Friday, March 15, 2013

cerita minggu lepas

Baru nak update cerita lama.

Kami balik Kelantan minggu lepas. Hari Selasa lepas, budak-budak tak pergi sekolah 3 hari. Balik emergency, ziarah bapa sedara suami Yati, di wad ICU, Hospital Tanah Merah. Sakit paru-paru dijangkiti kuman.

Nasib baik Amirul dah lepas periksa minggu sebelumnya.

Tempat selalu berenti, buang air dan amik angin.
Hentian Titiwangsa  lebuhraya grik-jeli.

Sampai Kelantan saje, terus pergi hospital. Agak tenat juga keadaan bapa sedara husband.


Budak-budak bawah umur 12 tahun tak boleh masuk wad ICU. Sedangkan orang tua pun boleh masuk gilir-gilir, tak leh ramai-ramai. Sementara tunggu melawat, budak-budak pergi tengok kolam ikan di kawasan  hospital juga.


Besor ikan! Ikan keli rasanya. Lepas tu, balik Tumpat, kampung suami. Keesokannya, kami pi Tanah Merah, ziarah lagi bapa sedara suami. Semoga Pok Cik Li cepat sembuh.

Itu je la ceritanya. Balik dari Kelantan, kami tak berapa sihat. Batuk, selsema. Tahu je la bila makan ubat batuk kan, kepala pun ting tong, tilam pun memanggil tidor. Jadi, dari segi hasil kraftangan, memang tiada hasil langsung.

Tapi, hasil shopping online ada. Hehe.. ala, beli barang kait je.


Yati beli jarum knitting circular jenis bamboo, jarum cable stitch, ring stitch marker, dan stitch holder. Baru nak beli, sebelum ni nak tanda end of row bila knit in circle tu, Yati guna safety pin saje. Sementara bila kait cable, Yati guna circular needle untuk hold cable tu. Sekarang makin lengkap gajet knitting/crochet saya. Yahoo! Bestnya kalau tiap-tiap bulan boleh shopping macam ni. Semua ni beli dari Cotton House. Macam ada benda yang kurang, kan. Yezzaaa... benang! Itu coming soon.. hehe...

Selain tu, ada juga jalan-jalan kat Taman paya Bakau, Lumut lagi. Ha, itu je ler kejenya. Tengok beruk. Kali ni, Sulaiman dah berani kuor kereta, bagi beruk makan. Mama Sulaiman je yang tak berani kuor kete lagi.



Kawan-kawan, Yati nak tanya sikit ni. Korang ada tak rasa malas nak update blog? Hehe..

Nak tiru style kak Aisyah Helga, sifu saya ni. Inspirasi dalam crochet, dan juga hidup. Nak share kata-kata positif dalam setiap entri.


10 comments:

  1. Akak pun kadang2 mmng tak de mood lansung nak updte blog....
    Semoga Pok Cik Li cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. ina pun sama...tp lg mls klau xde benda nk upload....atau project cs xsiap2.....haha....yati rajin....jauh la beza dgn ina ni....

    ReplyDelete
  3. semoga Allah prmudahkan segalanya n moga kluarga "pakcik" tabah.

    Lama xbaca n3 yati.....

    ReplyDelete
  4. X la malas cuma kadang2 nak dok depan komputer tu yg malas

    ReplyDelete
  5. Sga Pok Cik Yati cepat sembuh...

    Ye Yati sy sangaaatttt malas update blog skrg, dah xtau nk wat n3 apa, padahal gambar hr2 ambik...huhu

    ReplyDelete
  6. ..sy mls nk menaip :P ..eii serba serbi sy mls..k.yati kire ok le,ade gak rjnnye.. rjn berkraf tangan hehehe...

    ReplyDelete
  7. yati..semoga pakcik suami yati cepat sembuh.. makcik saya kat kampung pun kena jangkitan kuman pada paru-paru juga..

    waaa... beraninya main dengan beruk.. dulu kitorg ada bela beruk.. abang saya jumpa kat hutan..tp kalau terlepas, mmg bahaya, kalau dia tangkap budak2 dia akan gigit..huhuhu...

    ReplyDelete
  8. Hi yati..Ada!! Malas yg amat skrg ni nk update blog :p Thank you sudi mention nama saya :)

    ReplyDelete
  9. balik kampung .. Yati pun orang Kelantan atau suami sahaja...
    semoga cepat sembuhkan...
    tiap kali balik bota akak lupajer singgah taman paya bakautu.. yerler kadang lalutu waktu tak mengizinkan...

    ReplyDelete
  10. Kak Ina MP,
    terima kasih, kak. Masih sama juga keadaan Pok Cik Li.

    Ina,
    hehe.. takde la rajin. Yati kumpul-kumpul cerita banyak-banyak baru update, malas juga nak update selalu.

    Kak Nza,
    terima kasih, kak.
    Itu la dia, lama tak dengor cerita kak Nza. :)

    Kak Suzie,
    hehhe.. sebab bila dah duduk depan computer, susah nak bangun ye kak. :D

    Hajar,
    Terima kasih.
    hehhe... itu la dia. Dah tak tau nak cerita apa, kan.

    Cikgu Zira,
    itu hobi, cikgu. Kalau tak berkraf tangan, tangan jadi gatal. Hehe..

    Zila,
    ooo.. semoga makcik Zila di kampung cepat sembuh juga.
    Beruk ni dia berani dengan budak-budak ya.

    Kak Aisyah,
    hehe.. kak Aisyah sentiasa ada place in my heart, sebab you're the one who opened up my eyes on the secret. Chewahh... hugss..!

    Cho Zila,
    Yati orang Perak, suami je orang kelantan.
    kat Lumut, taman paya bakau tu. Tak jauh dengan Lekio. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea