Saturday, March 23, 2013

Makcik menang motor

Hello, hello, assalamualaikum...! ^_^

Sukanya! Bukan menang motor, tapi menang benang dan jarum. Tapi rasanya seperti menang motor juga la. Sempena knit-a-long topi dan headband fair isle dulu tu.

Tadaaa....


Benang sugar n cream tu oversea mali. Benang cotton. Ni first time pegang benang Sugar n cream ni. Tak pernah merasa lagi. Heeee.... suka!

Cerita 2: Amirul merentas desa

Ni gambar hari Sabtu lepas. Laluan merentas desa sekolah Amirul dekat dengan rumah jugak. Jadi, tunggu la dia tepi jalan, tengok dia. Dari jauh nampak dia berborak dengan kawan-kawan sambil lenggang kangkung. Tapi bila nampak mama pegang handphone nak amik gambar terus dia eksyen berlari. Apedaa....


Cerita 3: Coin purse

Ni produk baru masuk kedai. Coin purse berzip. Kalo nak tahu ukuran dan harganya, jemput la singgah kedai online Yati ya. Juga terima untuk tempahan produk kait.




Cerita 4: Makan tepi laut

Ni tempat makan di Lumut Waterfront. Sini petang-petang ada ABC, laksa, makanan goreng-goreng la.


Baru cuba makan kat tempat ni. Boleh tahan. Sambil makan, tengok kapal/bot lalu, atau yang berlabuh.


Kapal yang ada lampu tu la kapal navy yang dibuka untuk orang ramai masuk dalam. Tapi sekarang tak pasti sama ada dia masih open. Sebab petang kami pergi tu, dia tutup je. Waktu amik gambar, dah masuk maghrib dah ni.


Dah makan, beransur la. Hafizan dan Amirul. Budak-budak tak de kat rumah sekarang. Semalam aunty dia orang datang amik, pergi KL. 1 minggu tanpa anak-anak, mari kita berpoya-poya! Weeeeee....

Itu je la cerita sepanjang minggu lepas dan minggu ni. 

Ada check tak markah ujian bulanan 1 anak-anak kita?
Dulu Yati ada bagi link dia, tapi ni Yati bagi lagi sekali la. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Amirul dapat nombor 1 dalam kelas (1/35) dan dalam darjah (1/142) !!! Peh! Macam tak caya je. Dah la baru pindah sekolah ni. Bole pulak dia dapat nombor 1. Alhamdulillah.

Cuti sekolah ni pergi holiday mana-mana tak? Yati lepak rumah, nak knit. 
See you later! Selamat bercuti!





Source: facebook.com via Gum on Pinterest

17 comments:

  1. ahahah... igt betul2menang motor.. anyway cantik la tpt mkn kat lumut tu..

    ReplyDelete
  2. lama dah tak pergi lumut, mesti banyak sangat dah berubah..entah bila lagi nak kesana :-)

    ReplyDelete
  3. tahniah kak..bestnya menang benang sugar n cream tu...heheh..teruskan usaha anda...:)

    ReplyDelete
  4. Best ke benang sugar n cream tu Yati? Ishh saya pun tak pernah try benang2 oversee utk projek mengait..mengait pun jarang2..hehe.

    Anyway, congrats yer makcik menang motor!! hehe..Yes, the feeling tu mmg almost the same kann..:D

    ReplyDelete
  5. Congrats yati! mmg cantik hasil knit yati tu :) Wahhh...syabas amirul! Keep up the good work! As always, cuti sekolah duk rumah je...Be happy always!

    ReplyDelete
  6. Tahniah Yati.. :) saya pun tak pernah pegang benang sugarnCream tu.. nak buat nanti tu?

    ReplyDelete
  7. Yati.. lupa.. tahniah utk amirul.. :) mesti mamanya tersenyum lebar kan... :D
    thanks for sharing the link.. saya tak tahu pun boleh cek online.. hahaha...

    ReplyDelete
  8. Laaa, ingt mng moto btl2..

    sek kitorg pas cuti nk bt merentas desa..actually merentas 'hutan' hehe..

    #tahniah amirul.. :)

    ReplyDelete
  9. Congrats Yati atas kemenangan - syoknya org pandai knitting! Purse tu cute - sweet colour combo. And congrats to Amirul! :D

    ReplyDelete
  10. cuti ni akak pun lepak kat rumah je....suka kan anak dapat no 1 tapi bila kita leka dia pun sama leka

    ReplyDelete
  11. waaaaaaaaa.. cantik benangnnya.. cantik gak buatan kait u dear.. cumeyy n kemas..

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. aktiviti yg padat.....ok gak buat n3 serentak camni....

    ReplyDelete
  13. Tahniah Yati....betul2 akak ingatkan dapat motor.....hihihi
    Tahniah jugak utk Amirul....

    ReplyDelete
  14. Tahniah Yati memang motor.. hehehe.. cantik sangat benang sugar and cream tu... purse tu pun cute... Tahniah jugak untuk Amirul.. :)

    ReplyDelete
  15. Assalam

    Apa kabar Yati? Rindu blog kamu and kamu

    ReplyDelete
  16. Jom beli benang www.myyarnscollection.blogspot.com
    Skarang tgh promotion.

    ReplyDelete
  17. Hana Maroo,
    hmm.. ok ler tempat dia. Kalau datang sini, boleh la singgah. :)

    Kak Salmi,
    tak banyak berubah sangat, kak. Kereta je makin banyak. :)

    Ayong,
    hehe.. terima kasih, Ayong.

    Marie,
    orang cakap best. Belum cuba lagi, seketul je, kena peram dulu benang tu. :)
    Thank you, Marie. :)

    Kak Aisyah,
    thanks, kak. Hugss..

    Zila,
    peram dulu benang tu. Tak tau apa nak buat lagi. :)
    Thank you, Zila.

    Cikgu Zira,
    hehehe.. merentas hutan sejuk sikit yek cikgu, sebab banyak pokok.

    Precious Crafts,
    thank you. :)

    Kak Suzie,
    itu la dia. Nak kita jugak yang pantau. Kalau tak, dia pun main je.

    Tenku Butang,
    thanks follow Yati.

    Kak Nza,
    hehe.. malas buat entri banyak-banyak, kak. :)

    Kak Ina MP,
    timasih, kak. :)

    Kak Nisa,
    thank you, thank you!

    Mamawana,
    waalaikumsalam.
    Alhamdulillah, sihat. :)

    Tanpa Nama,
    lain kali tinggal nama tau. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea