul dah boleh naik vespa aunty.

Aktiviti mak bapak? 


Lepak Teluk Batik, tengok laut, tengok gelagat orang.


Teduhnya... angin pun kuat.. 

Itu je yang sempat share sini. Ada banyak gambar kakak hantar, tapi telepon saya oldschool, tak dapat terima. 

Budak-budak dok KL dalam 4-5 hari camtu. Lepas tu, dah balik sini semula.

Ada sekali tu, kami pi jalan, bawak budak main game kat Aeon Manjung. Kan ada machine amik gambor tu, kome pernah try tak? Gambor luar, ada pompuan ala K-Pop la, bulu mata lentik.. Yati ajak satu family masuk.. ni namanya takde keje..


Semua udah macam pakai maskara. Lepas amik gambor tu, boleh edit. Kita orang tak jumpa mana tempat nak edit. Amirul la dia pi pusing satu machine tu, baru jumpa. Ada timer untuk edit, udah malas, klik done je la. Udah semua macam ala k-pop. Hihihi..

Ok le... ntah nak amik gambor kat kedai gambor, tak pi pun. Dia jadi sticker, tampal kat peti ais. 

Orait... selamat semua... Udah check homework anak ke? Sulaiman punya homework tak siap lagi. 
See you later...!

11 comments:

  1. Akak pun banyak benda nak cerita tp x sempat lg. Husband busy nak g rusia. Dok layan dia la

    ReplyDelete
  2. Kahkahkah....ketawa besar ina...awat gmbr tu jd lagu tu...tak tahan tgok mata suami Yati...udeh pake maskara semuanya....kikiki....

    Yati...pencil case tue sangat omei...minat betul aii dgn kaler benang tu... scroll scroll...eh eh...kiut sungguh selipar keychain tue...hebat betul Yati....kreatif...

    ReplyDelete
  3. meriahnyer yatiiii

    banyak citerrr

    ReplyDelete
  4. mesti anak2 seronok sbb penuh dgn aktiviti yg best....

    ReplyDelete
  5. amboi! sakan bercuti.. anak2 dan mak bapak mcm2 aktiviti, seronok sungguh! :D cute2 lah kerastangan yati.. tu namanya tangan berseni.. love the pencil case, colour dia cantik..

    ReplyDelete
  6. yati,,,
    he he, dating berdua jelah ya,,,, kelakar gambar k pop tu,,,, kat sini tak pernah jumpa lagi...

    ReplyDelete
  7. seronoknya..
    Bnyak aktvti menarik yg dapat dilakukan...
    Akak tak pernah jumpa mesin ambik gambar tu..kalau jumpa nak try jugaklah...hihihi

    ReplyDelete
  8. bz btl k.yati mnghabiskan cuti..dr berkraftangan smpai la jln2..hehe

    tp tu la, rs cpt je dh habis cuti :P..

    ReplyDelete
  9. Wah...cutenya keychain selipar tu! Alahai, jelez saya tengok pencil case ada lining & zip. Saya ni kalau bab zip, mmg haru betul (berjam2 fikir), bab lining lg la malas sebenarnya. Tahniah - cuti yati penuh aktiviti! :)

    ReplyDelete
  10. Bestnya.. byk betol aktvt.. kitorg cuti sek aritu x ke mana pun..almaklumlah mamanya dah berat sgt.. hihi.. sulaiman pun dah ikut abang2nya ek...dah besar dah semua... :D

    ReplyDelete
  11. Kak Suzie,
    wah.. jauhnya husband kak suzie pi. Lama ke... mintak souvenir banyak-banyak. :)

    Ina,
    itu la dia. Elok orang yang muka pucat amik gambor guna mesin express tu, mesti lawa muka cam artis. Hehe..
    takde la Ina, crochet dan knit ikut pattern je. Kadang tak menjadi jugak.

    Kak Mila,
    hehe.. jarang update blog skrang kak. Bila update, siap la banyak citer. :)

    Kak Nza,
    ha ah, dia orang memang seronok pi KL.
    akak, sekolah johor banyak tutup yek, jerebu, kak Nza take care ya!

    Kak Nisa,
    sekali-sekala, kak. time kerja, memang busy. Tu pasal dah jarang update. Lagi pun, line internet tak berapa betul, baik buat aktiviti lain. :)

    Kak Shima,
    hehe.. takde kerja namanya tu, kak. :)

    Kak Ina MP,
    hehe.. selalu kat tempat game kat shopping complex ada, kak.

    Cikgu Zira,
    hehe.. itu la dia cikgu, dah sekolah balik. Bila lagi cuti yek.. Hehe...

    Precious Crafts,
    Ha, Yati pun refer youtube juga. Kena praktis banyak ler, bab zip tu, kalau nak bagi kemas. :)

    Zila,
    ha ah. Zila best ada baby, boleh main dengan baby.
    Yati rindu la nak ada baby. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea