Friday, January 04, 2013

baru..

Assalamualaikum... hai..!

Dah tak tau apa nak tulis, lama sangat tak update blog. Semuanya serba baru, tahun baru, rutin baru, anak-anak sekolah baru, Alhamdulillah.

Walau pun budak-budak terlambat masuk sikit masa hari pertama sekolah. Hafizan nak masuk darjah 1, hari pertama tu dia baru buat ujian, padahal budak-budak lain dah buat masa hari Isnin sebelumnya, kan. Rezeki dia, dapat kelas nombor 1.

Percaya atau tak, Yati takde gambar anak-anak masuk sekolah la. Sibuk punya pasal. Anak nak masuk sekolah, tapi macam Yati yang nak masuk. Malam sebelumnya, tak boleh tidor. Sekejap bangun pukul 1 pagi, pukul 4 pagi. Takut anak macamana, masuk sekolah.

Alhamdulillah, semua ok. Sulaiman yang masuk tadika PASTI pun ok, tak nangis. Hafizan ok, Amirul lagi la ok. Hafizan dan Amirul juga dapat sekolah yang sama, walau pun mula-mula dia orang dapat sekolah lain. Kami pergi PPD pagi-pagi hari pertama sekolah tu, minta tukar, Amirul tak de masalah, cuma Hafizan kan, budak darjah 1, banyak sekolah yang penuh. Akhirnya dapat juga.

Syukur la, semua berjalan lancar. Kami masih angkut barang sikit-sikit. Tak sewa lori pun lagi, sebab belum habis pack rumah lama. Slow-slow la. Husband pun selamat lapor diri kerja sini. Cuma, time dia kerja lain, jadi Yati kena hantar dan ambil anak sekolah kalau dia tak de.

Erk.. dah la lama tak drive. Sini pula kereta agak banyak. Rutin pun baru. 2 hari lepas nak masak tak sempat, nak basuh kain tak sempat. Masa rehat tunggu Hafizan di sekolah, ajar dia camana nak beli makan di kantin. Walau pun Yati ada sediakan bekal untuk Amirul dan Hafizan. Sulaiman takpe, cikgu bagi makan kat sekolah.

Hari ni baru rasa lapang sikit.

Banyak pulak cerita. Masa pack barang rumah lama, Yati terjumpa cross stitch lama Yati buat, masa zaman bercinta dengan husband. Hehe.. malu.


Tak frame kan pun. Terlipat di celah baju-baju lama. 24 Disember lepas, kami sambut ulangtahun perkahwinan ke 11. Ish, ish, cepatnya masa berlalu, dah 11 tahun aku kawin.

Nasib baik juga sekarang takde order kait dalam tangan. Kalau ada, ntah bila nak buat. Masa penuh, siang ambil dan hantar anak. Petang balut buku anak. Insya-Allah nanti ok ler kan, bila dah lama sikit.

Rindu la, nak tahu cerita kawan-kawan. ^_^

 

11 comments:

  1. Salam Yati ....suka dapat baca post yati , macam yati nak masuk sekolah pula .Akak tahun ni x da yang masuk darjah 1 so relax la sikit .Tapi nak mulakan kerja lepas cuti panjang tu ler malasnya.Nasib baik akak sempat masak ...heehehhehe x pe lepas ni dah pandai susun jadual ....duduk rumah lagi letihkan ....

    ReplyDelete
  2. salam yati. awal-awal ni meamng penat sikitkan. seminggu 2 nanti lega la sikit kut

    ReplyDelete
  3. bizi yer yati.... camtu lah awal tahun kan, tambah plak nak pindah tuh, mesti double bizi gitu

    ReplyDelete
  4. adoii..memang penat baca schedule yati..moga allah mudahkan semua buat yati..kak salmi tinggal sorang jer anak yang sekolah tahun nie, naik tingkatan 4..kejap sungguh masa berlalu..lagi 2 tahun abislah semua dah takde sekolah lagi..sometimes I do miss zaman dorang kecik2..bila anak dah masuk U nie lain pulak ragamnya..

    ReplyDelete
  5. Oh yati.. bila baca post yati ni, teringat masa akak jadi drebar bbrp tahun lalu.. memang letih dan terkejar2 dgn rutin... letih, tapi seronok jugak bila bz kan... :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum yati...

    Selamat tahun baru dik..
    awal2 tahun ni mmng penat betul...bnyak benda yg nak dibuat..Semoga Allah permudahkan segala urusan Yati...

    ReplyDelete
  7. awal2 tahun, mmg rutin ibu2 bdk drjah 1 berubah..hehe..kat sek pn rmai parent yg setia tnggu ank kat sek..

    hepi belated anniversary k.yati :)

    ReplyDelete
  8. assalam yati..in shaa allah..bila dah lama nanti kesibukn yati akan berkurangan sebab dah biasa dan boleh atur masa yati..

    ReplyDelete
  9. Jadi drebar memang bz ek.. saya yang tunggu anak sehari pun rasa macam tak sempat segala.. memang tak amik bas sekolah ke?

    ReplyDelete
  10. yati handle 4 org ayu baru seorang sekolah dah kepenatan,hehe. Moga Allah permudahkan segala urusan kita keranaNya.

    Comel je cross stitch tu..:)

    ReplyDelete
  11. Kak Suzie,
    betul tu, kak. Dok rumah lagi letih, banyak kerja kena buat.

    Melor,
    Ha ah, ok la sikit. Dah boleh cucuk tanam, macam Melor. Hehe..

    Kak Mila,
    boleh la tahan, kak Mila. :)

    Kak Salmi,
    amin.. terima kasih, kak. Oh, bestnya, anak-anak dah besor. Tapi ragam lain pula ya kak. :)

    Kak Nisa,
    Seronok, hidup mesti enjoy, maaa.. walau pun badan letih jadi drebar. He he..

    Kak Ina MP,
    waalaikumsalam, kak.
    Selamat tahun baru untuk kak Ina juga.
    terima kasih, kak.

    Cikgu Zira,
    ha ah, tapi sekrang dah takde mak bapak tunggu dah kan, budak dah pandai bawak diri dan dah ada kawan.
    Thank you, cikgu. :)

    Acik Erna,
    waalaikumsalam Acik.
    Harap-harap begitu la. :)

    Zila,
    tak amik bas. Budak-budak ni tak nak naik, ramai orang katanya. (ngada je kan, kita dulu ikut je cakap mak bapak, naik bas).

    Ayu,
    Amin.. amin... ye la Ayu, semoga kita diberi kekuatan untuk uruskan anak-anak sekolah ni.
    terima kasih, cross stitch lama, buat zaman anak dara. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea