Friday, May 17, 2013

Crocheted skater beanie dan benang lagi

Selamat hari guru pada semua kawan-kawan pembaca blog Yati ni yang bergelar guru atau tenaga pengajar. Semoga terus tabah dan bersemangat mendidik anak-anak kita. :)

Saya sudah share skater beanie di bawah ni kat page facebook. Kali ni baru nak share sini.

Benang akrilik, dan ada stripes.

Mulanya, saya nak buat untuk husband. Tapi tak muat pula bila dah siap. Jadi, masuk kedai saja la. Muat untuk budak dalam usia 7-10 tahun.


Hafizan je la jadi model. Salah saya juga, tak ikut pattern betul-betul. Suka benor modify sendiri. Memang kena praktis lagi bab crochet topi ni.

Aha... ingat tak knitted entrelac scarf yang saya tunjuk dalam entri sebelum ni? Sempena penyertaan saya dalam knit-a-long tu, dapat sedikit hadiah dari sponsor group kait.

Benang dan kad dari rakan knitter

Tadaaa... sebuku benang Alize Diva, dari Turki. Sangat lembut. Pertama kali pegang. Satu buku benang ni, harganya dalam RM20+, bergantung pada jenisnya juga. Ish, ish, ish.. saya bab benang harga camtu, fikir 10 kali kalau nak beli, sebab boleh dapat benang nona atau ondori dalam 2 pack (10 buku benang). Tapi rezeki ni, merasa juga. Tak tau nak buat projek apa lagi. Boleh tahan panjang juga benang ni.

Kawan-kawan pekabo? Apa cerita? Minggu depan Hafizan dan Amirul periksa, sebelum cuti sekolah. Sulaiman pula baru lepas periksa minggu ni.


Gambar di atas gambar anak-anak saya, masa pergi taman rekreasi paya bakau. Hari tu pergi, masuk dalam, rupanya ada jambatan gantung ni. Boleh sampai ke sungai, ada orang fishing juga. Ada laluan kayu sepanjang hutan bakau ni. Kita orang tak pernah masuk sini. Tapi kalau family ada baby, tak sesuai kot bawa, sebab agak panas dan ada nyamuk.  

Orait, till next time, take care semua. ^_^

7 comments:

  1. lamanyaaaaaaaaaaaaa yati menyepi...byk sebenarnya cerita nk dikongsi...wah, ensom model yati tu...brtmbah ensom bila pakai sb tu....

    ReplyDelete
  2. Tahniah Yati! Memang lawa skaf Yati tu :)

    ReplyDelete
  3. akak suka beno belek benang2 crochet bila pergi haby.. cantik2 warna dia.. tapi harganya mak aiiii 30+ pun ada.. suka tgk hasil crochet yati... :)

    ReplyDelete
  4. salam yati, lama ayu tak singgah. Ayu pun lama tak posting. Cantik kopiah tu. Bestnya dapat crochet kopiah anak2 :)

    ReplyDelete
  5. Cantik beanie tu... saya lg la x pandai kait topi... huhu...
    Wah... dpt benang warna warni... best...best...
    Nape sulaiman nampak sama besar dah mcm abg hafizan dia... ? Hihi...

    ReplyDelete
  6. Tenku Butang,
    terima kasih. Kena belajor banyak lagi bab kait topi ni. :)

    Kak Nza,
    hehehe.. kalau hafizan dengor ni, tambah besor lubang hidung dia. :D

    Kak Aisyah,
    Terima kasih, kak. Tapi lambat panjang, knit scarf tu. Tapi corak dia cantik, yati pun suka, sebab macam tikar.

    Kak Nisa,
    biasa tu kak, benang import. Dapat tu, peram je, buat display, sayaaang nak guna. Hehe..

    Ayu,
    Boleh ler, Ayu pun boleh belajar juga. Yati belajar crochet pun dari youtube saja. :)

    Zila,
    tu Hafizan, Sulaiman sebenornya pun memang almost nak sama tinggi dengan Hafizan, sebab Hafizan kurang makan. Hehe..

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea