Saturday, March 02, 2013

Headband dan bracelet

Cepat je masa tu berlalu, kan. Sekarang dah pun masuk bulan Mac.

Budak-budak ni terlampau banyak main la. Ikutkan hati dan cuaca yang panas ni, mau je bantai budak-budak ni. (Amirul dan Hafizan). Buat homework punya la lambat, tak bergerak-gerak page yang sama. Aduhai hati. bawak lah bersabor...

Cerita 1: Knitted fair isle headband

Headband, dari atas.

Headband, dari tepi.
Headband, dari depan.

Kait corak fair isle lagi. Kali ni, bangga sikit dengan diri sendiri, sebab tak buat silap masa tukar color benang. Tapi buat silap masa nak mula ribbing 2 knit, 2 purls tu. Itu la masalahnya. Entah kepala ni ke mana waktu tu. Headband ni, adalah salah satu barang kena buat, Yati join knit-a-long group knit kat FB. Yang hari tu punya hat, dan yang kedua, headband. Satu lagi, nanti Yati tunjuk barang apa kena buat ya.

Cerita 2: Cicak dalam nescafe


Boleh nampak tak, ada cicak dalam teko berisi air nescafe o' tu. Kalau buat teh o, satu hari tinggal atas meja pun tak de apa. Kadang belah tengahari, panas, tambah ais je, jadi la teh o ais kan. Kalau nescafe o, memang menatang ni akan masuk.


Menatang ni masih hidup, cuma dia pandai buat-buat mati. Dia dok diam je, tak gerak. Bila basuh teko tu, baru terkedek-kedek nak keluar sama. Selalu husband Yati pap sekali, penyet. Tamat la riwayat cicak taste tinggi, tak minum teh o, suka minum nescafe. 

Rumah lama kami pun pernah sama juga, kalau buat nescafe je, cicak masuk. 

Cerita 3: Crocheted bracelet

Ha, ni la barang last kena buat untuk projek knit-a-long tu. Kena pilih mana satu barang accessories, nak knit boleh, crochet pun boleh.


Bracelet ni sesuai untuk tangan budak. Yati tambah beads bentuk heart dan butang. Barang-barang ni semua masuk kedai online Yati sebagai ready stock. Kalau nak tahu harga, jemput la singgah ya. Juga terima tempahan juga, untuk produk knit atau crochet.

Cerita 4: Minta maaf pada customer yang nak datang rumah.

Operasi niaga saya dari rumah sahaja. Yati mulakan Yati and Stitch tahun 2008. Syukur sebab sejak tu, banyak tempahan Yati terima, dari pelbagai negeri dan paling jauh, Sarawak, untuk jahit cross stitch. Itu untuk tempahan menjahit. Kalau orang beli produk, sudah pun sampai ke Jepun, Singapore dan Brunei. Alhamdulillah. Selama ni, semuanya berjalan lancar secara online, tiada sebarang komplen dari pelanggan dan sebagainya walau pun fully online, tak pernah bersua muka.

Yati juga niaga ni secara sampingan, sebab Yati juga seorang surirumah. Yati tak berada 8 jam di siang hari depan komputer, untuk membalas email atau mesej customer, sebab dah tentu kena buat kerja lain macam masak, kemas, hantar/ambil anak sekolah, dan macam-macam lagi kerja rumah yang tak pernah habis.

Cuma semenjak dua menjak ni, ada yang nak datang ke rumah. Yati minta maaf sangat-sangat. Kalau kedai, boleh la Yati terima kunjungan. Tapi kat rumah, lagi pun rumah yang saya duduk ni pun, bukan rumah saya, rumah arwah mak, yang juga didiami bapak saya. Tak boleh la.

Yati juga tak boleh ajar teknik, cara, camana nak transfer foto ke pattern cross stitch semua tu. Semua tu boleh kita cari sendiri di internet ni, juga dengan cara kita mencuba sendiri, lama-lama kita akan tahu macamana nak hasilkan potret cross stitch sama dengan foto yang kita convertkan. Irfan Khairi cakap, ilmu kalau kita share, akan bertambah ilmu lagi pada yang mengajar. Betul tu, tapi saya juga nak bangsa saya punya sikap usaha sendiri, tanpa harap bantuan dari orang lain. Sebab Yati juga usaha sendiri dari kosong, tak tahu apa-apa, dan Yati masih belajar. Buat la silap, sebab lepas tu baru kita akan belajar. Yati pernah transfer pattern muka jadi gelap tau dulu, tapi semua tu jadi pengajaran pada Yati.

