Wednesday, February 20, 2013

4 dalam 1

Lamanya tak update sini. Kawan-kawan sihat ke?
Harap semua ok. Yati biasa saja. Sebab lama tak update dan tak tau bila lagi nak update, Yati cerita dalam bentuk intisari rancangan yek. ^_^

Cerita 1: Taman Paya Bakau, Lumut.

Korang pernah sampai sini tak? Kami ni, tak pernah pi. Walaupun tak la jauh sangat dari rumah.

Ada banyak beruk dan kera kat sini. Tapi tengok masa dia jugak.
Ada papan tanda bagitau jangan bagi beruk tu makan. Tapi orang ramai bagi jugak.


Tu dia, dia naik atas side mirror kereta. Masa ni, husband sorang keluar, bagi roti. Kami anak beranak dok dalam kereta, takut. Hehe...

Cerita 2: Fair Isle Knitting

Memang lama Yati tak knit. Syok crochet je. Tapi bila group knitting buat knit-a-long fair isle knitting ni, rasa nak mencuba juga.


Guna jarum circular yang beli kat daiso.


Ha, dah nampak sikit corak fair isle tu.

Yati buat 2 color je. Lain kali bila dah terer skit, boleh guna banyak color.


Sulaiman sibuk nak jadi model. Saiz topi ni, untuk dewasa.
Yati ada buat salah masa tukar color tu, tapi Yati proceed je. Tak buka balik pun. Pemalas betul saya ni.


Ha, dah siap. Lamanya ambil masa buat. Topi knit yang pertama Yati buat guna circular needles, tanpa double pointed needles. Kita guna je la apa yang ada. Banyak buat silap, dan banyak belajar juga. Bila kita dah cuba sendiri, baru tahu. Syok juga!

Cerita 3: Mana-mana pun boleh zzzzz....


Kita sebagai ibu penat, bangun pukul 5 pagi buat breakfast dan kerja rumah semua. Kadang kita lupa, anak pun letih juga pergi sekolah. Kesian tak tengok gambar Sulaiman kat atas? Huhu.. Sulaiman ni ikut sedap dia je, mana dia nak landing, dia landing je. Tengah jalan, depan bilik air.. letih bebenor le dia, pi sekolah.


Hafizan pun sama. Lepas maghrib, ajak pi mamak. Dia pi tidor jugak.

Cerita 4: Pembimbing rakan sebaya

Amirul dilantik jadi PRS kat sekolah dia.


Color purple kemejanya. Boleh pass kat Hafizan la, baju sekolah yang color putih tu. Kasut sekolah pun beli baru, kena pakai color hitam. Belum dapat lagi tali leher dan lencana.

Gitu la kaedahnya. Hmmm... duit BRIM dah dapat ke? Bagi yang dah dapat tu, mesti senyum sampai ke telinga yek. ^_^

 

15 comments:

  1. akak ni memang kreative ler... ade jer projek baru...

    ReplyDelete
  2. lawak tengok sulaiman dengan jarum besar atas kepala tuh hihihi... tapi tetap maintain comel gitu..

    nampak penat betul yer hafizan tu yer.. tapi awat anak akak susah benor nak tidur eksss.. pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, pastu main lagi..malam g tuisyen plak, tetap jugak tidur pukul 11.30, kekadang 12 mlm... kita pun naik geram kadang tuh

    ReplyDelete
  3. Yati.. salah tukar color pun takde sapa perasan kalau yati tak bagitau.. hihihi..

    Anak saya pulak banyak tenaganya.. tidur pun kena paksa.. selagi kita tak tido, diorang pun sama bersengkang mata.. hahaha.. jarang sangat la terpengsan masa nak makan..hihihi

    ReplyDelete
  4. ai seronok baca . lama yati tak update.

    ReplyDelete
  5. sian kn budak2 skang penat betul sekolah hihihi

    ReplyDelete
  6. monyet tu ganas n berani kpd perempuan aje..kalau kat lelaki bertempiaran mrka lari!

    ReplyDelete
  7. salam kenal & akak follow sini..salam kenal..

