Saturday, January 12, 2013

Bye, Seri Iskandar..

Masa minggu sekolah, rasa cepat saje masa tu berlalu, kan. Hari anak sekolah, pukul 9 malam mata ni dah ngantuk dah. Hari tu masa tengok Juara Lagu, Yati tertidor masa keputusan tu. Tidor duduk di sofa. Heee.. sedor-sedor tengok Aizat nyanyi lagu, dan credits pun naik. Cuma tahu Aizat - Terukir di Bintang menang Juara Lagu, lain keputusan tak tau. Paper pun tak sempat nak baca.

Hari Jumaat, lepas budak balik sekolah, kami balik Seri Iskandar sat. Pergi cuci rumah. Sempat makan di mamak vanggey, sambil buang sampah di tong sampah besor. Kalau nak letak semua sampah depan rumah, semak la pulak.

Lawa la tu, Hafizan, buat muka macam tu. Boleh nampak gigi yang patah tu.  Peberet Hafizan, tosei garing.

Control je Amirul ni...
Sulaiman budak busyuk masam-masam..
Lepas makan, cuci rumah pula. Semua dah kosong. Banyak barang kami jual, sedekah kat jiran, dan yang buang pun banyak juga. Sebab mana lah muat nak bawa semua ke rumah arwah ma. Siap cuci semuanya, hari pun dah gelap.

Budak-budak ni tak bole duduk diam la. Itu Yati, dengan anak-anak. ^_^

Sempat jumpa jiran tetangga yang ada di rumah petang tu. Mana lah tahu, lepas ni tak jumpa lagi. Sayang juga, sebab dah lama duduk menyewa kat sini. Sejak Yati mengandung Hafizan kami pindah Seri Iskandar, dari KL. Jadi, lebih kurang 7 tahun juga duduk sini. Sejak jalan 2 lane, sekarang dah 4 lane. Sejak tak ada banyak kedai, sekarang dah ada macam-macam, macDonald's, KFC, Tesco. Sedang dalam pembinaan sekarang, pusat beli belah, dengornya dia nak buat macam Nilai 3, Billion pun akan dibuka nanti, ada wayang dan pusat bowling. 

Masa mula datang sini, tak banyak pokok besor. Rasa panas sangat, dah la banyak lombong kawasan sini. Sampai masa Hafizan lahir, naik habis ruam-ruam kat badan dia, sebab panas.

Suka juga duduk sini, sebab takde jalan jem. Pasar malam pun tepi rumah saje. Anak sekolah, ambil jalan kaki saja. Amirul pergi sekolah naik basikal. Tapi dah pindah Lumut ni, tak boleh la benda tu semua.

Dari segi kait, tak berapa produktif sangat. Unpack kotak pun tak habis lagi. 

Ok.. selamat ya semua, take care! ^_^

15 comments:

  1. salam. selamat kembali ke rumah mama. kenangan di umah sewa tu meme la x leh lupa. apa2 pun slmt menetap di tempat baru dgn selamat n sejahtera..

    ReplyDelete
  2. assalam yatie..sdah balik kampung la ye yatie..

    ReplyDelete
  3. dah sampai sri iskandar tak masuk legoland ke

    ReplyDelete
  4. Salam yati, kita samalah malam sblm mula sekolah tu asyik terjaga. Anak yg nak sekolah rilek je, kita yg gelabah lebih hehe. Selamat menjalani rutin baru. Comel2 anak2 yati :-)

    ReplyDelete
  5. yati
    semoga semuanya dipermudahkan, dirumah baru nanti,,, take care 2

    ReplyDelete
  6. 7 tahun, lama jgk tu..tentu banyak kenangan kat rumah sewa tu kan...apa pun semoga Allah permudahkan segala urusan yati..mmng penat kalau pindah rumah kan...

    ReplyDelete
  7. yelah yati...bandar seri iskandar maju sgt skrg ni...akak p bln 12 hr tu..mmg pesat membangun...byk pusat pengajian tinggi ada kt situ.....

    ReplyDelete
  8. Sedihkan nk tinggal rmh lama, mesti byk kenangan tu..

    Yati dok Lumut blh la km terjah, km pun sllu p Lumut...hehe

    ReplyDelete
  9. Daddy Zuki,
    terima kasih, sudah selamat semuanya, Alhamdulillah.

    Acik Erna,
    waalaikumsalam, Acik.
    Hehe.. lebih kurang la Acik, tempat asal arwah mak dan arwah opah Yati juga Lumut ni. :)

    Encik Zino,
    Seri Iskandar di Perak. Bukan Iskandar Malaysia di Johor nun. :)

    Eis,
    hehe.. naluri ibu tu, kan. Skrang angin pulak bila anak lambat bangun mandi. :)

    Kak Shima,
    terima kasih kak. Alhamdulillah, dah selamat semua.

    Kak Ina MP,
    kak, ada lagi kotak tak unpack. Bior la dulu, nanti rajin bukak la, tunggu mood. Hehe..

    Kak Su,
    mai la sini, bulih pi Pangkor. :)

    Kak Nza,
    betul, uitm la, utp la, IKBN, IKM, macam-macam la. Banyak student.

    Kak Mila,
    mekasih, kak. Sudah selamat semuanya, Alhamdulillah.

    Hajar,
    Hajar hari tu pi Pangkor, kan. :)

    ReplyDelete
  10. Muhammad Irfa,
    Selamat petang.

    ReplyDelete
  11. salam k.yati....

    lme sy xupdet blog mlm ni ssh lak nk pejam mate...
    akk pindah lumut ke dok mn?sy dok kt dlm base ni...
    wah leh la sy menuntut ilmu2 seni ngn akk yer..hehe

    ReplyDelete
  12. Ecah,
    laaa.. dekat la kita yek. Akak kat billion lama.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea