Thursday, January 31, 2013

Cushion cover kotak nenek

Hello... Assalamualaikum....

Hari ni Sulaiman tak pi sekolah. Semalam masa dia balik, dia nangis. Cikgu dia pun kata, Sulaiman mintak balik dari pagi. Rupa-rupanya dia demam. Bawa ke klinik petang semalam, tinggi juga, 38 C. Hari ni dia ok sikit. Banding semalam balik sekolah, dia baring je. Cikgu dia tak call pun semalam, bagitau Sulaiman sakit ke apa. Kesian la pulak. 

Ni gambor 2 minggu lepas, Amirul bukan main semangat nak pakai uniform PBSM nya.

Amirul, senam diri!


Yati dulu masa sekolah menengah, masuk PBSM juga. Masa sekolah rendah, Puteri Islam. Hehe.. korang masuk kelab apa? ^_^

Yati ada siapkan granny square cushion cover. 

Depan
Belakang
Zip dan ada lining di dalam.
Ni pertama kali Yati buat corak granny square ni. Perasan tak, tengah punya square senget. Bila dia dah makin besar, baru tak senget. Lagi satu kesilapan, mulut cushion cover ni macam ternganga. Patutnya, Yati jahit zip dan lining tu lebih atas, supaya sisi oren dan biru tu jadi rapat bila kita tutup zip. Ini position dia ke bawah sikit, jadi macam mulut tak tutup rapat. Hehe.. takpe, lain kali Yati cuba improve. Nak masuk kedai juga ni, as ready stock.

Ok, hingga jumpa lagi. Take care!

16 comments:

  1. setuju ngan melor, senget itu seni, bukan senang nak dapat senget tuh, cer try wat semula :)

    ReplyDelete
  2. Anak hjr pun msk PBSM, dia nk masuk Pengakap tp dah penuh, jd redho jelah...

    Senget pun cantik je kusyen cover tu...

    ReplyDelete
  3. xantik tu yatie..
    seronok budak2kan kalau dapat mengenakan pakaian seragam..selain dari pakaian sekolah yang dipakai setiap hari tu

    ReplyDelete
  4. Suka sangat colourful , wafi pun PBSM ,mula2 pakai unifrom ni lepas tu dah malas pakai t shirt PBSM je

    ReplyDelete
  5. anak saya masuk puteri islam. skrg di darjah 4. byk ke dpt tempahan skrg? selamat maju jaya dlm homebiz!

    ReplyDelete
  6. sek ren : tunas puteri
    sek men: TKRS
    maktab : Puteri Islam
    Skrg : TKRS...

    hehe

    senget2 pn ttp cantik :)

    ReplyDelete
  7. Segak la putera pbsm tu.. hehe.. saya tak masuk badan beruniform yang ada kawad2 nih.. sebab tak suka kawad dan confuse memanjang.. hahaha..

    cantik kusyen baru tu.. dah lama saya tak bercrochet.. rindu plak bila tengok hasil yati n kengkawan ylm.. :)

    ReplyDelete
  8. cantik cover kusyen yg Yati buat tu...macam2 warna...

    ReplyDelete
  9. Hahaha, saya PBSM waktu sekolah rendah & Puteri Islam kat sekolah menengah! :D
    Alahai...cantiknya sarung kusyen tu, bukan mudah nak siapkan! Saya paling lemah bab jahit zip.

    ReplyDelete
  10. ensomnya bujang yati...farouk masuk pengakap.....

    wah cntiknya!!!!

    ReplyDelete
  11. dok pikir apa lah kotak nenek tu? rupanya granny square... memang cantik.. akak suka warna belah depan cushion tu... :)

    ReplyDelete
  12. Yati, cantik dah tu... ceria

    hensem ahli pbsm...

    ReplyDelete
  13. Melor,
    hehe.. :)

    Kak Mila,
    ha ah kak, nanti nak buat lagi cushion cover corak granny square ni. Sebab tengok kawan kait lain buat, boleh dapat straight square tu, kena tarik-tarik sikit kaitan tu.

    Hajar,
    ooo.. takde pilihan le ni. Boleh penuh la pulak, yek.
    Timasih, Hajar.

    Marie,
    terima kasih, Marie. :)

    Acik Erna,
    terima kasih, Acik. :)
    ye. Semangat dia, suruh kita gosok uniform dia awal-awal, padahal nak pakai bukan hari esoknya pun.

    Kak Suzie,
    ooo.. selesa sikit yek, pakai t-shirt tu. Amirul tak boleh, kena pakai uniform penuh PBSM tu jugak.

    Encik JUK DIN,
    Anak kita sebaya la, darjah 4.
    Tempahan tak ada sekarang. Cikgu nak tempah untuk isteri? :)
    Terima kasih.

    Zila,
    Hehe.. itu la dia, Yati dulu pun terpaksa masuk.
    Ha, nampak Zila hari ni kat YLM. Welcome back! :)

    Kak Ina MP,
    terima kasih, kak. Projek habiskan baki benang projek lepas-lepas, kak.

    Precious Crafts,
    sama la kita. Bab jahit zip, tricky sikit kan. Sama-sama kita improve, lama-lama mesti ok punya. :)

    Kak Nza,
    terima kasih, kak. Wah, Farouk pengakap. Mesti hensem. :)

    Kak Nisa,
    hehe.. azam tahun baru, tajuk blog kena dalam BM, kak. Cintai bahasa kita. Hehhe..
    Maknanya, kak Nisa suka soft colours la, macam Yati. :)

    Sahromnasrudin,
    baru tahu ni. Hehe..

    Kak Shima,
    timasih, kak. Baru first time coba buat. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea