Saturday, March 23, 2013

Makcik menang motor

Hello, hello, assalamualaikum...! ^_^

Sukanya! Bukan menang motor, tapi menang benang dan jarum. Tapi rasanya seperti menang motor juga la. Sempena knit-a-long topi dan headband fair isle dulu tu.

Tadaaa....


Benang sugar n cream tu oversea mali. Benang cotton. Ni first time pegang benang Sugar n cream ni. Tak pernah merasa lagi. Heeee.... suka!

Cerita 2: Amirul merentas desa

Ni gambar hari Sabtu lepas. Laluan merentas desa sekolah Amirul dekat dengan rumah jugak. Jadi, tunggu la dia tepi jalan, tengok dia. Dari jauh nampak dia berborak dengan kawan-kawan sambil lenggang kangkung. Tapi bila nampak mama pegang handphone nak amik gambar terus dia eksyen berlari. Apedaa....


Cerita 3: Coin purse

Ni produk baru masuk kedai. Coin purse berzip. Kalo nak tahu ukuran dan harganya, jemput la singgah kedai online Yati ya. Juga terima untuk tempahan produk kait.




Cerita 4: Makan tepi laut

Ni tempat makan di Lumut Waterfront. Sini petang-petang ada ABC, laksa, makanan goreng-goreng la.


Baru cuba makan kat tempat ni. Boleh tahan. Sambil makan, tengok kapal/bot lalu, atau yang berlabuh.


Kapal yang ada lampu tu la kapal navy yang dibuka untuk orang ramai masuk dalam. Tapi sekarang tak pasti sama ada dia masih open. Sebab petang kami pergi tu, dia tutup je. Waktu amik gambar, dah masuk maghrib dah ni.


Dah makan, beransur la. Hafizan dan Amirul. Budak-budak tak de kat rumah sekarang. Semalam aunty dia orang datang amik, pergi KL. 1 minggu tanpa anak-anak, mari kita berpoya-poya! Weeeeee....

Itu je la cerita sepanjang minggu lepas dan minggu ni. 

Ada check tak markah ujian bulanan 1 anak-anak kita?
Dulu Yati ada bagi link dia, tapi ni Yati bagi lagi sekali la. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Amirul dapat nombor 1 dalam kelas (1/35) dan dalam darjah (1/142) !!! Peh! Macam tak caya je. Dah la baru pindah sekolah ni. Bole pulak dia dapat nombor 1. Alhamdulillah.

Cuti sekolah ni pergi holiday mana-mana tak? Yati lepak rumah, nak knit. 
See you later! Selamat bercuti!





Source: facebook.com via Gum on Pinterest

Friday, March 15, 2013

cerita minggu lepas

Baru nak update cerita lama.

Kami balik Kelantan minggu lepas. Hari Selasa lepas, budak-budak tak pergi sekolah 3 hari. Balik emergency, ziarah bapa sedara suami Yati, di wad ICU, Hospital Tanah Merah. Sakit paru-paru dijangkiti kuman.

Nasib baik Amirul dah lepas periksa minggu sebelumnya.

Tempat selalu berenti, buang air dan amik angin.
Hentian Titiwangsa  lebuhraya grik-jeli.

Sampai Kelantan saje, terus pergi hospital. Agak tenat juga keadaan bapa sedara husband.


Budak-budak bawah umur 12 tahun tak boleh masuk wad ICU. Sedangkan orang tua pun boleh masuk gilir-gilir, tak leh ramai-ramai. Sementara tunggu melawat, budak-budak pergi tengok kolam ikan di kawasan  hospital juga.


Besor ikan! Ikan keli rasanya. Lepas tu, balik Tumpat, kampung suami. Keesokannya, kami pi Tanah Merah, ziarah lagi bapa sedara suami. Semoga Pok Cik Li cepat sembuh.

Itu je la ceritanya. Balik dari Kelantan, kami tak berapa sihat. Batuk, selsema. Tahu je la bila makan ubat batuk kan, kepala pun ting tong, tilam pun memanggil tidor. Jadi, dari segi hasil kraftangan, memang tiada hasil langsung.

Tapi, hasil shopping online ada. Hehe.. ala, beli barang kait je.


Yati beli jarum knitting circular jenis bamboo, jarum cable stitch, ring stitch marker, dan stitch holder. Baru nak beli, sebelum ni nak tanda end of row bila knit in circle tu, Yati guna safety pin saje. Sementara bila kait cable, Yati guna circular needle untuk hold cable tu. Sekarang makin lengkap gajet knitting/crochet saya. Yahoo! Bestnya kalau tiap-tiap bulan boleh shopping macam ni. Semua ni beli dari Cotton House. Macam ada benda yang kurang, kan. Yezzaaa... benang! Itu coming soon.. hehe...

Selain tu, ada juga jalan-jalan kat Taman paya Bakau, Lumut lagi. Ha, itu je ler kejenya. Tengok beruk. Kali ni, Sulaiman dah berani kuor kereta, bagi beruk makan. Mama Sulaiman je yang tak berani kuor kete lagi.



Kawan-kawan, Yati nak tanya sikit ni. Korang ada tak rasa malas nak update blog? Hehe..

Nak tiru style kak Aisyah Helga, sifu saya ni. Inspirasi dalam crochet, dan juga hidup. Nak share kata-kata positif dalam setiap entri.


Saturday, March 02, 2013

Headband dan bracelet

Cepat je masa tu berlalu, kan. Sekarang dah pun masuk bulan Mac.