    ReplyDelete
  8. intisari rancangan ye k.yati... :P

    lawak tgk kerenah ank2 k.yati..kat mne pn tdo..mmg pnt sgt la tu... :)

    ReplyDelete
  9. Lama Yati menyepi....Rindu tau....
    Comelnya model tu....betul tu diK, anak skrng mmng penat..sian tengok dia orang....

    ReplyDelete
  10. seronok tengok macam-macam projek Yati..senang ke guna jarum circular untuk buat knitting tu? macam senang je Yati buat, sebab Yati terer. cantik topi dan modelnya tu :)

    memang penat sungguh budak-budak ke sekolah sekarang, jadual penuh! kesian...

    ReplyDelete
  11. Comel sulaiman tido ...affan cam tu juga ...kalau qaid pukul 10 mlm mesti nak tido sebab tu kalau nak makan pergi awal...

    ReplyDelete
  12. byk cerita yg menarik....
    TAHNIAH utk hafizan..rasanya ni program PSS jugak kan....

    Yati mmg kreatif n model pn comel...

    ReplyDelete
  13. Kami dpt nengok monyet bila balik Muar ja, kg husband. Anak bongsu saya yg paling suka!

    Mana yg silap tu... x nmpk pun... alaa... bestnya pandai kait, saya tau crochet ja, tu pun hentam kromo asal siap. :)

    Tahniah pd Hafizan, bertambahlah tggungjawab kat skul... :D

    ReplyDelete
  14. jeles la kat yati pandai knitting.. akak suka tapi tak berani nak try, sama mcm crochet jugak...
    comellah anak2 yati.. geram tengok!! budak2 memang mcm2 ragam, tapi cute kan... :D

    ReplyDelete
  15. Ina Cemmomile,
    takde la, tak banyak pun projek. Ina lagi la banyak.

    Kak Mila,
    hehe.. Sulaiman tu memang, kak. Suka menyibuk.
    Budak perempuan lain sikit kot. Yati pun tak tau. Dah biasa agaknya, tidor lewat. Asalkan dia tak mengantuk esoknya, takpe la kak Mila.

    Zila,
    tu la dia. Tapi kalau depan mata perati betul-betul, nampak juga la, Zila. Kat blog, boleh tunjuk bahagian takde silap. Hehehe..
    Oh.. bagus juga tu, stay up dengan mak bapak. Tapi penat juga yek, nak melayan kalau deme tak tidor.

    Melor,
    hehe.. malas plus jarang online, Melor. :)

    Sara,
    Itu la dia, kesian juga.

    Encik JUK DIN,
    Betul tu. Dengan pompuan dan dengan budak, siap curi makan lagi kalau budak yang pegang.

    Kak Kamsiah,
    Salam kenal. Terima kasih, follow blog Yati.

    Cikgu Zira,
    itu la dia. Kot la nak tidor kat katil, ni tidak, mana-mana suka hati dia orang je.

    Kak Ina MP,
    Yati pun rindu kak Ina juga.. :)

    Marie,
    eh, takde la Marie. Yati buka banyak kali. Ada jarum circular tak sesuai, walau pun saiz sama. Beli mahal, tapi suka guna yang 5 ringgit daiso juga. Nak kena praktis banyak kali lagi lepas ni. Terima kasih, Marie.

    Kak Suzie,
    itu la dia, kak. Dah pergi awal pukul 8 malam pun dia boleh tidor juga.

    Kak Nza,
    Amirul, kak. Lepas tu, dia automatik masuk kelab kerjaya dan kaunseling. Padahal hari tu dah tulis nak masuk kelab lain.

    Precious Crafts,
    betul, budak-budak suka kalau dapat tengok monyet ni.
    Kita tunjuk gambar bahagian yang takde silap. Malu la nak tunjuk warna salah tu. Hehe..
    Amirul tu yang PRS. Boleh la, sebab dia dah rajin nak pergi awal sekolah, dulu lambat pun boleh rileks lagi.

    Kak Nisa,
    Senang je, kak. Kena banyak praktis je. Yati dulu macam impossible je nak crochet tu. Nasib baik ada cikgu terbaik, youtube. Hehe..
    Cute, tapi geram juga, bising bukan main kat rumah ni. Kalau tak bising, maknanya tidor la tu. Hihihih...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea