Links

Sunday, January 20, 2013

Amirul 10 tahun

Assalamualaikum... hi...

Minggu ni adalah minggu yang paling sibuk. Ada satu hari dalam minggu tu, budak-budak habis sekolah waktu berbeza, jadi sampai 3 trip ambik anak sekolah, dan 16 haribulan Januari lepas, birthday Amirul yang ke 10.

Amirul dengan Sulaiman. Hafizan tak nampak pala, kat belakang.

Aunty pun ada datang dari KL. Belikan aiskrim kek untuk Amirul.

Aunty ambik gambar
Seronok Amirul, dapat hadiah ipod dari aunty. Keesokannya, mama pulak bawa cupcakes ke kelas Amirul, masa waktu rehat sekolah, bagi kawan-kawan Amirul makan.

Harap Amirul lebih semangat lepas ni. Belajar bersungguh-sungguh, di sekolah baru. Juga rajin ngaji, Quran baru juzuk 10 ni.

Sebab kami tak jumpa kelas ngaji yang dekat, Yati yang tengok anak-anak ngaji lepas maghrib sekarang. Ada kelas, tapi nak menghantar waktu malam, husband pula kerja shif, time dia kerja malam, saya takut mau drive malam... huhu...

Sebelum ni takde la sesibuk ni. Tapi sebab dah tambah satu lagi kerja jadi driver ni, sibuk la sikit, tak dapat nak online.

Yati ada kait satu bekas botol air untuk Amirul bawa ke sekolah.



Color benang pilihan Amirul, dan dia request nak panjang talinya. Lama juga nak siapkan, seminggu. Hehe.. pattern ikut sesedap rasa.

Macamana kawan-kawan manage masa ya, pada yang jadi driver, yang bekerja, bangun pukul berapa dan tidor pukul berapa? Nak masak, nak mengemas, nak bercucuk tanam lagi (bukan farmville ya, siram pokok kat rumah ler)? Yati setakat ni, memang tak dapat nak cari masa lagi. Rasa bila pukul 9 malam tu, otak dan badan dah letih. Kena tidor, untuk bangun awal esoknya. Pernah tidor paling lewat pukul 12, tapi esoknya jadi blur blur sikit.

Ok la. Selamat ya semua, dan semangat, live life to the fullest! ^_^

13 comments:

  1. happy birthday amirul semoga menjadi anak yang solleh

    ReplyDelete
  2. hepi besday to amirul. lama yati tak update rasa rindu laaa. betul sejak tambah tugas jadi driver nih ada rasa letih sikit. pantang malam je mata cepat nak kuyu lepas tu klu letak kepala je terus pengsan sampai pagi. melor set masa 10pm semo kena tido sbb melor kena bangun kul 4 @ 5 am utk buat kerja jahit melor hhuuhuuh

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday Amirul.. sama birthday dengan Aman... :) Semoga Aman pun jadi budak baik dan bijak macam Amirul.. :D

    Saya rasa memandu memang agak meletihkan.. asyik keluar masuk pulak tu.. saya yang buat 2-3 hari pun rasa nak pengsan.. hehe..
    Take care Yati!

    ReplyDelete
  4. dah 10 thn ye..sebaya ngn ank2 murid sy kat sek.. :P

    ReplyDelete
  5. Selamat ulg thn anaknda amirul...moga terus menjadi anak cemerlang dunia n akhirat....amin....

    p/s: sedapnya kek.....

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir hensem boy Amirul....semoga jadi anak yg soleh dan kbnggaaan ibu serta ayah...

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir Amirul....yati akak ni bgn pukul 520.Relax jap 540 baru bgn betul-betul.anak2 akak ajar makan roti biskut coco crunch .No heavy breadfast .Lepas tu kain wajib basuh .Rumah kadang sapu kadang petang kadang sapu malam .heheheh Masak lunch wajib dinner je kadang beli kadang masak .itu ler serba sikit yang x tahan lama dah x pegang mesin jahit .sedih betul

    ReplyDelete
  8. Slt Hari Lahir Amirul...Sga pjg umo & mrh rezki sllu yer, juga jadi anak yg soleh, bjaya d dunia & akhirat...

    Sulaiman teruja cam bday dia plk yer Yati, teruja kot.

    Yati, IsyaAllah hjr nk g Lumut hjg mgu ni, xde apa hal blh kita jumpa eh..

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday Amirul.. dah 10 tahun? samalah dgn anak akak yang sulung tu.. kejap aje kan.. tak lama lagi dah remaja..

    akak dulu sama mcm yati.. 5 kali trip antar anak sekolah.. memang penat, walaupun dekat, tapi nak hadap jem tu.. aduuuu.. skrg ni dah naik van sekolah, lega sikit.. tapi kesian la pulak kat budak2 tu...

    ReplyDelete
  10. hepi besday Amirul...

    wahh dpt ipod tu dr aunty :)

    caiyok2 khatam th ni insyaAllahh... Hanie pun risau ni, anak laki yg darjah dua tu baru nk masuk iqra' 6, tak mcm kakak dia, darjah 1 dah khatam quran.. hrmm...

    ReplyDelete
  11. Acik Erna,
    amin.. terima kasih, Acik.

    Melor,
    hehe.. patutlah bulu mata Yati banyak gugur.
    Gigihnya Melor, jahit pagi-pagi. Oh, betul la ya, sebab Melor ada makcik google kan. Yati time budak² pergi sekolah baru dapat buat kerja sendiri.

    Zila,
    eh.. ye ke... happy belated birthday to Aman too! :)
    Itu la dia, kena kuat kan, jadi driver ni. Maajun kuat satu!

    Cikgu Zira,
    ooo.. ngajor budak darjah 4 rupanya cikgu. Ok ler tu. :)

    Kak Nza,
    Amin.. terima kasih, kak.
    Sedap, tapi manis. Yati tak tahan, dah la sejuk, ice-cream kek.

    Kak Ina MP,
    Amin, amin... :)

    Kak Suzie,
    ooo sama la kak. Sibuk menjaga keluarga, sampai aktiviti kita terenti. Moga kita dapat cari masa lepas ni, untuk buat apa yang kita suka.

    Hajar,
    amin... terima kasih, Hajar.
    ooo.. lambat baca komen ni. Yati ternampak kat facebook dulu, Hajar upload gambar pi Pangkor. Awat tak call? :)

    Kak Nisa,
    itu la dia.
    ooo.. bagus la tu, kak. Ajar anak berdikari. Yati nak juga amik van sekolah, tapi budak² ni ngada² bebenor, cakap ramai la, himpit² la. Adoi..

    Hanie,
    thank you, Hanie.
    ooo.. pandainya kakak. Sebab anak pompuan kan, dia orang laju skit. Tak macam budak laki, dia slow skit. Apa pun sama-sama kita usaha dan doakan ya Hanie, semoga dia orang dapat khatam.

    ReplyDelete
  12. Yati, ms p Pangkor tu mmg nk call Yati tp bateri kong, nk tgk no fon pun xdpt...huhu...InsyaAllah ada rezeki kita jumpa yer..

    ReplyDelete
  13. Hajar,
    takpe, takpe. Insya-Allah satu hari nanti panjang umur, kita jumpa. :)

    ReplyDelete

Terpaksa juga letak word verification ni, banyak komen spam masuk. Thank you, appreciate komen kawan-kawan. ^_^