Budak-budak ni terlampau banyak main la. Ikutkan hati dan cuaca yang panas ni, mau je bantai budak-budak ni. (Amirul dan Hafizan). Buat homework punya la lambat, tak bergerak-gerak page yang sama. Aduhai hati. bawak lah bersabor...

Cerita 1: Knitted fair isle headband

Headband, dari atas.

Headband, dari tepi.
Headband, dari depan.

Kait corak fair isle lagi. Kali ni, bangga sikit dengan diri sendiri, sebab tak buat silap masa tukar color benang. Tapi buat silap masa nak mula ribbing 2 knit, 2 purls tu. Itu la masalahnya. Entah kepala ni ke mana waktu tu. Headband ni, adalah salah satu barang kena buat, Yati join knit-a-long group knit kat FB. Yang hari tu punya hat, dan yang kedua, headband. Satu lagi, nanti Yati tunjuk barang apa kena buat ya.

Cerita 2: Cicak dalam nescafe


Boleh nampak tak, ada cicak dalam teko berisi air nescafe o' tu. Kalau buat teh o, satu hari tinggal atas meja pun tak de apa. Kadang belah tengahari, panas, tambah ais je, jadi la teh o ais kan. Kalau nescafe o, memang menatang ni akan masuk.


Menatang ni masih hidup, cuma dia pandai buat-buat mati. Dia dok diam je, tak gerak. Bila basuh teko tu, baru terkedek-kedek nak keluar sama. Selalu husband Yati pap sekali, penyet. Tamat la riwayat cicak taste tinggi, tak minum teh o, suka minum nescafe. 

Rumah lama kami pun pernah sama juga, kalau buat nescafe je, cicak masuk. 

Cerita 3: Crocheted bracelet

Ha, ni la barang last kena buat untuk projek knit-a-long tu. Kena pilih mana satu barang accessories, nak knit boleh, crochet pun boleh.


Bracelet ni sesuai untuk tangan budak. Yati tambah beads bentuk heart dan butang. Barang-barang ni semua masuk kedai online Yati sebagai ready stock. Kalau nak tahu harga, jemput la singgah ya. Juga terima tempahan juga, untuk produk knit atau crochet.

Cerita 4: Minta maaf pada customer yang nak datang rumah.

Operasi niaga saya dari rumah sahaja. Yati mulakan Yati and Stitch tahun 2008. Syukur sebab sejak tu, banyak tempahan Yati terima, dari pelbagai negeri dan paling jauh, Sarawak, untuk jahit cross stitch. Itu untuk tempahan menjahit. Kalau orang beli produk, sudah pun sampai ke Jepun, Singapore dan Brunei. Alhamdulillah. Selama ni, semuanya berjalan lancar secara online, tiada sebarang komplen dari pelanggan dan sebagainya walau pun fully online, tak pernah bersua muka.

Yati juga niaga ni secara sampingan, sebab Yati juga seorang surirumah. Yati tak berada 8 jam di siang hari depan komputer, untuk membalas email atau mesej customer, sebab dah tentu kena buat kerja lain macam masak, kemas, hantar/ambil anak sekolah, dan macam-macam lagi kerja rumah yang tak pernah habis.

Cuma semenjak dua menjak ni, ada yang nak datang ke rumah. Yati minta maaf sangat-sangat. Kalau kedai, boleh la Yati terima kunjungan. Tapi kat rumah, lagi pun rumah yang saya duduk ni pun, bukan rumah saya, rumah arwah mak, yang juga didiami bapak saya. Tak boleh la.

Yati juga tak boleh ajar teknik, cara, camana nak transfer foto ke pattern cross stitch semua tu. Semua tu boleh kita cari sendiri di internet ni, juga dengan cara kita mencuba sendiri, lama-lama kita akan tahu macamana nak hasilkan potret cross stitch sama dengan foto yang kita convertkan. Irfan Khairi cakap, ilmu kalau kita share, akan bertambah ilmu lagi pada yang mengajar. Betul tu, tapi saya juga nak bangsa saya punya sikap usaha sendiri, tanpa harap bantuan dari orang lain. Sebab Yati juga usaha sendiri dari kosong, tak tahu apa-apa, dan Yati masih belajar. Buat la silap, sebab lepas tu baru kita akan belajar. Yati pernah transfer pattern muka jadi gelap tau dulu, tapi semua tu jadi pengajaran pada Yati.

Tak best la Yati rasa, kalau ada customer cakap nak datang ke rumah, nak tempah sebab ada sekali benang dan kain, tapi sebenarnya, motifnya lain, kan. Yati tahu, sebab bila minta email gambar, tak email pun gambar pada Yati. Padahal dalam telefon, beria-ia minta alamat rumah Yati.

Yati ada keluarga, dan harap respek family dan privasi Yati dan keluarga. Kalau kita nak, Insya-Allah kita akan dapat, kalau kita usaha. Allah bagi kita kurniaan yang paling best sekali, otak, untuk kita gunakan. Nak tak nak saja, atau mungkin lebih pentingkan jalan singkat daripada belajar dari kesilapan, sampai nak menggunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Apa yang kita buat, kita akan dapat. Kejayaan yang kita capai dari usaha dengan tenaga sendiri adalah jauh lebih bermakna dari kita harapkan suapan atau pertolongan dari orang. Hidup ni senang saja, terpulang pada kita nak anggap benda tu susah ke, senang. Sebab kita boleh buat apa saja kalau kita nak, dengan izinNya.

Minta maaf kalau ada yang terasa. Yati cuma nak beri penjelasan dan harap lepas ni, sesiapa yang berkenaan akan faham. Semua urusan adalah secara online sahaja. Terima kasih kerana membaca.

Selamat hujung minggu. ^_^