Tak best la Yati rasa, kalau ada customer cakap nak datang ke rumah, nak tempah sebab ada sekali benang dan kain, tapi sebenarnya, motifnya lain, kan. Yati tahu, sebab bila minta email gambar, tak email pun gambar pada Yati. Padahal dalam telefon, beria-ia minta alamat rumah Yati.

Yati ada keluarga, dan harap respek family dan privasi Yati dan keluarga. Kalau kita nak, Insya-Allah kita akan dapat, kalau kita usaha. Allah bagi kita kurniaan yang paling best sekali, otak, untuk kita gunakan. Nak tak nak saja, atau mungkin lebih pentingkan jalan singkat daripada belajar dari kesilapan, sampai nak menggunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Apa yang kita buat, kita akan dapat. Kejayaan yang kita capai dari usaha dengan tenaga sendiri adalah jauh lebih bermakna dari kita harapkan suapan atau pertolongan dari orang. Hidup ni senang saja, terpulang pada kita nak anggap benda tu susah ke, senang. Sebab kita boleh buat apa saja kalau kita nak, dengan izinNya.

Minta maaf kalau ada yang terasa. Yati cuma nak beri penjelasan dan harap lepas ni, sesiapa yang berkenaan akan faham. Semua urusan adalah secara online sahaja. Terima kasih kerana membaca.

Selamat hujung minggu. ^_^

12 comments:

  1. ..aiiyyaa cicak dalam teko..eii kembang tekak sy k.yati.. :D

    cantik hadband tu..

    ReplyDelete
  2. cicak golongan bangsawan tuuuuu

    ReplyDelete
  3. Assalam yati.harap kawan2 faham keadaan yati

    ReplyDelete
  4. Rumah akak cicak suka berak besar pula geram betul .Skrg ni lalat punya la banyak .Tak tahu dah nak buat macammana .
    Kadang-kadang kita kena tegas sikit kan ...

    ReplyDelete
  5. cicak pun suka nescafe yer..mmg taste tinggi :D haha..geli jugak la nengok..

    kadang-kadang orang nak senang je, tak mau pikir kerumitan orang lain..sabar yer yati..

    ReplyDelete
  6. wah! dah makin maju yati dgn projek knitting.. congrats!! bagus jugak yati bertegas dgn org2 camtu..kalau nak berurusan, tak perlu sampai datang rumah.. kalau akak, ajak jumpa kat restoran, nak tgk gak sape yang beriya2 sangat tu dan apa motif disebaliknya.. hehe

    ReplyDelete
  7. Akak harap custmer tu akan faham....sabar ya Yati......
    Wahhhhhhh cicak tu pun tahu nak air sedap ya......

    ReplyDelete
  8. Cantik headband tu... :)
    Aikk cicak ipoh ni.. pandai memilih ek... hihihi.. cicak kajang plak suka masuk peti ais.. geram betol!!! hihihih...

    Yati..bertabahlah dengan pelanggan.. :)

    ReplyDelete
  9. Bestnya tau knitting...!

    Betul tu yati, yati ada hak utk bertegas tentang privasi. susah bila customer dtg rumah, especially bila ada problem. tapi bg mrk2 yg x kisah, takpa.

    cicak mmg ada mcm2 taste, semut pun sama... rasanya lalat ja yg sapu semua makanan basah. :D

    ReplyDelete
  10. Cikgu Zira,
    hehehe.. itu le kan, terbantut nak minum kopi tengok ada cicak.
    Terima kasih, cikgu.

    Melor,
    itu ler dia, bukan main lagi, pilih air.

    Acik Erna,
    waalaikumsalam, Acik.
    Yati pun harap gitu ler.

    Kak Suzie,
    Aiya.. berak lagi la tak best. Kena bertutup semua makanan/minuman macam tu, kak.

    Marie,
    hehe.. takde pe, ok je.

    Kak Nisa,
    timasih, kak.
    Wah.. berani juga kak Nisa ni. Yati malas nak layan la kak, kadang orang ingat kita ni kaunter pertanyaan pun ada.

    Kak Ina MP,
    hehe.. tu la dia, nyampah dah dengan cicak ni.

    Zila,
    terima kasih.
    Uisy, camana dia bole masuk peti ais tu? Cicak spesies kutub kot.
    Thanks, Zila. (hugss..!)

    Precious Crafts,
    betul-betul. Semut pun sama juga, kan. :)

    ReplyDelete
  11. MaRdHatILLah(Fatahiyyah) a.k.a Ayong,
    Kak Yati Alhamdulillah, sihat.
    Ingat lagi la. ^_^

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea