Thursday, May 02, 2013

long time no see

Assalamualaikum...
hello... lama giler tak update blog ni. Mood ke laut. Hehe.. rindu saya tak? ^_^

Sebenornya kan, banyak benda terjadi. Nak cerita semua, memang tak abis. La ni, dok baca kat facebook, orang dok update pasal politik je, nak undi kan. Yati first time nak undi tahun ni. Ha, dah tua ni, baru nak undi. Tambah teruja, Yati boleh terjumpa pula dengan calon parti DUN kawasan sini, salam dan cakap dengan dia. Ha, calon DUN jumpa, calon parlimen sini tak. Tak nampak turun padang pun. Lagi pun saya manalah keluor rumah. Jumpa yang sorang tu pun sebab dia datang berkempen, masa amik Sulaiman kat sekolah dia. Hehe..

Bulan lepas Sulaiman ada hari sukan.

Tengah panas Sulaiman masuk lari.

Lagi apa lagi benda nak cerita, yek? Ha.. hasil membeli online. Hehe.. ntah apa-apa la saya share ni.

crochet hook dan benang
Ha, tu la dia. Cita-cita saya besor ya, nak buat doily atau lapik meja. Tu yang beli benang halus tu. Tapi buat masa sekarang ni, kena peram dulu benang ni, sebab ada projek lain. Hook tu pulak, pertama kali nak mencuba hook clover. Orang lain dah bertahun dah, dah berkoleksi dah pun, saya baru nak cuba 2 batang. Nak buat camana, saya lagi selesa guna hook bamboo yang beli kat eBay dulu-dulu tu.

Lagi barang dapat.


Benang 2 buku di atas, bukan saya beli, tapi dapat percuma. Menang hadiah dari group kait fb. Suka sangat, dua-dua benang kat atas lembut sangat.

Lagi belakang cerita, sepanjang ketiadaan saya, saya bereksperimen knitting sebenornya. Saya mencuba kait 2 jarum corak baru. Entrelac namanya. Ada buat mula-mula, tapi benang halus, jangkaan saya tahun depan kot baru siap, jadi saya bukak balik. Guna benang lain. Ginila jadinya...

Ni masa baru start
Sebenornya, sempena knit-a-long group kait. Kalau deme ni tak buat aktiviti kait beramai-ramai ni, kita pun tak tau la bila kita nak mencuba benda baru. Lagi pun, tambah semangat tengok hasil orang lain. Kalau kita sangkut, orang lain boleh buat, jadi takde sebab kita pun tak leh buat, walau pun kita tak pernah buat. Huis, cakap berbelit, ye dak.


Dah siap dah masa gambor kat atas. Tengah blocking. Ada seterika stim, tapi tak reti guna. Jadi, semat scarf kat atas meja yang dilapik toto, spray air, dan bior kering.


Konon nak pose kan scarf ni kat tempat buruk-buruk sikit. Kan stail omputih camtu, kat pokok ler, kat kerusi lama la. Tapi takde tempat, pose kat ampai je la. Hehehe..

Boleh guna kalau pi tempat sejuk. Sebab guna benang acrylic medium-thick. Dah masuk kedai. Kalau nak tengok, singgah la ya, kot nak tahu harga.


Tu je la benda nak cerita buat masa ni. Selamat mengundi pada kawan-kawan semua. ^_^

13 comments:

  1. Pasti jawasan umah kita baru semalam buat hari sukan..huhu syok betul layan sarah bersukan

    ReplyDelete
  2. Kak z tgk scarf tu kat fb yati cantik ...

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaaaaaa.. cantik dan kemas buatannya.. fuh.. klu teman yg buat mesti dh henyot penyot.. hi3

    ReplyDelete
  4. aduhai cantik nyer hasil tgn yati...
    tahniah!!!

    ReplyDelete
  5. dah besar bujang yatie..selamat mengundi yatie

    ReplyDelete
  6. Yati..apa kabo? lamanya yati tak muncul.. rindu dah kami2 ini.. hihihi...

    Sulaiman dah ada hari sukan ek.. Anak saya tu senyap je.. terselamat la kot tahun ni... hihihi...

    Cantik projek knit tu.. :D

    ReplyDelete
  7. Memang rindu sangat kat Yati...

    Hasil tangan Yati mmng cantik...
    Dan selamat mngundi dear..

    ReplyDelete
  8. Wah, kemasnya! Ni kalau hijau, blh buat jadi table runner utk Raya. Saya ada nmpk paten crochet mcm ni tp bukunya dah hilang dr Times Bookstore - x sempat beli...hehehe :D

    ReplyDelete
  9. cantik. bila agaknyer melor boleh kait macam tuh....

    ReplyDelete
  10. warna scarft tu unik...suka...suka je la...nak buat tak reti... Dulu pnh try crocheting dgn knitting...sat ja...pastu...mengadap cross stitch manjang....hikhikhik....mungkin blum hati terbuka lagi kot...kikiki... Well done Yati...mmg cantik scarft tu... :)

    ReplyDelete
  11. cantik knitted scarf yati tu...colourful... :)

    ReplyDelete
  12. Amiey Lee,
    memang seronok tengok anak-anak bersukan, macam-macam ragam ada. :)

    Kak Suzie,
    terima kasih, kak. :)

    Tenku butang,
    ye ke? Belum cuba, belum tahu. :)
    Terima kasih, ya.

    Aida,
    terima kasih, Aida. :)

    Acik Erna,
    itu la dia, dah 5 tahun pun yang kecik.

    Zila,
    Alhamdulillah, sihat. Rindu Zila juga. :)
    Ye ke.. best la, takde la main panas, bersukan.
    Terima kasih, Zila.

    Kak Ina MulutPayau,
    rindu kak Ina juga.
    terima kasih, kak. :)

    Precious Crafts,
    hehhe.. pattern ni boleh dapat online, knitting ada, crochet pun ada. :)

    Melor,
    tak pe, Melor pandai jahit baju, lagi best. Masyyuuuukkk..! :)

    Ina,
    terima kasih, Ina. Oh, bila satu hari nanti, bored of cross stitch, boleh Ina kembali crochet dan knit. Kos pun lagi murah.. :)

    Ayong,
    tak pandai dan tak pernah kait booties. Kelemahan kak Yati ialah benda berpasangan. Dulu pernah crochet slipper rumah, siap sebelah je. Huhu.. mungkin satu hari nanti akan cuba juga. :)

    Kak Nisa,
    terima kasih, kak. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea